Monday, February 04, 2008

LUNCHEON WITH MY MOM

25th January ari tu adalah birthday my mom. So, dia dengan gigihnya terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk celebrate birthday di Kuala Lumpur. Almaklum, 3 orang anaknya (my siblings) bekerja dan belajar di area Kuala Lumpur dan Shah Alam. My sister yang study kat UPSi pun turun ke kl jugak. My 4th younger brother yang study kat UMS, Sabah...hanya hantar wakil je utk birthday celebration ni. Wakilnya ialah girlfriend nyer sendiri.
So, pada hari berkenaan, aku amik cuti semata-mata untuk menyambut kedatangan bodan tercinta ke Kuala Lumpur. Dia dah book one nite stay kat KL Plaza Suite dan one nite stay kat Berjaya Times Square Hotel tu. Sebab jadi member Berjaya's Vacation Vlub, so dapat la harga murah.

ROASTED CHICKEN

Aku tunggu my mom kat KL Sentral dan terus naik monorel ke Bukit Bintang. Sebab sampai awal, bilik takleh nak check in lagi. So, letak beg kat receptionist dan kitorg cari port untuk lunch. So, aku suggest kat mak aku yang we shud have lunch kat MY MOM'S CHICKEN RICE. Aku suka makan kat situ, sebab sedap. Bukan sebab, kedai tu dipunyai oleh Linda Onn ke apa...cuma aku suka nasi ayam sambal dia tu. Tapi, manalah tau kan, kot2 tetiba terjumpa Linda Onn kat situ, leh amik gambar ngan dia. Tadela peminat fanatik, cuma minat githu2 je la. My mom and my younger sister suka betul kalo dapat gambar ngan artis2 ni (aku pun suka gak...hehehe)Yelah, dok kat Kota Bharu sana, mana nak jumpa artis2 ni. Setakat Sabri Yunus tu, selalu la nampak.
Kedai yang aku pergi ni, adalah cawangan Bukit Bintang. Kedai first Linda Onn ni, kat Ampang sana. Dua2 branch aku dah gi. Dan still, bagi aku...nasi ayam dengan sambal dia sedap. Cuma hari tu je, roasted chicken dia still ada darah sikit2. Tapi, sedap punya pasal dan lapar pulak tu...hentam ajela. Tapi, still tak elok tau, makan ayam yang still ada darah. Leh keracunan makanan.


NASI AYAM DENGAN AIR LIMAU+ASAM BOI

Comel je kan nasi ayam bentuk kon tu. Tapi, sikit je. Tak puas makan. Betul2 ilusi optik, sebab nampak cam banyak tapi sebenarnya nasi dia sikit je. Bagi aku, sikitla. Bagi orang lain, maybe just nice je. Kena puas hati, makan banyak tu. Nak diet kan, kenalah makan nasi sikit je. Makan lauk banyak2 takpe. So, aku order Half Roasted Chicken, untuk makan 3 orang. Lupa pulak nak cakap, masa ni...girlfriend adik aku, yang study kat UMS tu join sekali. Dia dah sampai dr johor. Gigih kan datang. Datang dari johor dan malam tu nak balik ke johor balik sebab nak gi Singapore. Betul orang cakap, cinta itu buta. Tapi, maybe ini strategi dia nak kenal bakal mak mertua dan bakal abang, kakak dan adik ipar dia. Aku tak kisah, adik aku nak kawen ngan sapa. Yang penting, kerja bagus, perangai bagus dan hormat orang. Tu je. Pasal isu rupa, cantik atau handsome...terserah pada penilaian individu.


TURKISH ICE CREAM

Dah habis makan, kitorg pun balik ke hotel, KL Plaza Suite tu. On da way balik, nampak orang jual ice cream. Orang turki yang jual ice cream kat jalan depan BB Plaza tu. Mak aku pun citer yang dai tengok Majalah 3 kat TV# ada dok citer pasal pembuatan ice cream di Turki ni. Aku senang je, bila dia dok citer2 tu...trus aku tanya, "Mama nak ice cream Turki tu ke ? Meh, along belikan." Lagipun, aku pun tak pernah try lagi ice cream tu. Aku terus beli satu sorang. Aku amik chocolate flavour, mak aku vanilla flavour dan girlfriend adik aku amik strawberry flavour. Lepas je, penjaul tu bagi kitorg ice cream, mesti dia ketuk loceng yang tergantung kat atas stall dia ngan senduk ice cream tu sambil nyanyi. So, 3 kali dia kaut ice cream tu, 3 kali gakla dia ketuk loceng tu. Aku tergelak je. Lawak la org Turki ni jual ice cream. Aneh tapi menarik.

Elok je sampai LOT 10, dah habis makan ice cream. So, aku ke KLCC jap jumpa kawan dan mak aku naik ke hotel dulu. Tu jela citernye. END

No comments: