Hi, everybody. Kita bertemu lagi. Kali ini dari venue lain pulak. Bukan lagi di sabah tapi di perak. YES, PERAK!! Kembali semula ke tempat ini, tanah yang gersang, cuaca yang panas dan purata hujan yg sedikit didirikan bangunan tempat pembelajaranku di atas tanah lombong yang telah ditebusguna. Itulah Tronoh. Yuol, tau di mana Tronoh ? Tronoh terletak lebih kurang 30km dari Ipoh, ibu negeri Perak. Ok, cukup pasal geografi.
sapa ni, tatau ? pandai2 la yuol teka sendiri
Flight KK-KL bertolak jam 750am dan sampai di KLIA tepat jam 1015am. Sorry, aku tak naik Air Asia. Aku mmg suka naik MAS. Setia katanya tapi kalo tgh sengkek, sah2la Air Asia jugak yang dicari kan ?Apa pun, aku selamat sampai ke Ipoh dari KLIA, jam 140pm. Sorry, delay 10 minit sbb cuaca agak kurang baik semasa ingin mendarat. Sampai2, je, trus aku call Sohnen, yang sudah sedia menanti di airport untuk mengambil aku dan luggages aku yang berharga satu tiket dari KK-KL dan KL-IPOH. Choi!!! Aku pun tak tahu apa yang aku hangkut bawak balik. Mujurla, Sohnen bawak Waja company, so muatla nak sumbat segala mala luggages ni.
sapa ni, tatau ?
Sampai2 je, Ipoh, trus Sohnen bawak balik aku ke rumah dia, sbb dia ada meeting jam 3 ptg. Yelah, company baru dapat pengiktirafan Guiness World Book of Records (tak taulah kalo aku salah susun ayat), setiap hari nak meeting je, kerjanya. yuol nak tau company mana, carilah sendiri. Jelas terpampang di setiap kedai gambar pingat tu. Dia dah abis meeting, trus anta aku balik UTP. Marleha pun dah menunggu kat sport complex. Katanya, baru lepas jogging. Kena jogging tiap hari, sbb target dia nak berat sifar. SO HOW ?
Pastu, aku calling2 Deja, suruh bersedia menyambut kedatangan aku ke UTP. Yuol nak tau UTP tu apa, sila click sini, UTP. aku request hamparan karpet merah tapi nan ado disiapkan. Adik2 mmg pemalas. Harus aku mengerah adik2 angkat barang2 aku je. Lepas hangkat barabf2, trus makan di Kedai Makan Tropika yang menyajikan makanan2 siam. Happy sgt2 dapat jumpa ahli2 Group 3N (Nots N Nayah). Tapi, ramai yang sudah berpindah ke division International. Yang tinggal di division UTP ni pun, brapa kerat je. Makan malam ni pun disertai oleh Deja Moss, Puru Go To Hell dan dua org dr division international Sohnen dan Marleha. Tapi, oklah tu, at least tadela sunyi aku kat division UTP ni, sbb ada gak ahli2 yg tinggal. Harusla sessi makan2 diselang selikan ngan sessi mengumpat sambil beramah mesra.
Lepas makan segala dan Marleha serta Sohnen pun sudah berambus ke rumah masing, mula la sessi unpacked dan mengemas barang. Mujurla aku sebilik ngan Puru Go To Hell, so bilik dah sedia bersih, jadi tak perlulah aku nak sapu2 lagi. Just, letak cadar, pasang komputer, letak barang2 kat rak, then dah siap. Bolehla mula surfing sekarang. Apa lagi, cickur di alam maya la sambil check msg2 di friendster, myspace, dan lain2 lagi.
laluan antara bilik jugak
Well, bermula kehidupanku semula sebagai seorang pelajar, selepas 8 bulan berkhidmat sebagai pekerja kontrak di sabah. Final reports pun tak buat lagi. Matilamak, nak kena jumaat depan. Mana nak tulis lagi, nak buat hard cover lagi ngan meeting final year project lagi...hayoooo!!! tu la, suka sgt tangguh2 kerja kan !! Anyway, aku ingin jadikan sem terakhir aku ni, sebagai sem dalam kenangan. Aku nak belajar sambil enjoy my last time kat UTP ni. Then, aku bolehla join division International bila dah abis belajar. Now, kena buat report skrg!!!! GAMBATTE NE !!!
p/s :
kepada sapa2 yang kenal mira edora, dia dtg melawat 3N di UTP.
Ala2, cuti summer katanya, kat France sana.
Makin cantik dan women dia skrg.
Kami hanya teman tapi mesra.
Ai anggap dia adik ai sajork.
jangan gossip2 kan ai ye.
kepada sapa2 yang kenal mira edora, dia dtg melawat 3N di UTP.
Ala2, cuti summer katanya, kat France sana.
Makin cantik dan women dia skrg.
Kami hanya teman tapi mesra.
Ai anggap dia adik ai sajork.
jangan gossip2 kan ai ye.
4 comments:
motifff adik sajork...boleh je lebey2 mak tak kisah..voleyy?
hayo3... mira dah jd cmtu.. tahniah anak didik izzu jd cmtu tp menten mesra tp xmo org kate lespab...lalala
Makin woman si Mira..
Dia tdo kat mana masa tu? - soklan cepuemas -
Selamat bergabung menjadi Rumah 3N!!
Nnti leh la i singgah buat tdo semlam 2..hicx
ai tade bilik lagi ke? *nanges*
Post a Comment