Friday, October 20, 2006

ENGINEERING DESIGN EXHIBITION 2006

Engineering Design Exhibition (EDX) merupakan antara acara penting dalam kalendar UTP. Setiap penghujung semester, acara ini akan diadakan untuk mempamerkan hasil rekacipta para pelajar UTP. Kebanyakkan mereka yang mengambil bahagian merupakan pelajar tahun akhir. Walaupun ada pelajar tahun lain yang turut sama menyertai pameran ini, namun fokus lebih diutamakan kepada para pelajar tahun akhir. Tetapi, sebelum dapat menyertai pameran ini, setiap pelajar terpaksa melalui peringkat saringan. Hanya mereka yang terbaik, barulah dapat menyertai pameran ini. Walaubagaimanapun, pameran ini bukanlah penyumbang markah untuk markah keseluruhan projek. Cuma, hadiah disediakan untuk mereka yang berjaya mendapat kedudukan terbaik di antara yang terbaik. Ini juga merupakan platform bagi pelajar tahun akhir untuk meraih anugerah rektor sekiranya mereka berjaya berada dalam kedudukan terbaik.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Kai San tengah membuat kerja-kerja untuk EDX

Semester ini, aku mengambil subjek Final Year Design Plant (FYDP) yang juga merupakan subjek penting untuk pelajar akhir jurusan Kejuruteraan Kimia. Tajuk untuk semester ini adalah "To design a natural gas treatment facility". Aku ditempatkan dalam kumpulan 1. Aku bernasib baik kerana ahli kumpulan aku semuanya hebat-hebat dan pandai-pandai belaka. Bolehlah mereka memberikanku tunjuk ajar dan menolong aku yang lemah ni. Nanti, sama-sama boleh dapat A untuk subjek ni. Pada mulanya, aku memang berasa amat rendah diri kerana pencapaianku tidak setanding dengan ahli kumpulanku yang lain. Aku takut, sekiranya aku menjadi beban kepada mereka dan mungkin dengan adanya aku sebagai ahli kumpulan, peluang untuk mendapat A tidak sesenang yang diharapkan. Namun, aku tersilap. Mereka banyak menolong dan membantuku. Lebih-lebih lagi, ini merupakan projek berkumpulan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bergambar bersama model, malam sebelum EDX

Berkat bekerja secara berkumpulan, kumpulan kami layak ke EDX. Walaupun kami tidak meletakkan sebarang harapan, namun tuah menyebelahi kami. Sememangnya kumpulan kami tidak ingin menyertai EDX kerana sekiranya terpilih, banyak persiapan perlu dilakukan semata-mata untuk EDX tersebut. Dan ini, akan mengambil banyak masa dan tenaga. Disebabkan kumpulan kami, telah disenaraikan dalam enam kumpulan yang layak, hendak tak hendak kami terpaksa juga membuat persediaan untuk EDX. Semasa di peringkat saringan kami hanya membuat persiapan ala kadar dan lebih mengfokuskan kepada presentation contents. Tetapi, alang-alang sudah terpilih ke EDX, kami harus membuat lebih baik berbanding peringkat saringan. Lebih-lebih lagi, kumpulan yang terpilih semuanya hebat-hebat belaka.

Photobucket - Video and Image Hosting
Hari EDX - Menanti kehadiran para hakim
From left : Aku, Farah, Kai San, Ida & Zack

Kami hanya ada masa 3 hari untuk membuat persiapan bagi EDX. Masa memang suntuk. Nak siapkan poster, nak siapkan model dan macam-macam lagi memang menuntut masa dan tenaga yang banyak. Jadi, kami terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan semuanya. Masa inilah, kami berasakan keakraban sebagai satu kumpulan kerana masing-masing bertungkus lumus untuk EDX. Walaupun kami tidak meletakkan sebarang harapan namun kami ingin memberikan yang terbaik untuk EDX. Setidak-tidaknya, kami berpuas hati dengan hasil kerja kami sendiri.

Photobucket - Video and Image Hosting
Our booth - Booth 18

Malam sebelum hari EDX, diadakan satu taklimat berkenaan EDX dan pada malam itu jugalah, kami diberikan nombor booth. Kami mendapat booth yang ke18. Dan inilah masanya untuk menghias booth kami, agar nampak lebih menarik dan stand out from other competitors. Kiranya, pada malam tersebut, semua kumpulan yang terlibat datang ke main hall untuk menghias booth masing-masing dengan kreativiti tersendiri.

Photobucket - Video and Image Hosting
Hari EDX - Santai selepas sesi penghakiman

Hari EDX merupakan hari yang mendebarkan. Pada hari inilah, akan hadir beberapa orang pensyarah yang dipilih sebagai hakim untuk mengadili semua rekaan yang dipamerkan. Tiba giliran kami, ketua kumpulan memberikan penerangan kepada para hakim. Penerangan yang cukup terang dan jelas diberikan kepada para hakim. Pandangan dan teguran yang diberikan oleh para hakim dijadikan panduan. Ini penting, sekiranya ada kesilapan dalam presentation semasa EDX, ia perlu diperbetulkan sebelum ditulis dalam final report dan diserahkan kepada supervisor.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku bergambar bersama model yang paling cantik
antara 6 kumpulan yang bertanding


EDX ini juga penting kerana ia adalah seumpama latihan sebelum presentation dengan external examiners. Presentation dengan external examiners merupakan komponen penting dalam pembahagian markah. Jika EDX hanya dihakimi oleh para pensyarah yang berlandaskan teori, external examiners pula adalah mereka yang memang terlibat secara langsung dalam industri yang akan menghakimi secara praktikal. Dalam ayat mudahnya, presentation dengan external examiners lebih susah dari EDX. Lebih-lebih lagi, markah yang diperuntukkan agar besar untuk presentation session with external examiners.

Photobucket - Video and Image Hosting
Berangan jadi engineer

EDX berlangsung selama 2 hari yang bermula dari 17 hinggalah 18 Oktober 2006. Pameran ini juga dibuka kepada umum dan pelajar sekolah untuk datang melawat dan melihat rekaan yang dipamerkan. Pada hari terakhir, pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami, kumpulan kami tidak memenangi sebarang anugerah. Walaupun terpalit rasa kecewa namun inilah adat pertandingan. Ada yang menang dan yang kalah. Seperti yang disebut sebelum ini, kami tidak meletakkan sebarang harapan. Berjaya ke EDX sudah cukup memuaskan hati kami berlima. Sekiranya menang, ianya adalah bonus untuk kami. Jika tidak, tidak mengapa. Cukup sekadar memeriahkan EDX kali ini. Yang penting, kami sudah membuat yang terbaik.

Photobucket - Video and Image Hosting
Melawat booth Engineering Team Project (ETP)

EDX sudah pun berakhir dan sekarang tibalah masanya untuk menyiapkan final report. Final report perlu disiapkan secepat mungkin untuk memudahkan kami menumpukan kepada projek dan assignments yang lain pula. Aku memang berterima kasih kepada ahli kumpulanku. Tanpa mereka, mustahil bagiku untuk menjejakkan kakiku ke pentas EDX. Tercapai sudah impianku untuk menyertai EDX buat kali terakhir sebelum meninggalkan UTP. Sekarang, usaha gigih perlu digembleng untuk menyiapkan final report dan bersedia untuk menghadapi final presentation with external examiners. Aku berterima kasih kepada ketua kumpulan, Kai San kerana telah memimpin kumpulan ini dengan bagus sekali. Tidak lupa juga kepada Farah, Ida dan Zack kerana sama-sama bertungkus-lumus demi FYDP. Terima kasih tak terhingga kepada mereka semua kerana telah banyak membantu aku dalam sama-sama menyiapkan tugasan FYDP. Tanpa mereka, mungkin agak sukar laluanku di semester akhir ini.

No comments: