kata-kata dari rakanku itu membuat aku bungkam. adakah itu yang patut aku lakukan ? memang aku sedikit kecewa dan terkilan. tapi aku tidak mahu melupakannya begitu sahaja. aku tidak mampu untuk berbuat demikian. memang dia adalah kawanku dan dialah yang paling istimewa bertakhta di hatiku. adakah ini hanya sekadar kawan kalua begini sengsara aku rasakan ? jujur aku akui yang aku menaruh hati terhadap sahabat sendiri dan perasaan ini melebihi jangkauanku. mungkin caranya melayaniku membuatkan aku tertawan dengan sikapnya. segala-galanya tentang dia, menbuatkan aku tertarik. aku berasakan dia tahu yang aku menyimpan perasaan terhadapnya. cuma aku tidak mampu untuk meluahkan. bimbang kalau keputusannya tidak seperti yang aku harapkan sekiranya aku berterus terang.
jadi, biarlah aku pendam dalam diam. mana mungkin aku hapuskan perasaan ini. makin mekar bercambah dari hari ke hari. walau seribu yang mendatangi aku, dia tetap yang pertama dan utama di hatiku. walau aku dimilikki oleh yang lain namun tetap akan ada ruang di hati ini, khas untuknya.
aku tahu, memang sia-sia menangis kerana perkara sekecil ini tapi, ia amat bererti bagiku. dia sudah berjanji padaku dan dia mungkir. aku masih lagi boleh terima jikalau dia memberikanku alasan yang boleh diterima akal dan sudah pasti aku akan memaafkannya tapi, dia hilang begitu sahaja. tanpa pesan dan alasan. membuatkan ku tertanya-tanya. apakah salahku ?
satu sms baru tertera di skrin telefon bimbitku. ianya dari si dia. kuntuman senyum mula terukir di bibir. baris demi baris kubaca sms itu.
"HEPI BESDAY DUDE. SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI. SEMOGA HIDUP SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI TUHAN. AMIN"
hatiku berbunga riang. dia masih belum lupakan diriku. dia masih mengingati diriku. aku tidak peduli sms itu datang walau sudah waktunya. yang penting, dia tidak lupa. aku cuba tenangkan diriku agar tidak terlalu gembira. aku masih ingin tahu, mengapa dia mendiam seribu bahasa. apakah yang melanda dirinya ? apakah halangannya sehinggakan tidak mampu datang di malam hari jadiku. ku titipkan sms padanya untuk mendapat jawapan darinya. akhirnya, aku lelapkan mataku dengan rasa gembira namun tetap terselit tanda tanya yang tiada jawapan.
keesokkan paginya, 18 july 2006 semasa dalam perjalanan ke pejabat, telefonku berdering. si dia yang telefon! namun, dengan kebisingan di jalan raya, aku tidak dapat mendengar apa yang dikatakan. aku meminta dia menelefonku apabila aku sudah sampai ke pejabat. talian diputuskan dan perbualan akan disambung kemudian.
sesudah sampai ke pejabat, terus aku sms dia, memintanya untuk menelefonku. tiba-tiba aku rasa berdebar-debar. aku tidak sabar ingin tahu, apakah alasannya. apakah yang bisa membuatkannya menghilang tanpa kesan. deringan telefonku berbunyi selepas 10 minit menanti. sudah pasti, si dia di talian. terus aku jawab tanpa menunggu walau sesaat.
suaranya sungguh sayu di talian. tanpa sempat aku berkata apa-apa, dia sudah meminta kemaafan dariku kerana tidak dapat menghadirkan diri malam semalam. dia memang mahu datang tetapi, terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku. dia terpaksa menutup telefon bimbitnya. suara sayu dan sedihnya di talian betul-betul membuatkan aku terus menerima kata maafnya. aku bukannya kejam dan aku bukannya mementingkan diri sendiri. aku faham keadannya. asalkan alasannya sudah cukup meyakinkanku, ianya sudah memadai. kemaafanku diberikan padanya tanpa rasa ragu.
talian terpaksa diputuskan sebab dia terpaksa menyelesaikan satu perkara dan akan menelefonku kembali. aku hanya mengiakan dan akan menanti panggilannya. terus aku khabarkan apa yang berlaku kepada rakanku apa yang berlaku. katanya;
"AKU PAHAM. I WOULD PROBABLY DO THE SAME IF I WERE YOU. BUT I WOULD ACT A LITTLE BIT EXTRA"
saranan kawanku ini, agar aku tidak lagi memberikan dia peluang dan kemaafan sebegitu mudah. namun, aku bukan insan yang seperti itu. hati ini mudah lembut dengan kata-kata maaf dan sudah pasti, hanya aku yang mengerti apa sebenarnya yang berlaku dan hanya aku yang bisa menyelami hati si dia dan gejolak di dalam dadanya. tidak perlu aku ceritakan di sini. biarlah rahsia dan biarlah hanya dia dan aku yang tahu.
sekali lagi, telefonku berbunyi dan nyatanya dia yang membuat panggilan itu. aku mahu dengar penjelasan yang lebih jelas dan mendalam. aku mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku dan mengapa ianya berlaku. suaranya sungguh sedih di hujung talian, menceritakan apa yang terjadi dan meminta aku mendengarnya. aku tahu, dia mahu seseorang berkongsi kesedihannya dan dia berasakan akulah orang yang paling layak. sememangnya, aku sentiasa bersedia untuknya. aku tidak sanggup membiarkan dirinya menanggung kesedihan itu sendirian. biarlah aku turut merasakan bebannya.
di akhir bicara, dia masih lagi memohon kemaafan dariku dan pastinya aku maafkan dirinya. katanya, dia tidak mahu merosakkan sambutan hari lahirku dengan masalah dirinya. dia tidak mahu, wajah muram dan sedihnya menghambarkan sambutan hari lahirku. jadi, dia hanya mampu memberi sms sebagai pengganti diri. aku berasa begitu terharu dengan kata-katanya. tidak sangka sampai begitu sekali difikirkannya. aku memujuk dan menenangkannya. aku mencadangkan yang sambutan hari lahirku dibuat pada malam 18july 2006. lagipun, 18 july merupakan hari lahirku yang sebetulnya. dia bersetuju dan berharap semoga tiada apa yang boleh menghalang. hati ini berbunga kembang mewangi.
cepat-cepat aku khabarkan pada rakanku. senyum tidak henti terukir di bibirku. kata rakanku;
"EMBRACE THE JOY WHILE YOU CAN. NOT EVERYTHING IS MEANT FOR YOU FOREVER. SOME THINGS ARE MEANT TO BE TEMPORARY"
masa aku berasakan lambat berlalu dan pastinya aku menghitung setiap waktu tanpa sabar. malam ini, aku akan bersamanya meraikan hari lahirku. kali ini, sms darinya sampai agak awal. dan isinya, jelas sekali menghampakanku. dia tidak bisa datang. masalah itu masih lagi belum lagi berakhir. kali ini, aku tidak lagi perlu tertanya-tanya sebab aku mengetahui kedudukannya. aku memahami keadaannya dan tidak mahu menyerabutkan pemikirannya. aku hanya pasrah. mungkin ini takdir untukku. hari lahirku tahun ini diraikan sendirian dengan tiada serinya.
walaupun begitu, dia akan bersama-sama menyambut hari lahirku pada tahun depan. dan aku akan ingati janji ini, sampailah 18 july 2007. akan ku cari dirinya dan akan ku pastikan yang dia akan menemaniku di malam hari lahirku. ku katakan padanya, agar tabah menghadapi segala dugaan hidup dan jangan mudah mengalah. tunjukkan yang kita adalah pejuang. usah segan dan silu untuk berkongsi segala permasalahan denganku. kesedihanmu adalah kedukaanku. kegembiraanmu adalah kerianganku. aku tidak mahu dia mengharunginya seorang diri. aku akan senantiasa di sisinya, memberikan sokongan. aku tidak akan membiarkan dirinya mengeluh dan berputus asa. jalanan kita masih jauh dan banyak ranjau perlu diharungi. sama-sama kita meredahinya. katanya;
"AKU HARGAI KAU SEBAGAI SAHABAT AKU. KO CONCERN, AMIK BERAT SUME NGAN SAHABAT-SAHABAT KAU. AKU MEMANG BERTUAH DAPAT BERKAWAN NGAN KO. I REALLY MEAN IT"
aku terharu mendengarnya. memang dia menghargai diriku sebagai aku menghargai dirinya. sebenarnya, aku lah yang lemah dan memerlukan perlindungan. dia lah yang selalu memberikanku panduan dan nasihat dan menceriakan hari-hariku. bukan bermakna rakan-rakanku lain tiada sumbagan pada kehidupanku, namun hanya dia yang paling istimewa dan bertakhta di hatiku. dialah sahabat dan dialah juga kekasih gelapku. mungkin dia tidak berasakan apa yang aku rasa namun sudah cukup bagiku jika dia mengingati diri ini sampai bila-bila.
hari-hari terakhirku di sini, berlalu tanpa sempat aku berjumpa dengannya buat kali terakhir. masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. dan dia inginkan waktu untuk bersendirian untk dia menenangkan fikirannya. aku faham dan aku berikannya peluang. mungkin ini sudah tersurat. aku tidak bisa melawan suratan ini. mungkin sudah tertulis untukku hanya dapat berjumpanya kembali di lain hari. aku sempat menelefonnya di saat-saat terakhir sebelum aku berlepas pulang. hanya ucapan selamat tinggal yang tergesa-gesa sempat aku tuturkan. talian terpaksa diputuskan. sebelum aku mematikan telefonku, satu sms menerjah skrin telefon ini.
"SEDIH AKU, INGATKAN NAK JUMPA KAU SEMALAM. TAPI TIDAK DAPAT. ADIK AKU PUN TERTANYA-TANYA AKU, BILA LA DAPAT JUMPA KAU LAGI"
aku baca baris demi baris dan aku tersenyum sendirian. terima kasih dariku untuknya. kalau ada umur yang panjang dan masa yang terluang, kita pasti berjumpa lagi. aku sekali-kali tidak akan melupakan dirinya dan aku harap dia begitu jua. sebak mencengkam kalbu dan air mata ini menitis lagi. kali ini, bukan air mata kesedihan tapi kegembiraan dan keharuan menguasai benak ini. kita pasti, akan ketemu lagi. kepercayaan dan ketulusan hatinya menambatku. inilah hadiah hari lahir paling bermakna buatku. ku nantikan kedatangan 18 july 2007 dan berharap ianya menjanjikan seribu kebahagiaan.

10 comments:
Dik, sometimes we juz should let things b the way they r.
dik, jgn nangis, kumbang banyak je, kita kan bunga palsu boley je tipo kumbang2 itu...
kau mmg hanjeng prue~!! **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... erm wah wah wah.. sampai mcm tu ke perasaan yu ixu??? hurm.. ai pun nak jiwang gak la mcm iney...ahhh.. seronoknyer
mm... nice2.. hope u learn sumthing as we do .. :)
bersabarla nyok!!! nnti kita celeb8 besday u ramai2 di utp .... tunggguuuuu~!!!!!!
Hmmm ur friend yg bagi nasihat tu nampak "very cheerful" sangat,kan?? Haiyyoo... patut bagilah prangsang kat u ols ke apa...
That's the spirit! Instead of sedih gerhana chenta luka **matilaa Saleem!, u ls are looking forward to the future i.e next year :)
Good luck to u my dear and in the mean time u r blesssed with great friends AND that's what makes life worth living :)
x
ayo ayo..kene quote lagi kata2 ai dlm blog u rupanya..harus la lepas ni ai buat kamus perumpaan dan peribahasa katanya...
lee novotny (tak sure nak address akak atau abg),
ai mmg 'very cheerful' ngan izzu sbb someone kene snap her back to reality sometimes and i happened to be one of them..
a good friend will always try his or her best to keep the friend grounded according to the situation that he or she is currently in, not to play the adorable ones just to be likeable always.
Helluuuu
all the best and good luck for BI 2006!
Keep up the good work »
This is very interesting site... Diet pills heart attacks Texas farm mobile home insurance Custom mazda 6 intakes Car headlight covers Downloads sex sex stories Swimming schools devon http://www.play-craps-0.info quick divorce
Post a Comment