Di Sek.Keb.Pengkalan Chepa, saya ada seorang kawan rapat nama Azwandy. kami berkawan sejak darjah 2 lagi. Azwandy bermuka kecinaan, bila dia senyum, mata terus jadi kecik.
kami satu kelas, duduk meja sebelah menyebelah sampailah darjah 3. Waktu rehat, kami akan kongsi makan bekal. Apa saja aktiviti di sekolah, kami buat bersama2. Dia juga mcm "bodyguard" saya sbb dia tolong saya bila kena buli ngan kawan sekelas yang nakal (sampai sekarang masih ingat nama dia, Edi).
Darjah 4, kami sekeluarga pindah ke kubang kerian sbb abah beli rumah di situ. jadi, saya ditukarkan sekolah yg lebih dkt dgn rumah. Last day di sekolah, rasa sgt sedih sbb tak dpt jumpa Azwandy lagi.
Bila balik rumah, saya menangis dan merajuk dalam bilik. Saya tak paham, kenapa nak kena tukar sekolah.
Mama datang pujuk, "Along jangan sedih2. Sekolah baru, Along akan dapat ramai kawan2 baru." Saya jawab, "Tapi mama, kawan2 baru tu, tak sama macam Azwandy. Tatau, bila dapat jumpa Azwandy lagi." Saya sambung menangis sampai lah tertido.
Apa agaknya khabar berita Azwandy sekarang....
No comments:
Post a Comment