Monday, February 04, 2008

FIRE WARDEN COURSE

Company aku antar 15 staff untuk attend FIRE WARDEN COURSE yang di dibuat di CONSIST, Ulu Klang. CONSIST ni, adalah tempat training centre. Macam course ada kat situ. Aku amik BOSET pun kat situ jugak. Nak tahu detail pasal CONSIST dan apa training yang diorang offer, checkla diorang punya website di sini. Course ni penting dan aktiviti ni antara salah satu program dalam safety awareness plan yang dijalankan oleh department aku. Aku ni, involve in Health, Safety & Environment (HSE) Department. Jadi, inilah caranya kita nak promote safety. At least, staff sedar yang company take care of diorang nyer safety. So, bila emergency happens, tau la nak buat apa.
NI GROUP AKU,
TENGAH TUNGGU TURN SEBELUM MASUK BILIK GELAP YANG PENUH ASAP
Basically, course ni mengajar pasal fire fighting dan apa saja yang related dengannya. Kiranya, yang selected ni, ialah mereka yang di appointed jadi FIRE WARDEN. So, course ni akan mantapkan lagi skill dan ilmu diorang. Malas nak tulis panjang, aku type je balik intro pasal course ni.

BERJAYA KELUAR DARI BILIK GELAP DENGAN SELAMATNYA.

WHY DO WE NEED FIRE FIGHTING TRAINING ?


In our everyday life either at work, at home or while travelling, there is always a danger of fire break out. At work for example, there are people doing welding or burning, there are electrical equipment being used and there are flammable gasses being release in our vicinity. These could cause fire.

When fire broke out, ther are going to be people involved, property damages and so on. To prevent this from happening, we have to be prepared. We must know how to fight fire. It is not enough knowing how to fight the fire but be able to do it effectively. One of the ways of doing it is doing training regularly.

The more we trained ourselves, the more confident we are fighting fire and this will prevent injuries, loss of life, property damages and so on.

BERGAMBAR DENGAN LOGO CONSIST SELEPAS TAMAT COURSE
Penat siot, course tu. Mujurla, course abis awal. Jadi, boleh terus balik umah. Mintak opismate antar ke Setiawangsa LRT dan terus ke KL Sentral. From there, naik komuter ke umah di Segambut. Sakit2 gak badan aku. Sebab nak kena merangkak, panjat2. Ye arr, dah lama tak bersenam. Jadi member gym pun, pergi bila suka je. Dah macam bersedekah je kat gym tu. Tu semua, sebab kena hasut ngan aku nyer opismate. Trus aku register tanpa pikir panjang. Haih...

DALAM LRT. TRUS BALIK UMAH LEPAS COURSE.

SMILE FOR DA CAMERA

Sekarang ni, aku dah pindah ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras. So, tak payah lagi nak berebut naik komuter dan bas. Ye, aku tau....naik lrt ngan monorel pun nak kena berebut gak. Tapi, still lagi cepat dari komuter dan bas. Aku pernah kuar umah jam 7 pagi, nak naik komuter ke opis tapi, tunggu punya tunggu...jam 8 pagi, baru berjaya naik komuter. Sebab utamanya, komuter dari Rawang selalu delay. Tak taula apa sebabnya. Kalo ada komuter on time pun...mesti dah terlalu penuh. Orang kurus kering pun takleh nak squeeze in. Apatah lagi, orang yang bersaiz cam aku ni. Memang tengok je la.

Sekarang ni, komuter dah extend sampai ke Kuala Kubu. Kompem lagi sesak komuter tu. KTMB pun, bukan nak tambah tren. Stesen makin banyak, tapi, tren sama je amount nya. Bila aku nak refund tiket, sebab dah sejam tunggu komuter tak sampai2, attendant taknak bagi refund. Nak tukar tarikh je, tulis ngan pen. Aku taknak, sebab aku tak tau bila lagi nak naik komuter. Aku nak banned komuter. Servis sangat teruk. Selalu sangat delay. Bila delay, KTMB biar je passengers ni, macam orang bodoh. Tak bagi reason kenapa delay. Rosak ke, langgar orang ke, accident ke, apa ke. Mujurlah tambangnya murah. Nak check fare, click sini.

Dahla laluan Rawang-Seremban ni, selalu je ada accident. Langgar orang. Orang2 ni pulak, bodoh. Nak bunuh diri je, baring atas rel komuter. Abis jadi jammed. Komuter delayed. Ari tu, ada langgar orang dekat ngan stesen Sungai Buloh. Nak bunuh diri, terjun lombong je la. Tade nak susahkan sesapa2. Mati pun, nak susahkan orang.

Satu lagi, diorang suka sangat cross rel komuter. KTMB dah elok2 pagar kawasan rel ni, diorang potong pagar tu dan cross bodoh camtu je. Tak pasal2 mati katak je, kena langgar. Tujuan KTMB pasang pagar utk safety. Tapi, orang2 ni, especially pendatang asing ni, Indon, Bangla ngan Pakistan ni...main redah je laluan rel tu. Aku dok kat area Segambut ni, selalu sangat nampak diorang berjalan kat atas rel tu. Kononnya nak short cut. Diorang memang tak takut mati.

STILL DALAM LRT, ON MY WAY BACK HOME.

PENAT ATTEND COURSE TADI. TU YANG MUKA MONYOK JE.
So, dah pindah kat umah baru ni....rasa happy sikit la. Memang still berebut2 naik lrt dan monorel tapi itulah life di KL ni. Aku suka, sebab aku takkan rasa semua benda ni kat my hometown. Kat mana hometown ? Kota Bharu, Kelantan....laid-back state. Kat KL ni, semuanya bergerak pantas. Kau lambat, kau kena tinggal lah. Yang pasti, aku takkan mengalami masalah sampai lewat ke opis. Unless, kalo aku bangun lambat la. Itu special case la. My new house at Cemara Apartment (yeah, umah sewa je), very convenient and suasana pun ceria. Rasa macam rejuvenated je, dok sini. Kat Segambut tu, dahla area orang pencen. Bosan. Rasa macam dok kat Rumah Sri Kenangan je. Tapi, aku still berterima kasih kat Wohnen, kerana sudi sewakan umahnya di Segambut tu, kat aku. Tanpa dia, maybe aku dok merempat. From there, aku belajar camne nak hidup di KL ni. So, bila dah confident, kenala pindah umah baru yang berada di kawasan yang lebih banyak "pilihan" dan lebih banyak "rezeki" untuk menjadi "teman" baru. Eh, tetiba masuk topik lain pulak....

No comments: