masa nak tido ni la, teringat memori masa sekolah rendah. masa darjah 6 dulu, masuk talentime. kena nyanyi atas bukit depan kantin, sbb bukit tu mcm podium semulajadi.
lagu inggeris yang dipilih oleh best fren yang bernama sharifah anum (manalah dia skrg agaknya) iaitu lagu I WILL ALWAYS LOVE YOU by WHITNEY HOUSTON telah berjaya membuatkan saya menjadi johan (suara tak pecah lagi, boleh la tarik key tinggi).
lepas abis sekolah, mesti prektis ngan dia, utk check diction (maklumlah, saya anak pure kelantan, loghat tu payah nak hilang).
saya dpt hadiah hamper dan jam ribena. saya pakai jam tu sampailah jam tu hilang masa saya form 2. rasa sedih sangat sbb itu hadiah paling bermakna masa darjah 6 dulu......
No comments:
Post a Comment