Saturday, August 04, 2012

IMBAUAN KENANGAN - PART 3

masa di darjah 5, ada pemilihan untuk mewakili sekolah ke pertandingan Bintang Kecil RTM. jadi, cikgu muzik buat sesi audition.


Masa audition saya nyanyi lagu Francisca Peter - Mawar Terpinggir (haha, jangan gelak dengan pemilihan lagu saya sebab tu je lagu yang saya hafal sebab minat sangat). Saingan sengit dari classmate saya, Sri Megawati yang nyanyi lagu Kuala Lumpur.


Akhirnya, Cikgu YM Tengku Rosnah, pilih saya utk wakil sekolah.


Cikgu cakap, takleh nyanyi lagu pompuan, kena nyanyi lagu lelaki untuk pertandingan. Jadi, cikgu pilihkan lagu A Ramlie - Oh Fatimah. Cikgu suruh hafal lagu tu dalam masa seminggu.


Hari pertandingan, nervous sangat sebab semua peserta zon Kota Bharu, best2. Bila sampai giliran saya, saya berjaya nyanyi dengan baik dan dapat tepukan gemuruh sbb saya sorg je peserta nyanyi lagu pop yeh yeh.


Tiba2 nervous breakdown, saya terlupa lirik rangkap ke2. Maintain je, humming dan menari pop yeh yeh (muka dah merah sebab malu). Nasib baik, bila part korus dah ingat semula dan terus nyanyi sampai habis.


As expected, saya kalah dan cikgu kata takpe, cuba lagi tahun depan.


No comments: