Sunday, March 18, 2007

6 THINGS YOU DONT KNOW ABOUT ME - PART 5

Kelima : BIRTHDAY LOVER

Aku memang suka menyambut birthday, terutamanya birthday aku sendiri. Bagiku, ia merupakan satu kemestian. Setiap setahun, birthday yang jatuh pada 18 Julai, pasti akan diraikan. Sama ada bersama famili atau kawan-kawan, pastinya kemeriahan itu akan lebih terasa. Tapi, kalau tiada sesiapa yang ingat tarikh birthdayku atau masing-masing sibuk dengan hal masing-masing, aku akan meraikannya sendiri. Dan, aku juga suka membelikan hadiah untuk diriku sendiri. Tak salah kan ?

Aku juga pernah membeli kek birthday dan makan sorang-sorang. Walaupun tiada sesiapa yang ingat atau meraikan birthdayku tapi aku berasa puas kerana aku masih mampu meraikannya waima seorang diri. Apatah lagi, sebiji kek itu hanya untuk aku seorang tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa pun.

Aku juga pernah merajuk dengan ibuku kerana sengaja melupakan birthdayku walaupun aku sudah mengingatkannya berkali-kali. Katanya, aku sudah besar panjang dan tidak perlu lagi meraikan birthday. Ibuku tiak faham bahawa, birthday memberikanku satu signifikan tertentu dalam kehidupanku. Aku berasa terkilan. Tapi rasa terkilan dan rajukku itu hanya sementara kerana ibuku telah membelikanku kek pisang sebagai kek birthday. Aku berasa sangat gembira kerana kek pisang merupakan kek kegemaranku.

Birthday sangat penting. Ia bagaikan satu peringatan untuk diriku yang umurku telah bertambah lagi setahun. Bermakna, aku setahun lebih tua daripada tahun lepas. Dengan pertambahan umur ini, aku berharap agar aku lebih matang dalam mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini. Ianya juga sebagai satu cara untuk muhasabah diri agar menjadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.

No comments: