Monday, February 04, 2008

TRIP TO MIDVALLEY

Ini adalah citer yang basi. Tapi, sebab dah upload gambar dan tersimpan sebagai draft...jadi post je la entry ni. Sebenarnya memang malas nak tulis. Tapi, kena tulis gak. Boss tade, so free all day long. Yeay!!!! Tak baik curi tulang ni. Tapi, takpela. Kejap je nak update bukan lama pun. Cuti hari wilayah, kitorg tak buat apa-apa pun. Dok umah je. Memang best cuti tapi cuti akan jadi bosan kalo tak buat apa-apa. So, kitorg bertiga pergi lunch di SOP MELETOP. Aku suka makan kat situ. Sebab, kedai makan tu tepi jalan, laluan orang. So, leh usha orang. Sambil2 usha pekerja2 kat SOP MELETOP tu. Hehehe... Ala, menikmati keindahan ciptaan Tuhan, apa salahnya kan ? Then, Loma call dan nak datang umah kitorg. So, kitorg dah jadi berempat. Lepas makan2, borak2 dan lepak2 kat SOP MELETOP tu...Ajud nak gi Midvalley. Kitorg pun bersetuju nak gi sana sebab memang tade buat apa-apa pun hari tu. Dia kata nak cari baju dan suar untuk company dinner dia.
ME, LOMA AND SYAI
Then, kitorang beramai-ramai jalan kaki ke komuter station Salak Selatan. Syai cakap, dekat je. Tapi, bila berjalan ke sana dari umah, jauh jugakla. Berpeluh-peluh jugakla. Kan senang kalo naik LRT Salak Selatan dan turun kat LRT Bandar Tasik Selatan. Kemudian tukar ke komuter Tasik Selatan dan terus direct ke Midvalley. Takyah nak jalan jauh-jauh dan berpeluh-peluh. Tapi, sebab kononnya dekat dan nak jimat, sanggup jalan kaki di tengah panas nak ke komuter Salak Selatan. Sebab semua setuju nak jalan dan aku sorang yang bangkang, jadi semua la catwalk ke sana. Tapi, standard la komuter ni kan. Memang lama nak menunggu. Mujurlah tak delay. Tren sampai on time. Kalo tak, memang dah kena sumpah seranah.


TENGAH POSING SOLO SEMENTARA TUNGGU KOMUTER

Bila tren sampai, orang dah penuh. Standard la komuter. Nak tak nak, kena naik gak. Tak sanggup nak tunggu lagi for next train. Kebetulan, pintu tren yang kitorg naik tu, dipenuhi oleh orang-orang iran. Hmm, smart gak. Tapi, sebab tak muat, kenalah dok rapat2 tapi still ada distance la. Rimas dok rapat2. Tapi, aku terperanjat bila mamat iran tu tarik tangan aku dah tarik aku rapat ke arahnya. Aku ngan muka gelabah, ikut jela. Loma, Syai dan Ajud...mulalah sok sek mengumpat aku, bila tengok mamat2 iran tu tarik aku dok rapat2 ngan diorang. Nak buat camne kan, sbb nak bagi ruang kat org lain. Memang aku berdiri sangat dekat, sampaikan kalo aku pusing kepala aku, memang aku akan bercium ngan mamat iran tu. Aku cuak. Yelah, pak arab ni kan ganas2. Kat UTP dulu, orang2 iran ni tak friendly.

LOMA, ME AND AJUD

Tetiba, tengah aku berdiri kaku di situ...mamat iran ni pegang2 tangan aku. Pegang lengan aku dan ramas2. Aku buat muka blur dan terperanjat. Rupanya, diorang suka tengan lengan aku. Katanya, lengan aku tuff. Lepas tu, trus interview aku. Tanya pasal gym la, workout la. Dahla, aku ni paling malas ke gym walaupun ada membership ngan Fitness First. Aku jawabla mana yang aku tau. Masa ni, si Loma, Syai dan Ajud tak abis2 dok ngumpat aku. Lebih2 lagi, mamat iran yang dok berdepan ngan aku tu, memang gorgeous. Hahaha, aku suka suka suka. Lagi diorang ngumpat, lagi la aku makin galak. Kali ni, aku pulak yang interview diorang. Rupanya, diorang ni semua student kat IPT di KL ni. Nak gi Petaling Street nak gi cari dvd. Aku tanya, kenapa sampai ke Petaling Street nak cari dvd. Lepas tu, diorang gelak-gelak je dan buat muka yang aku dapat agak apa jenis dvd yang diorang cari. Dvd blue la tu, apa lagi kan. Tapi, memang bestla diorang ni. Memang friendly. Berbeza ngan iranian di UTP yang mcm hampeh. Sepanjang jalan, aku borak ngan diorang je. Loma, Syai dan Ajud aku buat-buat tak nampak je. Hehehe. Sampai je midvalley kitorang turun. Sayang tak mintak no hp diorang. Kalo tak, leh la contact2. Buat kawan2, ajak kuar jalan2 dan kenal2 ngan lebih mendalam. Takpe, kalo ada rezeki, terjumpa lagi.

A DAY BEFORE CUTI HARI WILAYAH

1st February adalah hari cuti untuk wilayah persekutuan termasuk Kuala Lumpur. Yeay, cuti lagi. So, hari khamis sebelum cuti tu, dah tade mood nak buat kerja sb dok pikir nak cuti. So, borak sana-sini dan buat-buat bz. Kat kepala, tengah dok pikir, plan apa nak buat sempena cuti ni. Panjang gak tu, 3 hari beb. Termasuk sabtu dan ahad la.

DI OPIS, TENGAH COUNTDOWN NAK BALIK UMAH
Tapi, weekend aku ada clas Safety Officer la. Every weekend lak tu, sampai la awal bulan 4 karang. Termasuk sekali ngan minggu ni. So, apa2 plan nak buat, kena waktu malam je la. Takleh nak buat time siang sebab siang nak kena gi class. Jauh gak tu, class nyer. Di NIOSH , Bangi sana. Nak kena naik komuter from Salak Selatan ke UKM dan naik cab pulak dari situ ke NIOSH. Class pulak, one full day. 830 pagi sampailah 600 petang. NIOSH ni, training centre gak. Nak tahu details, click je kat sini.

POSING DEPAN LA QUEEN

Walaupun begitu, aku tetap gigih ke La Queen malam jumaat tu. Walaupun keesokkan harinya, aku ada class di NIOSH. Kena la gi gak LA Queen ni. Lagipun, dah janji ngan Andy. Kalo cancel last minute, sure dia sedih. Sebablagi satu, aku sendiri memang nak gi pun. Ye arr, dah la waktu siang aku ada class, jadi nak berjimba-jimba, waktu malam je la. Kalo ngantuk dalam class, Tongkat Ali kan ada. Mium je, terus mata terang dan tak ngantuk. Dapat fokus lagi dlm class.

Malam tu, memang aku betul2 having fun. Jumpa orang2 aku kenal. Lepas tu, ada bertukar no hp. Dan tidak kurang juga...ada pertemuan susulan selepas bertukar no hp tu. Jap lagi, aku nak ke Seremban, nak jumpa someone. Hope, kaki aku dah ilang bengkak (sebab kena hempap meja komputer). So, tadela problem nak jalan lauh. Ala, naik komuter je pun. Dia akan amik aku kat komuter Seremban dan overnite umah dia malam esok. Dia cakap, nak bawak aku gi air terjun ngan kawan-kawan dia. Aku ikut jela. Plan dia, lagipun.


SAFETY OFFICER CLASS

Aku ada mention dalm post terdahulu yang aku dihantar oleh company untuk ke safety officer class di NIOSH, Bangi. Hajat di hati nak amik class full time tapi boss tak bagi. So, terpaksala amik clas part time. Kalo class full time, cepat sikit abis. 21 hari je. Part time class ni, almost 4 bulan gakla. Start 19th January sampailah 6th April. Class ni pulak every weekend, setiap sabtu dan ahad. Kiranya, weekend aku burn camtu jela. Dahla class, start 830 pagi dan paling awal habis jam 630 petang. Ada one day tu, sampai jam 7 petang baru abis. Penat siot. Dahla nak kena bangun pagi. Nak kejar komuter ke UKM. Lepas tu amik cab ke NIOSH. Abis class pun, sama gak. Letih memang letih tapi demi qualification dan certification serta job and career progression aku, aku sanggup. Bukan senang nak jadi safety officer. Lebih2 lagi, yang registered ngan DOSH. Nak tau DOSH tu apa, click sini.

TENGAH RELAKS ATAS SOFA DI KL PLAZA SUITE
Masa my mom datang nak celebrate birthday dia ari tu pun, aku ada class ari Sabtu dan Ahad tu. So, lepas class aku terus jumpa my mom. Yelah, mak datang nak kena entertain. Commitment to work and company pun kena ada gak. Kiranya, kena balance la. Lagipun, bukan senang nak mintak company sponsor untuk training yang harganya ribu-ribu ni. So, dah dapat peluang, kenalah menggunakan sebaik mungkin. Mujurla, my mom paham. Yelah, aku ni pun baru nak bertatih dalam dunia pekerjan ni. Kawan2 yang baya aku, semua dah gaji ribu2. Siap dah ada tukar company baru lagi. Aku, baru nak start kerja. Baru nak masuk setahun kerja. Nak buat camne. Salah aku gak. Main2 time study dulu. So, lambat la sikit time untuk aku. Tapi, aku bersyukur. At least, aku dapat gak kerja dalam bidang yang aku suka walaupun dengan result aku yang tak berapa bagus ni. Sangat2 bersyukur walaupun gaji rendah je. Hahaha, tetap komplen gak ni. Tapi, padanla. Zero experience dan bukan 1st class degree student. Sesuailah dan padanlah muka aku.


DALAM LIFT BERJAYA HOTEL

Orang cakap, rezeki tu ada di mana2 je. Yang penting, kita berusaha untuk mendapatkannya. Aku ingat lagi, masa last semester aku di UTP. Seawal bulan kedua semester, aku dah start hantar resume sana sini. Kalau yang online jobs tu, memang awal2 lagi aku dah buat. Ye arr, kenalah hantar awal2. Result aku bukan bagus pun. Nak tunggu kat umah, goyang kaki. Tido makan, tido makan, dapat offer kerja. Dahla, nak kena compete sesama student UTP. yang sudah pasti semuanya hebat2. Tak campur lagi student IPTA dan IPTS lain. Sakit jiwa gak aku, pikir pasal kerja. Takut sangat tak dapat apa2 offer. Disebabkan aku ada hantar resume awal2 semester, ada lah jugak beberapa company panggil aku untuk interview before aku final exam. Ada kat Ipoh, ada kat Kuala Lumpur dan ada kat Shah Alam. Tapi, banyak aku gi diam2 je. Takut, nak citer kat sapa2. Aku tak suka nak brag. Cakap besar, nanti tak dapat. Kan buat malu je. Aku menten senyap2 je. Just citer kat kawan2 rapat je. Mintak opinion dari mereka yang dah bekerja. Tips nak gi interview kerja, preparation dan etc.

DALAM KOMUTER. ON DA WAY TO MY SAFETY OFFICER CLASS

Now, i am happy with my job. Tapi, nak dapat job yang sekarang ni pun bukan mudah. Aku terbaca iklan dalam THE STAR. Tips, nak cari banyak kerja kosong, rajin2 la beli THE STAR ari sabtu. Banyak iklan kerja kosong dalam tu. Kalo berangan nak kerja ngan big company dan juga international company, carila dalam THE STAR tu. So, aku terbaca iklan tu dan stated ada vacancy untuk HSE Engineeer. Lagipun stated nak fresh graduate. So, aku tanpa pikir panjang, terus hantar resume. Manalh tahu, kot2 ada rezeki dan sangkut. Tapi, aku tak pernah letak harapan 100%. Takut nanti kecewa. Cuma dalam hati, aku berdoa jugak agar dibukakan pintu rezeki untukku dan dimudahkan jalannya. Lepas 3 bulan, aku dapat call. Call from that company yang aku antar resume, suruh datang interview. Sebenarnya, aku dah start putus harapan ngan company tu. Sebab aku nak sangat job tu. Aku terpikir yang aku mungkin tade jodoh ngan company tu. Tapi, bila dapat call je, aku happy tak terkira. Termakbul gak permintaan aku. Syukur sangat2 pada Tuhan. Now, here I am. Aku dah dapat apa kerja yang aku idamkan. Dan company invest lagi atas aku. Antar aku gi training dan course. Tapi, kena bond la. Standard la tu. Aku tak kisah. Takkan kerja setahun, dah nak lompat company. Experience apa je yang dapat. Kawan aku cakap, stay 2,3 tahun ngan satu2 company. Lepas tu, nak lompat pun...lompatlah. At least, dah gained some experience. Tak sabar-sabar nak habiskan safety officer class ni dan dapat sijil. Mesti "market" aku naik lepas ni. Leh la demand gaji tinggi sikit. Hehehehe.....



LUNCHEON WITH MY MOM

25th January ari tu adalah birthday my mom. So, dia dengan gigihnya terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk celebrate birthday di Kuala Lumpur. Almaklum, 3 orang anaknya (my siblings) bekerja dan belajar di area Kuala Lumpur dan Shah Alam. My sister yang study kat UPSi pun turun ke kl jugak. My 4th younger brother yang study kat UMS, Sabah...hanya hantar wakil je utk birthday celebration ni. Wakilnya ialah girlfriend nyer sendiri.
So, pada hari berkenaan, aku amik cuti semata-mata untuk menyambut kedatangan bodan tercinta ke Kuala Lumpur. Dia dah book one nite stay kat KL Plaza Suite dan one nite stay kat Berjaya Times Square Hotel tu. Sebab jadi member Berjaya's Vacation Vlub, so dapat la harga murah.

ROASTED CHICKEN

Aku tunggu my mom kat KL Sentral dan terus naik monorel ke Bukit Bintang. Sebab sampai awal, bilik takleh nak check in lagi. So, letak beg kat receptionist dan kitorg cari port untuk lunch. So, aku suggest kat mak aku yang we shud have lunch kat MY MOM'S CHICKEN RICE. Aku suka makan kat situ, sebab sedap. Bukan sebab, kedai tu dipunyai oleh Linda Onn ke apa...cuma aku suka nasi ayam sambal dia tu. Tapi, manalah tau kan, kot2 tetiba terjumpa Linda Onn kat situ, leh amik gambar ngan dia. Tadela peminat fanatik, cuma minat githu2 je la. My mom and my younger sister suka betul kalo dapat gambar ngan artis2 ni (aku pun suka gak...hehehe)Yelah, dok kat Kota Bharu sana, mana nak jumpa artis2 ni. Setakat Sabri Yunus tu, selalu la nampak.
Kedai yang aku pergi ni, adalah cawangan Bukit Bintang. Kedai first Linda Onn ni, kat Ampang sana. Dua2 branch aku dah gi. Dan still, bagi aku...nasi ayam dengan sambal dia sedap. Cuma hari tu je, roasted chicken dia still ada darah sikit2. Tapi, sedap punya pasal dan lapar pulak tu...hentam ajela. Tapi, still tak elok tau, makan ayam yang still ada darah. Leh keracunan makanan.


NASI AYAM DENGAN AIR LIMAU+ASAM BOI

Comel je kan nasi ayam bentuk kon tu. Tapi, sikit je. Tak puas makan. Betul2 ilusi optik, sebab nampak cam banyak tapi sebenarnya nasi dia sikit je. Bagi aku, sikitla. Bagi orang lain, maybe just nice je. Kena puas hati, makan banyak tu. Nak diet kan, kenalah makan nasi sikit je. Makan lauk banyak2 takpe. So, aku order Half Roasted Chicken, untuk makan 3 orang. Lupa pulak nak cakap, masa ni...girlfriend adik aku, yang study kat UMS tu join sekali. Dia dah sampai dr johor. Gigih kan datang. Datang dari johor dan malam tu nak balik ke johor balik sebab nak gi Singapore. Betul orang cakap, cinta itu buta. Tapi, maybe ini strategi dia nak kenal bakal mak mertua dan bakal abang, kakak dan adik ipar dia. Aku tak kisah, adik aku nak kawen ngan sapa. Yang penting, kerja bagus, perangai bagus dan hormat orang. Tu je. Pasal isu rupa, cantik atau handsome...terserah pada penilaian individu.


TURKISH ICE CREAM

Dah habis makan, kitorg pun balik ke hotel, KL Plaza Suite tu. On da way balik, nampak orang jual ice cream. Orang turki yang jual ice cream kat jalan depan BB Plaza tu. Mak aku pun citer yang dai tengok Majalah 3 kat TV# ada dok citer pasal pembuatan ice cream di Turki ni. Aku senang je, bila dia dok citer2 tu...trus aku tanya, "Mama nak ice cream Turki tu ke ? Meh, along belikan." Lagipun, aku pun tak pernah try lagi ice cream tu. Aku terus beli satu sorang. Aku amik chocolate flavour, mak aku vanilla flavour dan girlfriend adik aku amik strawberry flavour. Lepas je, penjaul tu bagi kitorg ice cream, mesti dia ketuk loceng yang tergantung kat atas stall dia ngan senduk ice cream tu sambil nyanyi. So, 3 kali dia kaut ice cream tu, 3 kali gakla dia ketuk loceng tu. Aku tergelak je. Lawak la org Turki ni jual ice cream. Aneh tapi menarik.

Elok je sampai LOT 10, dah habis makan ice cream. So, aku ke KLCC jap jumpa kawan dan mak aku naik ke hotel dulu. Tu jela citernye. END

FIRE WARDEN COURSE

Company aku antar 15 staff untuk attend FIRE WARDEN COURSE yang di dibuat di CONSIST, Ulu Klang. CONSIST ni, adalah tempat training centre. Macam course ada kat situ. Aku amik BOSET pun kat situ jugak. Nak tahu detail pasal CONSIST dan apa training yang diorang offer, checkla diorang punya website di sini. Course ni penting dan aktiviti ni antara salah satu program dalam safety awareness plan yang dijalankan oleh department aku. Aku ni, involve in Health, Safety & Environment (HSE) Department. Jadi, inilah caranya kita nak promote safety. At least, staff sedar yang company take care of diorang nyer safety. So, bila emergency happens, tau la nak buat apa.
NI GROUP AKU,
TENGAH TUNGGU TURN SEBELUM MASUK BILIK GELAP YANG PENUH ASAP
Basically, course ni mengajar pasal fire fighting dan apa saja yang related dengannya. Kiranya, yang selected ni, ialah mereka yang di appointed jadi FIRE WARDEN. So, course ni akan mantapkan lagi skill dan ilmu diorang. Malas nak tulis panjang, aku type je balik intro pasal course ni.

BERJAYA KELUAR DARI BILIK GELAP DENGAN SELAMATNYA.

WHY DO WE NEED FIRE FIGHTING TRAINING ?


In our everyday life either at work, at home or while travelling, there is always a danger of fire break out. At work for example, there are people doing welding or burning, there are electrical equipment being used and there are flammable gasses being release in our vicinity. These could cause fire.

When fire broke out, ther are going to be people involved, property damages and so on. To prevent this from happening, we have to be prepared. We must know how to fight fire. It is not enough knowing how to fight the fire but be able to do it effectively. One of the ways of doing it is doing training regularly.

The more we trained ourselves, the more confident we are fighting fire and this will prevent injuries, loss of life, property damages and so on.

BERGAMBAR DENGAN LOGO CONSIST SELEPAS TAMAT COURSE
Penat siot, course tu. Mujurla, course abis awal. Jadi, boleh terus balik umah. Mintak opismate antar ke Setiawangsa LRT dan terus ke KL Sentral. From there, naik komuter ke umah di Segambut. Sakit2 gak badan aku. Sebab nak kena merangkak, panjat2. Ye arr, dah lama tak bersenam. Jadi member gym pun, pergi bila suka je. Dah macam bersedekah je kat gym tu. Tu semua, sebab kena hasut ngan aku nyer opismate. Trus aku register tanpa pikir panjang. Haih...

DALAM LRT. TRUS BALIK UMAH LEPAS COURSE.

SMILE FOR DA CAMERA

Sekarang ni, aku dah pindah ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras. So, tak payah lagi nak berebut naik komuter dan bas. Ye, aku tau....naik lrt ngan monorel pun nak kena berebut gak. Tapi, still lagi cepat dari komuter dan bas. Aku pernah kuar umah jam 7 pagi, nak naik komuter ke opis tapi, tunggu punya tunggu...jam 8 pagi, baru berjaya naik komuter. Sebab utamanya, komuter dari Rawang selalu delay. Tak taula apa sebabnya. Kalo ada komuter on time pun...mesti dah terlalu penuh. Orang kurus kering pun takleh nak squeeze in. Apatah lagi, orang yang bersaiz cam aku ni. Memang tengok je la.

Sekarang ni, komuter dah extend sampai ke Kuala Kubu. Kompem lagi sesak komuter tu. KTMB pun, bukan nak tambah tren. Stesen makin banyak, tapi, tren sama je amount nya. Bila aku nak refund tiket, sebab dah sejam tunggu komuter tak sampai2, attendant taknak bagi refund. Nak tukar tarikh je, tulis ngan pen. Aku taknak, sebab aku tak tau bila lagi nak naik komuter. Aku nak banned komuter. Servis sangat teruk. Selalu sangat delay. Bila delay, KTMB biar je passengers ni, macam orang bodoh. Tak bagi reason kenapa delay. Rosak ke, langgar orang ke, accident ke, apa ke. Mujurlah tambangnya murah. Nak check fare, click sini.

Dahla laluan Rawang-Seremban ni, selalu je ada accident. Langgar orang. Orang2 ni pulak, bodoh. Nak bunuh diri je, baring atas rel komuter. Abis jadi jammed. Komuter delayed. Ari tu, ada langgar orang dekat ngan stesen Sungai Buloh. Nak bunuh diri, terjun lombong je la. Tade nak susahkan sesapa2. Mati pun, nak susahkan orang.

Satu lagi, diorang suka sangat cross rel komuter. KTMB dah elok2 pagar kawasan rel ni, diorang potong pagar tu dan cross bodoh camtu je. Tak pasal2 mati katak je, kena langgar. Tujuan KTMB pasang pagar utk safety. Tapi, orang2 ni, especially pendatang asing ni, Indon, Bangla ngan Pakistan ni...main redah je laluan rel tu. Aku dok kat area Segambut ni, selalu sangat nampak diorang berjalan kat atas rel tu. Kononnya nak short cut. Diorang memang tak takut mati.

STILL DALAM LRT, ON MY WAY BACK HOME.

PENAT ATTEND COURSE TADI. TU YANG MUKA MONYOK JE.
So, dah pindah kat umah baru ni....rasa happy sikit la. Memang still berebut2 naik lrt dan monorel tapi itulah life di KL ni. Aku suka, sebab aku takkan rasa semua benda ni kat my hometown. Kat mana hometown ? Kota Bharu, Kelantan....laid-back state. Kat KL ni, semuanya bergerak pantas. Kau lambat, kau kena tinggal lah. Yang pasti, aku takkan mengalami masalah sampai lewat ke opis. Unless, kalo aku bangun lambat la. Itu special case la. My new house at Cemara Apartment (yeah, umah sewa je), very convenient and suasana pun ceria. Rasa macam rejuvenated je, dok sini. Kat Segambut tu, dahla area orang pencen. Bosan. Rasa macam dok kat Rumah Sri Kenangan je. Tapi, aku still berterima kasih kat Wohnen, kerana sudi sewakan umahnya di Segambut tu, kat aku. Tanpa dia, maybe aku dok merempat. From there, aku belajar camne nak hidup di KL ni. So, bila dah confident, kenala pindah umah baru yang berada di kawasan yang lebih banyak "pilihan" dan lebih banyak "rezeki" untuk menjadi "teman" baru. Eh, tetiba masuk topik lain pulak....