kadang-kadang aku berasakan bagai diri ini kosong. macam serba tak kena. tak tahu kenapa.
datang opis pun, sekadar cukup syarat. semata-mata menghadirkan diri.
kerja masih banyak lagi tak siap.
kadang-kadang dok termenung sendirian, macam tidak tahu apa yang dimenungkan.
terfikir tentang kehidupan, terfikir tentang masa depan, terfikir tentang masa lampau
terfikir juga tentang cita-cita dan angan-angan serta impian
semenjak usia aku hampir menginjak 30 tahun, (it will be officially on 18th july) terlalu banyak perkara yang bermain di minda.
terlalu banyak masa yang disia-siakan selama ini, terlalu banyak jugak peluang yang terbuang begitu sahaja, terlalu alpa dalam nikmat dan rezeki yang tuhan berikan sehingga lalai untuk bersyukur.
apabila nikmat itu ditarik satu persatu, baru la tersentak seluruh urat saraf ku dan meminta ia agar diperlambatkan, dipermudahkan dan dipersihatkan.
namun ia tidak akan menjadi mudah kiranya berterusan meratapi apa yang sudah terjadi di masa terdahulu.
sebaiknya menginsafi diri pada masa sekarang sebelum terlewat.
berubahlah menjadi lebih baik pada masa hadapan moga sentiasa berada di jalan yang lurus dan diberkati tuhan
semoga sentiasa berada dalam rahmatNya dan rebutlah 5 sebelum 5.
Masa muda sebelum masa tua
Masa sihat sebelum masa sakit
Masa kaya sebelum masa papa.
Masa lapang sebelum masa sibuk.
Masa hidup sebelum datangnya saat kematian.