Saturday, March 24, 2007

SEX ZODIAC

Quot from a friend's blog : Here

Aku cuma hilite aku nyer zodiak je. Dan aku rasa, macam banyak kebenarannya. Kebetulan ?

.:CANCER:.
The Cutie

MOST AMAZING KISSER.
Very high sex appeal.
Great in bed!!!
Love is one of akind.
Very romantic.
Most caring person you will ever meet!
Entirely creative.
Extremely random and proud of it.
Freak in bed.
Spontaneous.
Great tellin stories.
Not a Fighter, but will Knock your lights out if it comes down to it. Someone you should hold on to.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, March 18, 2007

6 THINGS YOU DONT KNOW ABOUT ME - PART 6

Keenam : SENSITIF TAPI BERPADA-PADA

Aku adalah orang yang perahsia. Tetapi, aku suka berkongsi rahsiaku dengan teman-teman karibku. Bagiku, merekalah orang yang paling boleh dipercayai dan merekalah juga sebagai tempat untuk berkongsi masalah dan suka duka kehidupan. Aku juga adalah seorang yang suka menjaga hati orang lain dan cuba memberikan layanan yang sama rata kepada semua orang. Aku tidak suka membeza-bezakan kawan-kawanku. Aku juga tidak suka membeza-bezakan adik beradikku. Bagiku, kesamarataan akan membawa keharmonian.

Aku juga mudah berasa simpati. Jika seserang meminta tolong dariku, akan kucuba sedaya upaya untuk memberikan pertolongan. Tapi dengan syarat, perkara yang ingin ditolong itu bukanlah perkara-perkara yang merepek atau mengarut atau yang boleh mengundang kebahayaan. Seboleh-bolehnya, aku tidak mahu menyusahkan orang lain tetapi aku tiada pilihan jika terpaksa. Aku tahu, yang aku tidak mampu untuk melakukan segala-galanya dan tidak bisa memilikki segalanya. Setiap pertolongan dan bantuan yang diberikan amatlah aku hargai selama-lamanya. Namun, aku akan terkilan sekiranya bantuan atau pertolongan yang aku berikan kepada mereka tidak dihargai tetapi aku sekali-kali tidak akan mengungkit perkara tersebut.

Sekiranya aku tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara atau seseorang, aku lebih suka mendiamkannya sahaja dan hanya memendamkannya di dalam hati. Buat apa diluahkan sekiranya ia akan mengundang perbalahan atau persengketaan. Biarlah aku beralah demi mengelakkan kekeruhan dalam sesuatu perhubungan. Aku memang jarang berdendam dan mudah untuk memaafkan tetapi pada hakikatnya agak sukar untuk melupakan. Lebih-lebih lagi, jika perkara tersebut membuatkan aku betul-betul berasa hati.

Jikalau aku marah atau merajuk, aku cepat sejuk. Erti kata lain, aku senang dipujuk. Cukup dengan kata maaf, sudah membuatkanku riang kembali. Mungkin kerana sifatku yang penyayang dan mengambil berat menyebabkan aku tidak suka bermasam muka lama-lama. Kadang-kadang, aku sendiri bimbang sekiranya sikapku yang terlalu mengambil berat membuatkan individu di sekelilingku berasa kurang selesa.

Walau apa pun, aku cuba menjadi yang terbaik. Aku cuma ingin menjadi seseorang yang disukai semua. Tiada rasa hasad dengki ataupun buruk sangka. Senantiasa, aku mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka tetapi mereka tidak pernah mencuba untuk menjadi yang terbaik untukku.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya pilih Syai, Acai, Pisah & Lela untuk membuat entry ini jugak.
Kamu semua kena tagged!!!

6 THINGS YOU DONT KNOW ABOUT ME - PART 5

Kelima : BIRTHDAY LOVER

Aku memang suka menyambut birthday, terutamanya birthday aku sendiri. Bagiku, ia merupakan satu kemestian. Setiap setahun, birthday yang jatuh pada 18 Julai, pasti akan diraikan. Sama ada bersama famili atau kawan-kawan, pastinya kemeriahan itu akan lebih terasa. Tapi, kalau tiada sesiapa yang ingat tarikh birthdayku atau masing-masing sibuk dengan hal masing-masing, aku akan meraikannya sendiri. Dan, aku juga suka membelikan hadiah untuk diriku sendiri. Tak salah kan ?

Aku juga pernah membeli kek birthday dan makan sorang-sorang. Walaupun tiada sesiapa yang ingat atau meraikan birthdayku tapi aku berasa puas kerana aku masih mampu meraikannya waima seorang diri. Apatah lagi, sebiji kek itu hanya untuk aku seorang tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa pun.

Aku juga pernah merajuk dengan ibuku kerana sengaja melupakan birthdayku walaupun aku sudah mengingatkannya berkali-kali. Katanya, aku sudah besar panjang dan tidak perlu lagi meraikan birthday. Ibuku tiak faham bahawa, birthday memberikanku satu signifikan tertentu dalam kehidupanku. Aku berasa terkilan. Tapi rasa terkilan dan rajukku itu hanya sementara kerana ibuku telah membelikanku kek pisang sebagai kek birthday. Aku berasa sangat gembira kerana kek pisang merupakan kek kegemaranku.

Birthday sangat penting. Ia bagaikan satu peringatan untuk diriku yang umurku telah bertambah lagi setahun. Bermakna, aku setahun lebih tua daripada tahun lepas. Dengan pertambahan umur ini, aku berharap agar aku lebih matang dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini. Ianya juga sebagai satu cara untuk muhasabah diri agar menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.

6 THINGS YOU DONT KNOW ABOUT ME - PART 4

Keempat : SABAH

Sabah, salah satu negeri di Malaysia. Memang jaraknya sangat jauh dari Kelantan, kampung halamanku. Namun, aku sanggup ke sana untuk membuat internship ketika di tahun akhir pengajianku di universiti.

Aku ke sana semata-mata kerana dia, insan bernama W. W merupakan rakan satu universiti. Dia merupakan kawanku yang paling rapat semasa di semester pertama pengajianku di universiti. Sangat-sangat rapat. Ke mana-mana sahaja pasti bersama. Namun disebabkan satu situasi dan perbezaan pendapat, kami membawa haluan berbeza. Tiada lagi gelak tawa macam dulu dan semuanya berbeza.

Apabila dia tamat pengajian, dia kembali ke kampung halamannya di Sabah. Kami langsung terputus hubungan. Apabila sampai masanya untuk aku menbuat internship, aku sengaja memilih untuk ke Sabah. Aku ingin sekali berjumpa dengan W. Walaupun, kami jarang bertegur sapa selepas situasi itu, namun aku masih berharap agar semuanya kembali seperti dahulu. Dengan sebab itulah, aku nekad membuat keputusan untuk ke Sabah. Aku berharap agar dapat dibuka satu lembaran baru.

Selama 8 bulan aku di sana, memang sangat menyeronokkan. Aku mengunakan sepenuh masa yang ada untuk menyambung balik apa yang sudah tertinggal. Kami menghabiskan masa bersama-sama dengan pelbagai aktiviti. Memang menggembirakan. Dari situ, aku dapat mengenali W dengan lebih mendalam. Memang berbaloi, aku ke sana.

W adalah seorang yang sangat berkarisma. Personalitinya yang menarik membuatkan aku tertarik. Dia adalah seorang yang suka merendah diri dan jauh sekali untuk berbangga-bangga. Berpakaian kemas, membuatkan dia nampak segak. Walaupun dia sentiasa menunjukkan muka serius, pada hakikatnya dia adalah seorang yang sangat melucukan. Katanya, muka serius penting untuk membuatkan orang rasa gerun dan mewujudkan rasa hormat keoada dirinya. Tetapi, sepanjang aku mengenalinya, muka kelakar dan lawak yang selalu ditunjukkan di depanku.

Dia juga adalah seorang yang baik dan mengambil berat setiap kawan-kawannya. Aku juga tidak terkecuali. Ketika di Sabah, aku merasakan bagai mendapat perlindungan darinya. Walaupun kami sebaya, namun pemikirannya jauh lagi matang dariku. Gayanya yang matang itulah membuatkan aku berasa selamat dan selesa.

Dalam diam, aku tertarik dengan W. Dan aku berasakan aku mahu lebih dari seorang kawan. Hanya kawan tidak mencukupi. Aku tahu, tidak mungkin kawan akan menjadi kekasih. Jika ada peluang, mungkin peluangnya amat tipis. Aku tahu, ianya mustahil. Namun, aku tetap menyimpan perasaan ini dalam diam. Tidak bisa untuk aku luahkan kerana aku takut untuk berdepan dengan reaksinya. Aku tidak mahu situasi-situasi yang tidak menyenangkan berulang.

Bagiku, dia adalah insan yang paling sempurna di mataku. Tiada lagi cacat celanya. Tapi bisakah aku memilikinya. Aku berasakan sudah pasti, tidak. Memang aku sangat menginginkannya berlaku tapi aku harus realistik. Adakah dia mampu menerimaku lebih dari seorang kawan?

Sekembalinya aku ke Semenanjung, aku berfikir dengan sedalam-dalamnya. Aku nekad. Aku harus melupakannya. Aku tak mahu, perasaan ini membelenggu kehidupanku seharian. Aku mahu dia tahu perasaanku tapi aku tahu dia takkan dapat menerimanya. Jadi, aku tidak mahu berharap pada yang tidak pasti. Sudah letih aku bertepuk sebelah tangan. Tangan ini sudah pun longlai. Biarlah aku jadikan dia sejarah yang manis dalam kehidupanku. Aku tidak mahu lagi berpura-pura dan berharap. Realiti, datanglah padaku.

Sekarang, aku dalam proses melupakan W. Biarlah dia bahagia dengan kehidupannya. Aku tidak mahu mengganggunya lagi. Aku juga tidak mahu menyeksa diriku sendiri. Perasaan yang tidak terluah memang amat perit. Aku tahu, dia sedang bahagia dengan insan yang dia sukai. Aku doakan agar ianya berkekalan. Biarlah aku dengan cara dan kehidupanku. Terima kasih, kerana kau pernah menerimaku seadanya aku.

6 THINGS YOU DONT KNOW ABOUT ME - PART 3

Ketiga : 1st CRUSH

Nurhamimi Salihah bt. Abdul halim. Nama itu cukup indah dan molek. Seindah dan semolek tuan empunya diri. Dia merupakan rakan sekelas ketika aku di darjah satu hingga tiga. Kami memang berkawan baik. Selalu bertanding di dalam pelajaran. Jikalau bukan aku di tempat pertama di dalam kelas, pasti Nurhamimi Salihah akan mengunggulinya. Begitulah sebaliknya.

Disebabkan kecerdikkannya, kepandaiannya serta lemah lembut tutur bicaranya membuatkan aku tertarik. Namun perasaan minat di bangku persekolahan, apatah lagi dalam usia semuda itu, hanyalah mainan semata-mata. Aku terputus hubungan dengannya apabila aku bertukar ke sekolah lain semasa di darjah empat.

Azwandi merupakan kawan karibku di sekolah. Seperti Nurhamimi Salihah, Azwandi juga sekelas denganku sejak dari darjah satu hingga tiga. Aku masih ingat rupanya yang “Chinese look” dan kulit keputihan dan berpakaian kemas menjadikannya tampak segak di mataku. Dia sangat baik dan selalu menjagaku. Walaupun kami sebaya, aku menganggapnya sebagai abang.

Ke mana sahaja, kami pasti bersama-sama. Jika dia tidak hadir ke sekolah walaupun satu hari, aku pasti akan berasa gelisah. Sangat terasa kehilangannya. Lama-kelamaan, aku berasakan yang aku memerlukan kehadirannya dan berharap agar dia selalu disampingku.

Tanpa aku sedari, aku menaruh minat padanya. Aku rasa cemburu, jika dia menghabiskan masa bersama orang lain dan bukannya denganku. Perasaan ini sungguh aneh dan aku terkeliru. Akhirnya, kami terputus hubungan kerana aku bertukar sekolah ketika aku di darjah empat.

Teringin sekali untuk bertemu mereka berdua. Mesti, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Mungkin mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang comel-comel. Aku doakan kebahagiaan untuk mereka berdua.