teringat masa sekolah rendah dulu, cikgu kelas aku ada satu sistem cara penyusunan tempat duduk murid2 dlm kelas.
konsep dia, siapa dapat no 1 kena duduk belakang dan siapa nombor corot kena duduk depan. alasan dia, utk nombor corot lebih dpt perhatian dlm kelas.
jadi, masa darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, aku kena duduk belakang sebelah dgn Nor Hamimi Salihah (sangat pandai dan lemah lembut je) sbb aku dpt no 2.
masa darjah 6 di Sek Keb Kubang Kerian 2 pulak, aku kena dok belakang juga sebelah Wan Fatihah Wan Sohaimi (sangat pandai dan baik tapi garang) sbb aku dpt no 2.
cikgu tak bagi aku dok dpn walau aku merayu. aku hanya dpt dok dpn masa darjah 3 kerana aku dh start tak nmpk apa cikgu tulis di blackboard.
rupanya, aku dah start rabun jauh. darjah 4 di SK Kubang Kerian 2, mak aku belikan spek, spek besar :(
No comments:
Post a Comment