Sunday, March 18, 2007

6 THINGS YOU DONT KNOW ABOUT ME - PART 6

Keenam : SENSITIF TAPI BERPADA-PADA

Aku adalah orang yang perahsia. Tetapi, aku suka berkongsi rahsiaku dengan teman-teman karibku. Bagiku, merekalah orang yang paling boleh dipercayai dan merekalah juga sebagai tempat untuk berkongsi masalah dan suka duka kehidupan. Aku juga adalah seorang yang suka menjaga hati orang lain dan cuba memberikan layanan yang sama rata kepada semua orang. Aku tidak suka membeza-bezakan kawan-kawanku. Aku juga tidak suka membeza-bezakan adik beradikku. Bagiku, kesamarataan akan membawa keharmonian.

Aku juga mudah berasa simpati. Jika seserang meminta tolong dariku, akan kucuba sedaya upaya untuk memberikan pertolongan. Tapi dengan syarat, perkara yang ingin ditolong itu bukanlah perkara-perkara yang merepek atau mengarut atau yang boleh mengundang kebahayaan. Seboleh-bolehnya, aku tidak mahu menyusahkan orang lain tetapi aku tiada pilihan jika terpaksa. Aku tahu, yang aku tidak mampu untuk melakukan segala-galanya dan tidak bisa memilikki segalanya. Setiap pertolongan dan bantuan yang diberikan amatlah aku hargai selama-lamanya. Namun, aku akan terkilan sekiranya bantuan atau pertolongan yang aku berikan kepada mereka tidak dihargai tetapi aku sekali-kali tidak akan mengungkit perkara tersebut.

Sekiranya aku tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara atau seseorang, aku lebih suka mendiamkannya sahaja dan hanya memendamkannya di dalam hati. Buat apa diluahkan sekiranya ia akan mengundang perbalahan atau persengketaan. Biarlah aku beralah demi mengelakkan kekeruhan dalam sesuatu perhubungan. Aku memang jarang berdendam dan mudah untuk memaafkan tetapi pada hakikatnya agak sukar untuk melupakan. Lebih-lebih lagi, jika perkara tersebut membuatkan aku betul-betul berasa hati.

Jikalau aku marah atau merajuk, aku cepat sejuk. Erti kata lain, aku senang dipujuk. Cukup dengan kata maaf, sudah membuatkanku riang kembali. Mungkin kerana sifatku yang penyayang dan mengambil berat menyebabkan aku tidak suka bermasam muka lama-lama. Kadang-kadang, aku sendiri bimbang sekiranya sikapku yang terlalu mengambil berat membuatkan individu di sekelilingku berasa kurang selesa.

Walau apa pun, aku cuba menjadi yang terbaik. Aku cuma ingin menjadi seseorang yang disukai semua. Tiada rasa hasad dengki ataupun buruk sangka. Senantiasa, aku mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka tetapi mereka tidak pernah mencuba untuk menjadi yang terbaik untukku.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya pilih Syai, Acai, Pisah & Lela untuk membuat entry ini jugak.
Kamu semua kena tagged!!!

4 comments:

I z U a N said...

Haaaa....tu dia!! bersengkang mata ai baca sambil tahan plastik kat mulut takut ai muntah!! nasib baik tak..hiks!!

tapi dalam byk 6 things yg ai baca, ai rasa you punya 6 things nih ala2 jujur dan suci gituh...kekeke *matila bodek..ye la, yg org2 lain tu, mcm2 propah dan mengarut jerr *ops

apapun all the best in your life!!! and jgn putus asa...=p

izzu said...

yes, memang tulus dan suci. i ambik masa lebih dr seminggu untuk siapkan entry tu....

akhirnya, siaplah entry gandaan 6 iteew

jgn muntah ok, tade maknanya nak muntah....

bila kita nak jumpa lagi ? ari tu, i ada hal...tak sempat nak borak lama2

Belladonna said...

Wow! It took a week to write it? But i totally agree with Izuan..it does sounds honest :) Intern kat Sabah? Which area?

izzu said...

is it ? tq kak bell.

intern kat kk. have u been there ?