cantik kan, landskap kat belakang aku ni
semua sudah penat, berehat sebentar
sekarang kita main ulat gonggok pulak
lepas tu, main menunggang rusa pulak.
tak nampak kepala rusa sebab dia tertunduk malu
tak nampak kepala rusa sebab dia tertunduk malu
posing kat dlm pondok pulak
Jadi, weol meneruskan perjalanan kembali ke KK. Pintu sempadan akan ditutup jam 10 malam. jadi, weol tak mau terkandas di sini. baik balik terus. Lagipun, weol semua kerja ari isnin. Nak tak nak, memang kena balik jugak. Lebih2 lagi, weol plan nak makan malam kat Sipitang. Len & Sya kata, kat Sipitang ada pasar malam yang best. Manyak syiokk kalo makan di situ. Kenala cepat2, drive laju2 sikit. Kalo tadi, Sya drive...sekarang turn >ai pulak untuk drive. Sya kata, dia dah penat driving. So, weol tukarla driver. Sebelum tu, sempat gakla snap gambar jeti di tebing sungai. Kelihatan, budak2 baru balik sekolah agama.
jeti di muara sepi.
muara ke ni, masalahnya ?
muara ke ni, masalahnya ?
Masing2 sudah menunjukkan muka penat tapi menten bergelak ketawa dan menyanyi sepanjang perjalanan. Siap lambai2 lagi ni, mana orang yang weol nampak sepanjang perjalanan pulang. Ala2 lambaian ratu, nak balik istana githu. Ai tadela drive laju sangat sebab nak ai nak memandu dengan relax. Lagipun, tadela jauh sgt pintu sempadan tu, setengah jam dah sampai. Memang boleh sampai before 530pm. Along the way, banyak sangat jambatan perlu dilalui. Banyak2 jambatan, jambatan di bawah ni yang paling meraik perhatian ai. Jambatan ini yang merentangi Batang Lawas (batang adalah sungai dalam loghat sarawak), sangat unik dan cantik dari pandangan mata ai. Hanya satu arah saja yang boleh melaluinya dalam satu2 masa. Sementara tengah tunggu turn tu, ai sempatla snap gambar jambatan tu.
jambatan yang merentangi batang lawas
Perjalanan diteruskan lagi, hingga sampai ke pos kawalan imigresen. Weol perlu menunjukkan passport weol utk dicop oleh pegawai imigresen. Sepatutnya, weol perlu menunjukkan ic tapi, pegawai imigresen kata tidak perlu sebab dia tau tujuan weol hanyalah utk melancong dan weol tidak seludup apa2, apatah lagi dengan semuanya bermuka manis, lagi senang urusan weol. Tapi, bila passport tu sudah dicop utk keluar, passport sudah tidak boleh digunakan lagi. Lagipun, pegawai imigresen tu, kutip balik passport kami utk rekod. Jadi, kalo weol nak pergi, kenala weol apply lagi. Tapi, kalo yuol nak dok sarawak lama2 tanpa keluar negeri, passport tu, valid utk 3 bulan.
melintasi imigresen utk kali kedua
Keluar je dari pos kawalan, weol terlihat ada sekatan jalan. Ada 2,3 orang staff tengah memeriksa setiap lori yang melalui sempadan ni. maybe nak check barang seludup kot. Weol teruskan perjalanan, baru beberapa pusingan tayar, weol ternampak ada 2 org pakcik tengah menjala ikan di sungai kecik, di sebelah jalan. Weol berenti kejap sebab nak tengok ikan apa yang diorg dapat. Ai ngan Syai pun, turun tengok. Yang lain2, malas, berat bontot. Ai pun tanyalah pakcik tu...
"Boss, dapat ikan apa ? Banyak ke ?"
"Ikan sepat syiakk. Indak banyak mana."
"Sia tinguk banyak je, mintak."
"Kau mau, kau tangkap sendiri."
"Indak la bah. Sia main2 syiakk."
"Ikan sepat syiakk. Indak banyak mana."
"Sia tinguk banyak je, mintak."
"Kau mau, kau tangkap sendiri."
"Indak la bah. Sia main2 syiakk."
Tetiba Syai cakap ada staff cando kat sebelah weol. Apa lagi, harusla kena snap gambar. Ai pun berpura2 la bertanya pasal roadblock tu. Katanya, roadblock nak check barang seludup. Sebab selalu sgt diorg seludup kelapa sawit katanya. Rupanya mamat ni kerja ngan jabatan pertanian. Maybe diorg buat roadblock, joint venture ngan imigresen kot. Taknak buang masa, trus ai cakap....
"Kawan sia mau amik gambar sama kau, boleh ?"
"Boleh syiakk. Teda masalah."
"Syai, amik gambar aku dulu."
"Boleh syiakk. Teda masalah."
"Syai, amik gambar aku dulu."
ai yang over plak. Guna nama Syai tapi ai yang mau posing dulu. Tak kisahla, mamat tu dah bagi green light. Amik jela gambar kan. Sah2la sebelum tu, si Syai dah snap2 gambar mamat tu guna hp camera dia tu. Tapi, sah2 la pixel digicam lagi malatop dr pixel hpcam. Harus gilir2 amik gambar. Weol say thanks, then trus blah.
bersama staff yang comel
Kereta terus ai pecut laju, sebab nak ke sipitang pulak. Nak makan2 kat pasar malam dia sana. Pasar malam tu, di tepi laut. So, sangat sesuai lah, kalo nak makan2 sambil tengok sunset. Bolehla, nak feeling2 jiwang. Memang timing weol sangat bagus, sebab sampai kat sipitang pun, matahri sudah di ufuk senja. Jadi, sempatla nak snap2 gambar sunset. Air pun tengah surut masa ni, jadi weol nampakla ada orang tengah mencari lokan dan remis di tepi pantai.
keindahan sunset di sipitang
Dah puas, pose2 feeling ngan sunset, weol terus ke cari port nak makan kat pasar malam tu. Dah jumpa kedai yang sesuai, trus order makanan. Sya beli sate ayam+daging, Len ngan Azwan beli apam balik ngan pisang goreng, Syai beli rojak mee ayam dan ai pulak beli soto campur ngan cucur udang. Minuman pulak, semua order ABC kecuali Len yang setia ngan milo ping (milo ais dalam loghat sarawak. kalo kelantan, milo peng). Kalo yuol tengok, weol melantak, macam tak makan seminggu. Penuh meja. Tapi, sempat la jugak snap2 gambar model makan di sipitang ni. Sapa tu, tatau.
jom makan!!! kenapa abg2 ni jadi model ?
motif tatau
motif tatau
Lepas makan, bergambar lagi. Haih, non-stop bergambar. Pantang ada kamera kan ? Tapi, apa guna ada kamera kalau tak guna. Itulah tujuan beli kamera sebab nak bergambar dan abadikan kenangan indah. Kalo tak, sia2 la "cuti2 malaysia" kalo tade gambar kenangan. Sekali lagi, cameraman separa profesional dipersilakan utk mengambil gambar, sapa lagi kalo bukan Syai (muka dongak ke langit). Berlatarbelakangkan kegelapan malam di tepi pantai, gambar diabadikan. Sebab gelap sgt, dan jauh dari gigi air, tak nampakla pantainya. Kalo yuol nak tengok pantai jugak, yuol search je internet cari gambar pantai.
posing dalam kegelapan malam di tepi laut
posing solo bersama kucing tompok
Sekarang, masa utuk pulang ke rumah. Kereta, ai pandu laju sebab nak sampai ke rumah before 10pm. Memang target ai berjaya, sebab peserta terakhir, Sya berjaya sampai ke rumah tepat jam 10 malam. Memang best trip kali ni. Seronok sgt dan ai rasa puas. Maybe, inilah trip terakhir sebelum ai kembali ke semenanjung. Yuol semua mmg best, menceriakan kehidupan ai di Sabah ni. Kalo tanpa yuol, mati kutu la ai kat sabah ni, tak buat apa2.
driver & co-driver bergambar bersama-sama
Terima kasih kepada Sya sbb sudi menggunakan keretanya untuk perjalanan kali ini dan terima kasih kepada yang lain2, kerana kalo kita tak share2 duit isi minyak (minyak mahal , ok!!), mana mungkin kita dapat sampai ke Lawas & Sipitang. Kita bertemu di lain episod, "cuti2 malaysia bersama izzu". BYE~~~
ROGER & OUT
20 comments:
nok..cantik nye gamba2 kau itew~~ chihih matilamakkkkkkk
kejis, aku tgh edit ok
nots...comel jugak abg tu kan..not before u balik pi la jumpa dia lagi, ambik no hp dia then kasi i k..ala u kan baik..tolong ek huhu
p/s: sila refer pic 'bersama abg yg comel'....bukan ya ampun pic 'melintasi sempadan kali kedua' itew
Dalam bahasa mak, batang is ciknek. Kalau Batang Ai maknanya???? Larikkkkkkkkkkkk
sudeh deja~ abg tu gigih ai carik di Lembaga Getah Sabah ... tp lom jumpa *cry* mata dia sgt cokolat celup!~!! merembes air~! *trip terakhir melawat sabah..cry~
ahahah, abg lee ni. keji je buat terjemahan sendiri. sah2la jadi ciknek ai. heheheh, oops, terckp plak
tadek maknanya nak mitk no hp dia, sah2la aku tak tau bila ke sana lagi. lagipun, ko nak ke travel dr kuching ke lawas semata2 nak jumpa mamat tu ?
adik2 ttp gigih
giteew, merembes la...apa yg yuol rembeskan ? darah ? matilah pampers
chihihi muara sepi.. sedap nama tuh.. izzu, tade adegan makan2 ka?
Chihih matila kerje jek jadi pemandu pelancong..harus meriah cikcur ngan pelancong dari Itali..mutif Itali? matila FIFA..
Ixu..ai taste terjemahan batang itiew.. kalo nk mandi air batang? lariiiiiiiii
ada adengan makan2 tapi menggunakan model import. ai dah mls nak tunjuk aksi ai melantak je
yes, italy!!! i sgt taste italian footballers. pasukan favourite ai, dan menang world cup 2006
aku tolong jawab terjemahan ko. adik2 nak mandi air ciknek ke ? mmg gersang kan, ko
gers gesr ... ai nk carik cikki pilipina di kl . *ttba*
carilah nots, cikki bangla dan indon pun ada di kl tu
pepatah mengatakan... ukur baju dibadan sendiri~~ pepatah ai plak... sgt sesuai baju gorilla tu dgn badan yu.. ianya mencermin sifat sifat kendati diri yuols.. matila mek~~~ **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
hahaha choi jer pepatah koyak...merasa carutan halus..ala2 kiasan katanyer, sultan perak hari nih cemar duli dtg utp, sayang izzu ko xde, leh sama2 join dia aktiviti cemar2 nih, dia cemar duli, ko cemar alam =), jgn marah u alls
tu la..ai baru perasan yg ada tulisan gorilla hunt katanya...ayo2 mengundang azab sgt yu ni tau
tadek maknanya ye. aku beli baju tu sbb aku suka design dia. aku tak kisahla dia tulis apa dan apa org nak pikir. yuol ke bg duit kat ai, nak beli baju ? sah2 tak kan ? so, ai nak pakai baju gorilla ke, itik ke, ayam ke, hanjing ke, suka ati la. yuol sgt melethop ke, masalahnya ? kalo yuol melethop pun, ai amik peduli ke ? ai menten melethop dlm cara tersendiri
aiyo yu yu ...ai takut.. sudah malatop gonong berapi nya
-----
Post a Comment