Tuesday, July 04, 2006

SUMMARY OF PAST 2 WEEKS



Hi, yuols!!!!

sorry bz sikit skrg ni...tak sempat nak hupdate apa2 pun kat sini. ni pun curi2 masa nak menaip kat sini. lagipun, esok ada presentation lagi. haih, tak abis2 ngan presentation. tapi, betul ke buzy2 sangat2 sampai tak sempat hupdate langsung ? biasalah, trademark buat2 buzy mesti ada, barulah boss sayang...walhal, mendonlod lagu2, video clips, citer dan gambar kikiki serta surf2 blog orang sajork...so, byk la kerja i tu kan...bz sgt2. tapi, esok mmg ada presentation..satu hapa tak buat lagi...matilah esok, posse2 ayu masa nak present dengan harapan dpt markah lebih. masalahnya, cukup ayu ke nak pose ayu ? matilah, evaluator terus pengsan katanya



so, summary utk sepanjang minggu menghilangkan diri ni...byk benda gak ai buat sampaikan ai pun dah lupa apa yang dibuat dan tak hingat apa nak ditulis tapi ai cuba recall balik apa yang ai buat. ai akan tulis secara ringkas sajork...at least ada gak hupdate nyer kan waluapun dok diam sajork?



sebelum keluarnya muvie superman, muvie fast & furious : tokyo drift keluar dulu kan ? so, ai dah tengok citer tu ngan orang yang ai suka. lama ni plan...last2 ok gak keluar sama2. ai rasa mcm movie fast & furios tu sgt best. terus terasa macam nak apply skill drift tu, bila nak bawak kereta nnt tp bila nak dpt kereta sendiri ? tahun depan la agaknya, so sabar dulu la. tapi, ai rasa citer fast & furious ni sgt romantik...yelah, dah pergi menonton ngan org yg ai suka, sure la best kan...tetiba je rasa mcm melayang2 je tgk movie tu. lepas abis tgk movie, pergi karaoke pulak...kat k-box. ai memula igt nak feeling ziana zain atau siti nurhaliza tapi sbb "org tu" dinch mau lagu2 sebegitu, terpaksala ikut selera dia...lagu2 rock dan pop yang bukan mendayu2 meleleh2...tapi ai ok syiakk.....sbb ai pun suk suk sukkaa...juak lagu2 rock ini. abis semua lagu dr wings, search, radja....ai dan "org tu" nyanyikan...dah tak peduli sama ada org tgk atau tak yang penting dpt nyanyi dengan happy nyer...tetiba ai rasa mcm di alam percintaan, alangkah bestnya kalo dpt nyanyi duet bersama2 non-stop dan free....lps tu, lapar pulak rasanya, pergi la makan di palm square. kiranya ni la tempat agak standard la di kota kinabalu ni. lepas makan2, story mory...ai dan "org tu" pun balik....minggu ni ada lagi temujanji. tadi baru call, ajak tgk citer superman pulak...tapi ai mintak postpone hari khamis sbb esok ai ada presentation dan petangnya mau buat farewell party utk mereka yang ditamatkan kontrak lebih awal, this friday ni...so, bercinta tetap bercinta tapi kawan2 tidak boleh dilupakan. motto hidup katanya



ai ada jugak join main go-kart. dept. hr company ai buat hr away day...so, i join jadi ajk dengan harapan dptla t-shirt free sebab dijanjikan dengan t-shirt free. so, i dengan rela hati join event iteew...tapi hampeh tak dpt t-shirt sebab i pekerja kontrak saja...tapi, i tak sentap sbb i berkhidmat dgn ikhlas utk kompeni ai walaupun ai menten mencarut non-stop. mujurla ai dapat main go-kart sebab ada staff yang tak dpt dtg. maybe masalah family atau pun kecut perut nak main go-kart. so, ai diberi peluang utk main go-kart, sebagai replacement. okla tu, at least ada gak faedah ai dpt selain dr jadi time keeper sajork. takut gak nak main sebab ai tak pernah main...bimbang takut accident harusla dah tak cantik kulit ai nanti. tapi sebab ai nak gak try...so ai main sajork....mula2 dup dap dup dap jugakla, tapi bila org jaga line tu bagi lampu hijau je...trus ai rasa semangat ai berkobar2. trus memecut ni, ala2 berangan tgh berlakon dlm fast & furious. tapi, sekejap je ai leading sebab ai dah buat silap masa kat selekoh, ai brek mengejut sbb selekoh tu sgt tajam...trus ai kena potong ngan org lain. dah jd nombor last sekali....pastu ai menten kejar lagi, kali ni trus terbabas...haih, terpaksala ai tarik kereta ai yg dah kuar dr court tu...utk race balik... kesimpulannya, ai dpt no last. sentap!!!! takpela, first timer dan ni pun first trial, experience katanya....takpe, lain kali boleh main lagi...manyak syiokk wooo!!!! main go-kart. rasa mcm masuk F1 pulak...



aktiviti seterusnya, ai join my colleagues yg lain pergi berkaraoke. ini bukan karaoke di tempat kotak tandas seperti yang koyak carut tapi ini karaoke club, ok. Namanya Damai Club. selesa jugakla club ni, siap sofa yang proper ada tv besar, siap ada astro dan sistem berkomputer lagi. harga pun agak murah la juak, RM86++ untuk 8 pax for 2 jam pertama without drinks. ai minum pun coke sajork. kalo bab tonggang2 tanyala syai. ai belum bersedia, tunggu dpt shuben reti minum wine barulah ai bersedia. ai pergi berempat sajork. lagipun org treat kan, so ai ok sajork kalo mahal2 pun. sekali sekala apa salahnya mrasa benda yg grand2 kan ? tapi, kalo org2 yg dah kerja melethop, mesti kata ai budak baru kerja yang nak belajar hidup mewah. ai tak peduli apa org kata, yang penting ai happy. ai tak kaco yuol yuol takyahla kaco ai, peace no war ok. menyanyi, melalak sampai tercabut anak tekak ni...dah tade suara nak kuar...barulah nak balik. cando la plak abg yang jadi receptionist tu, comel sgt...ai baru nak kenal2, tetiba si syai ni dah himpit2 ngan vontot dia tak bagi ai nak berkenalan lebih lanjut. tapi ai tak kisah, yuol nak amikla, ai suka tgk sajork...laigupun ai mmg setia pada "org tu" sajork walaupun ai tak tahu sama ada dia nak kat ai atau tak. tapi ai tak kisah, yang penting ai tau dia sayang dan caring kat ai. itu dah cukup memadai utk ai...nnt bila dah ada shuben baru, ai lupakan la "org tu". bukan totally lupa, but kurangkan sikit rasa sayang kat dia. cukup just friend tanpa rasa cinta, voley ?




pasal presentation ai plak, ok syiak. teda apa2 problem pun. berjalan dengan lancar. ada 4 org yg buat presentation, ai org paling last. saja ai susun camtu sebab ai suka jadi org last sekali. main reason is, ai tak payah nak cakap banyak2 sbb colleagues ai yang bertiga tu dah citer semua. so, ai tade isi nak ckp. so ai ckp point2 sajork..mudah bagi ai. takyah ai nak pening2 kepala, terangkan panjang lebar sampai boss ai nnt pun, pening juak. yg best nyer.....boss ai sgt baik, trus order pizza hut sebagai lunch. jimat duit, takyah lunch kat luar. tetapla kan melantak, dua keping pizza dan dua ketul chicken wings...oops, minggu ni tiada plan diet, ditangguhkan sebab banyak makan free...next week syiakk, plan diet disambung kembali.



hari minggu pulak ada jemputan kawen. adik kepada my colleague kawen. kompem ai akan datang sbb makan free!!!! tapi ada ke kenduri kawen, nak makan kena bayar ? teda kan ? ahahaha....so, jam 11 sudah sampai di kg pasir putih, di rumah pengantin lelaki. sorry, ai tak bawak hadiah sbb ai bawak perut syiak utk makan, ok kan ? lagipun, nanti tak abis plak makanan umah yuol ni, membazir tu kan amalan setan. yuol nak jadi setan ke ? sah2 taknak kan ? so, baik ai dtg makan je...at least ada jugak berkat yuol dptkan...tapi, kalo ai kawen, ai nak hadiah. ai tak kira. tapi kawen ke nnt ? bila tu, tatau... trus melantak la, apabila dijemput oleh tuan rumah, keluarga pengantin pakai serba ungu. ai tak sabar2 nak tgk pengantin, katanya, nak gi berarak ke kampung ketiau pulak, rumah pengantin perempuan...sambil2 tunggu tu, adalaha karaoke sebagai selingan. horro nyer suara pakcik2 ni nyanyi...bingit telinga....tup tup tup...ntah kena rasuk hantu hapa...ai yang naik pergi menyanyi, voley ?



sgt kompiden ni, tanpa dijemput terus mengoffer diri. no 60's songs, please. ai nak lagu pop bukan pop yeh yeh ye. so, ai ngan kompiden request lagu aku cinta padamu nyanyian siti nurhaliza. mrasa korg semua!!! semua hadirin terperanjat ni. motif jantan nak nyanyi lagu pompuan. pondan ke hapa ? hanjing la DJ ni, peclob ai, perlu ker mention nama siti nurhaliza. ai nyanyi version jamal abdillah ok!!!! mujurlah DJ sengal ni, ckp juak yang lagu ni versi jamal abdillah, semua pakcik2 menarik nafas lega, bukan pondan yang nyanyi. jantan tulen rupanya, aww~~ motif, ada bunyi aww ? motif tatau. dapat je mikrofon, apa lagi, trus la kuar suara merdu ai ni...semua hadirin terpegun ni, siap bertepuk tangan lagi. harusla ai feeling2 tgh buat konsert dalam taman ala2 ziana zain walaupun sebenarnya atas rumah org kawen je. tak kisahla, asalkan buat performance. elok2 nyanyi contorl2, trus dah nyanyi mcm buat show, siap gaya bagai ni. ai nampak ada pakcik2 dan makcik2 angguk dan tunjuk ibu jari tanda best, bukan bagi jari hantu ye kat ai. kalo tunjuk jari hantu, harusla ai nyanyi ikut vontot je, voley ? penuh feeling ni ai nyanyi, sampai tak prasana lagu pun dah abis...tetiba ada tepukan gemuruh (feeling2 gemuruh la) dari bahagian belakang. rupa2nya ada geng2 cina yang tgh dok perati persembahan ai dgn sgt kusyuk tanpa kelip mata, bagi tepukan yang sgt meriah. ai trus bagi tunduk hormat sebab diorg enjoy ngan nyanyian ai. ai pun posse2 nak sambung nyanyi lagi ni, lagu radja plak. trus kena potong que ngan pakcik yang tetap nak nyanyi lagu 60an, siti aida namanya. choi je, pakcik ni, dengki. nak curi crowd ai la tu. tetap nak celabed persembahan ai, kan. dia nyanyi...trus semua org balik, voley ? ahahaha, usahkan nak bg tepukan, org buat dunno lagi. padan muka ko. ala kekwat nak conquer stage. tak cukup2 ngan 2 lagu sebelum ni...nak tambah lagi dua. pengantin pun kluar dr bilik mekap bila dah sampai nak berarak. baju songket silver. cute jugak pengantin lelaki ni tapi bila 2 kali tgk macam cantik pulak. ai pun kompius. sapa la mak handam nyer, mekapkan pengantin lelaki dah nampak cam pompuan, kesian woo...mujurla tak salah baju, kalo tak, mau pakai gaun labuh, seret2 ke lantai.





semalam plak, ai dan my colleagues buat site visit. tapi visit contractor sajork. nama contractor ni chemsain konsultant. kiranya company ai, bg contract kat company ni suruh assessment weol punya effluent water, noise monitoring dan juga air monitoring agar comply ngan DOE. yuol tak tau apa itu DOE ? yuol cari sendiri la...malas ai nak terangkan. ok, ai ckp juak. DOE ni department yang incharge pasal hal ehwal environment dalam malaysia ni. so, company ai ni mahu segala kerja2 yang dibuat comply ngan DOE nyer regulation. so, dah sampai ke sana, tgh pose2 catwalk usha2 bangunan, ai tersepak besi longkang. hambik kau!!!! terus jatuh terguling atas tanah. mrasa!!!! lagi mau berangan ratu kan, mujurla tak tercabut spender. tapi, sbb ai ada hikmat meringankan badan, ai mampu bangun balik ngan posisi buat2 jatuh dalam masa 2 saat. org2 di belakang ai pun tak perasan yang ai dah tergolek macam nangka comel tadi. mujurla ai dpt kaver baik. tapi sbb ai pakai seluar putih suci murni, mrasala kotoran degil sana sini. matilah mau menyental malam ni...lenguh tangan aku nak membasuh, sorry rumah ai tadek washing machine, ada washing tangan sajork...malas nak beli sbb ai dok kat sabah ni pun kejap sajork... dobi ? ai nak sep. duit sep tu, boley buat gi clubbing...chihihi. so, visit diteruskan lagi. bla bla bla...berjela2 penerangan ni, ai angguk saja, buat2 paham. then ai disuruh try utk guna satu alat ni, utk tgk perbezaan color air. so nnt dpt la determine air tu kotor atau bersih...sekali lagi bala menimpa...alat tu mau jatuh setelah ai pegang, bergoyang kiri kanan ai pegang...choi!!! mujurlah tidak terhempas ke bumi dan pecah, kalo pecah, matilah mak, makan batu bulan ni...duit gaji bayar alat tu sajork. visit diteruskan lagi sampaila tgh hari. pastu weol pun mau pulang, ttba nampak hanjing2 kurap liar berkeliaran di kawasan kereta weol. ai ngan kawan pompuan ai pun mula la memaki hamun hanjing tu...ttba, hanjing tu menyalak2 kat weol. apa lagi2, menjeritla weol berdua. keji je ai pun terjerit sama. peclob!!!! siap lari2 anak, menggelepar ala dirasuk jembalang githu. ai sgt fobia ngan hanjing. choi!!! hanjing2 ni. ala2 paham2 je apa yg weol kutuk dia. memang dasar hanjing kurap!!!! semua org gelakkan ai, tapi masih lagi menten nothing happen. apa berlaku yuol ? ada hanjing ke tadi ? ai tak prasan pun...tapi ai suka tgk hanjing yg comel masa diorg tak menyalak jelah...kalo dah menyalak, harusla ai trus fobia, kalo camtu, ai kena tgk hanjing bisu jelah....mmg choi site visit ni. 3 kali perkara malang berlaku. mujurla kena belanja lunch, kari kepala ikan lagi tu....tapi, ai tak reti nak makan kari kepala ikan, sebab kepala ikan tu sgt besar, ai nampak mcm dinosor je...so, ai amik sikit2 je...just nak amik hati org belanja.



so, itulah kesimpulan aktiviti utk sepanjang minggu ai bz ni. nnt ai hupdate lagi. wish me luck utk esok. esok ai ada presentation penting. matilah mak, surf2 blog org sampai abis opis hour but menten tak siap2 lagi slides. takpe, yakin boleh. last minute sure hasil kerja lagi melets kan ? chihihih...eh, nak cikcur la kejap di alam maya...sempat lagi ni :P


poof!!! ai terbang dulu naa...

28 comments:

Unknown said...

Tu diaaa skali bah terus pasir berubah! **matilaa silap peribahasa!

Bagus..bagus..mak suka orang banyak aktiviti ni..something to keep urself occupy gittew kan?

Pandai menyanyi ekk??? Let's forma group..u ols nyanyi, mak menari... voley?

Pas ni mak nak ucap good luck for BI2006! :)

p/s wonder who's si DIA ittew

fiebie Danielle De la Rossa said...

kelles, i suka part you nyanyi itieww walaupun i tade kat esta keramaian itiewww, tetapi sampai ke tronoh dentuman suaramu, sehinggakan tronoh yg gersang ini banjir uols..hehe..mana u dapat gamab makcik terbang tu?

KEF said...

Semoga berjaya untuk minggu depan, Izzu!

izzu said...

tq kak xtina. berdebar2 ni, sat lagi presentation, jam 3 ptg ni. mujurla jadi org 2nd bukan 1st..so, takdela nervous sgt

izzu said...

gambar makcik tu, ai cari di internet la yuol. internet kan sumber informasi terkini. takkan ai plak nak pose jadi makcik tu plak

izzu said...

tq for da wish abg lee.

ok je nak buat group, tade masalah. igt lagi zaman dulu2, masa kegemilangan spice girls. semua berangan nak jadi spice girls. sbb ai yg paling aktif sukan (dulu2 la) trus budak2 ni bagi label sporty spice. hanjing jer...tapi ok gak since sporty spice byk nyanyi dlm group tu, matilah berangan sore sedap

not available said...

motif ai dinamakan penghalang cinta u dan abg receptionist? kekekekeke... cando kan? berair fuhkee~

nok nok, ai takleh lupa adegan lompat² jerit ngan hanjeng itueww.. ai betul² sakit perut tgk u menjerit opera sambil melompat ala ballerina .. kekekeke

datin cik sal said...

wah.. setiap peranggan yg ai baca kanz.. mesti ada perkataan karaoke.. yu mmg sengajakan... apa apa pun.. yu mmg merdu~~ (sambil memandang angkasaraya) kanzzz...merasalah kak syafinaz menangis time dgr suara yu kanzzz...

Ash Shinotsubaki said...

asal ada part tu kuar tulisan pelik2 kak siana?

izzu said...

abg lee, si dia tu...ada je gambarnya di slideshow tu. cuma kena teka yang mana satu la.

hint : gambar dengan wajah paling ceria

izzu said...

hanjing je menjerit ala opera dan melompat ala ballerina. harus surrender luciano pavarotti iteew...dia pun x mampu nak berballet sambil nyanyi soprano

izzu said...

nak buat camne, ai dpt loud applause githu lepas persembahan ai. bagusla syafinaz nangis...sore dia pun bukan sedap sgt. ala2, juliza adlizan sajork...nyanyi bunyi sedap sbb dia tau teknik nyanyi. merdu ? nan ado. nampak sgt ai sebaris siti nurhaliza ngan jamal abdillah, tapi ai menten nak berdiri di tengah2. yu mampu ke menyanyi sambil mendongak ke angkasa ? harus, masuk air hujan sajork

izzu said...

saja je tu, utk menguji minda. cuba yuol translate kalo yuol cantik. kalo yuol buruk takyahla gatal nak translate, nnt bertambah bengap nnt.

kalo yuol fail jugak, nanti ai translatekanla...lagipun komputer ai ni bengong, dia suka shut down sendiri, ala2 main hide & seek githu

datin cik sal said...

kanzz.. suara yu mmg sedap sampai tak terpilih ujibakat MI geetho... poul mos pun nangis ok bagi komen kat yu kanz.. merasalah sumer peserta kene halau balik sbb yu sorg je dah cukup kanz... merasa~~
**matila MI lingkup lps nih

Arieca Soul said...

izzu mmg diminati makcik2 kampung..tahnayah~!!

izzu said...

nots, kat sabah ni, paul moss hanya pilih org yg sore lite tapi dressing horror, ala2 separa drag githu. sah2la aku tak tergolong dlm golongan itu kan. tak tahula kalo ko mmg drag

izzu said...

tak kisah nots, yg penting ada peminat dan penonton. siti nurhaliza pun dimintai oleh makcik2 dan pakcik2 jugak. menten je malatop. dan ko pun minat siti nurhaliza kan ? so, sure ko pun antara makcik2 tu kan ? ke ko poncik ? pondan pakcik...

Anonymous said...

hahaha .... baca komen pun boleh terhibur. kelakar lah korang ni. izzu bile nak karoke kat shogun ni? chihihihi ... lama dh tak buat konsert kat shogun kan.

izzu said...

tunggulah ai dtg melayang ke ipoh sana

fiebie Danielle De la Rossa said...

ahhh blog ixxu mmg ceria bagai bulan di pagair bintang tapi ada nenek kebayan duduk kat bulan itieww.? you ka ixxu...nots mak yakin ko setaraf sgt ngan siti..."dgn ini mak mengumumkan" there are two beautiful voices stand before me, vley??
ahaks!

izzu said...

ai kompius sama ada yu puji ai atau carutzz ai, apa pun ai terima ngan hati terbuka sebab yu mmg cantik, walaupun dilihat ngan mata tertutup, kecantikan dalam katanya. matilamak, ko sgt hazab sampai tak sanggup nak buka mata

datin cik sal said...

mati la yols kene tuka key time nyanyi ngan acai yer... **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. acai kan suma picit picit button kat karoke tu .. kasi rendah key suara katanya..

fiebie Danielle De la Rossa said...

haha~

izzu said...

yes, sgt menipu. matilamak

izzu said...

ko pon nak nyanyi tukar2 button ke puru ?

izzu said...

tq for da promotion

Anonymous said...

Good post.
If you’re looking for quick, healthy weight loss please visit Natural Weight Loss

Anonymous said...

Great Blog.

Please visit my blog if you are looking for Weight Loss Tips and diet Information.