Thursday, January 11, 2007

AZAM TAHUN 2007

Shhh!!!! Diam semua!!!! Dengar2 sini....

Tahun baru, azam pun nak kena baru. Orang lain ada azam, aku pun nak ada azam jugak. Tapi rasanya, banyak azam yang lepas2 tak terlaksana pun. Tapi, kali ini dengan semangat baru...aku nekad nak ada azam baru dan berharap aku dapt melaksanakan azam itu dan menjayakannya.

AZAM TAHUN 2007
1) KURUSKAN BADAN HINGGA MENCAPAI BERAT IDEAL
2) MENDAPAT PEKERJAAN YANG HALAL
3) MENCARI KEKASIH

Rasanya, kalo ikut tahun2 terdahulu...azam yang pertama memang tak terlaksana. Tak kurus2 pun. Badan makin naik, adalah. Terus lari market. Biasala, orang2 badan berisi ni, susah sikit nak dapat jodoh. Itu yang azam no 3, susah nak terlaksana jugak. So, kesimpulan yang aku dapat buat, kalo kurus...sure market naik balik...harap2 la

Azam yang kedua tu, nak kena tercapai gak tahun ni. Since aku dah grad, so nak kena cari kerja. Tak kisahla kerja apa, janji kerja yang halal. Tapi, kalo boleh biarlah gaji tu ok sikit. At least, aku leh survive hidup kat kl ni. Sekarang ni pun, aku mmg dah dok kat kl. Stay umah Acai di Segambut. Sapa nak datang melawat, dialu2kan tapi kenalah bawak buah tangan. hehehe...

Marilah melawat iols di sini

Aku rasa sgt beruntung kerana ada kawan-kawan kat kl tu dan sanggup menolong aku. So, tadela susah sgt duduk sana. Aku ni, org kampung je. Takut jugakla nak hidup kat bandar besar ni. Sekarang, yang penting...nak kena cari pekerjaan. Dah ada kerja, dpt gaji leh buat modal. Leh buat belanja sambil simpan sikit2 utk masa depan. Masa study dulu, ingt nak enjoy je. Sekarang ni, nak kena berubah la sikit. Takleh dah nak enjoy2. Jimat cermat.

NO MORE baju mahal2. NO MORE makan kat kafe2 mahal2. NO MORE shopping perfume mahal2. Just live simple life je. Biar sederhana je. Lagipun, aku memang tak reti nak makan kedai mahal2, tak reti nak shopping pakaian mahal2 cuma perfume je aku reti beli mahal2 :P Kalo ikut kawan2 aku shopping kat branded shop, esp kat One Utama...aku dok luar je. Tak berani nak masuk dalam. Takut tengok harga2 dalam tu. Sehelai baju t-shirt bodo pun, dah cost RM300 lebih. Duit tu, boleh buat sebulan makan.

Aku suka pakai baju kaler terang-terang.
Feveret kaler, merah, kuning, oren, biru dan hitam


Maybe, org dah ada kerja, kerja bagus2 pulak tu...lain caranya dengan org yg still unemployed macam aku. Tapi, kalo aku dah kerja pun...aku tak terasa nak shopping kat situ. Mahal sangat. Baik beli makanan. (igt makan je, diet la woii!!!) Kalo teringin sgt nak pakai baju branded, maybe setahun sekali...bolehla shopping kat situ. Lagipun, aku bukan yg jenis gila brand. Asalkan baju tu nampak cantik dan bila aku pakai, nampak elok kat badan aku, dah cukup bagi aku.

Kalo gi jalan-jalan KL ngan kawan-kawan aku dan diorang ajak aku singgah minum2 atau makan2 kat kafe yang mahal2 (bg aku, starbuck dah masuk kategori mahal), aku trus rasa cuak. Satu sbb, harganya mahal walaupun benda dalam pinggan tu, sikit je. Satu lagi, kafe2 ni...semuanya makanan dan minuman kat situ nama omputih. Dan mostly, citarasa western.

Yup, aku suka makanan western but tadela sampai fancy makanan2 tu. Dahla, aku selalu salah order. Bukan sebab aku tak paham cuma kadang2 aku confius. Nama menu pelik2. Kiranya, aku tak berapa selesa nak makan kat tempat2 sebegitu. Senang citer, aku tak reti nak makan kat tempat2 camtu. Bagi aku, cukupla just kedai makan biasa.

Aku suka minum nescafe

Tapi, tak taula kan. Perspektif aku berubah nnt, bila aku dah kerja. Tapi, aku memang dibesarkan dalam family yang tak bermewah-mewah. Negeri di pantai timur, apa yang ada. Sangat berbeza dengan keadaan di ibukota. Cuma aku je, gelap mata bila dapat duit skolar yang banyak. Shopping je la keje nye. Bila dah nak masuk alam pekerjaan ni, barula tau betapa peritnya nak cari duit. Tak semudah yang disangka.

Aku mesti berubah mulai sekarang. Hidup sederhana saja. Takpela, bersusah-susah dulu. Yang penting senang kemudian. Kalo tak, mana nak mampu capai misi 5 tahun aku. Dalam masa 5 tahun, aku mesti berbuat sesuatu supaya kehidupan aku jauh lebih baik dari sekarang. Aku pun ingin buktikan kepada parents aku yang aku bukanla seperti apa yang mereka sangkakan. Hanya bergantung harap kepada keluarga tanpa usaha. Aku akan buktikan yang aku boleh berjaya. Namun, aku tidak mampu untuk hidup seorang diri. Dengan pertolongan kawan-kawan dan juga keluarga serta bimbingan, nasihat serta dorongan mereka, mebuatkan aku akan lebih tabah menempuhi hidup ini.

Kalo dapat kawan-kawan yang hati busuk dan suka hasad dengki....
Kita spray saja dengan room fragrance ni
Biar hilang hati busuk
Hanya ada hati yang wangi mengharum

4 comments:

Ash Shinotsubaki said...

semoga kau kurus nots~~ tu azam dah brapa tahun agaknye ek? aku pun tak tak larat kira.. chihih

**tringat zaman kau bleh pakai baju aku dulu...skang kalau kau pakai harus la koyak mcm hulk katanya!~

Anonymous said...

githu, jd hulk la...no nana no, harus jd x-men sajork

i akan cuba usaha gigih....cepat2la i ada cikki, nnt sure akan jd cepat kurus kalo dgn dorongan cikki

Anonymous said...

yes uols......

i like ur azam...matiler i pun teringin nak berjoli sakan supaya nampak klass.....tapi i guna duit ptpn sajor...matiler i tak sedar diri...

kaposh...

anyway, semoga uols jadi engineer yang paling suksess...

idup adik2 UTP!!!

izzu said...

ahahahah.....adik2 mmg mudah gelap mata ngan duit kan...

jadi engineer ke ? tak tau la jadi ke tak...macam tak jadi je...skrg ni, jadi je la apa2...asalkan dpt gaji ok, dah la