Lepas tu, nak cari date yang sesuai pun, satu hal jugak. Dahla plant shutdown ni almost clashes with scheduled offtake. Pening project manager aku nak cari date yang sesuai. Tak kira lagi, client nyer rig yang selalu sangat delayed. Kiranya, plant shutdown kali ni bergantung dengan the availabity of da rig dan juga scheduled offtake. Kalo semuanya dapat arrange ngan bagus, everything will go smoothly. Aku percaya, project manager aku dapat buat semua tu. Lagipun, ini bukan da first shutdown. For me, this is my first shutdown. Rugi betul tak dapat naik offshore masa shutdown. Kalo tak, sure dapat belajar banyak benda masa shutdown tu.
Best jugakla dok kat Impiana Cherating ni. Aku share bilik ngan safety officer. Tapi, disebabkan umah dia dekat sangat ngan hotel, so dia tak overnite kat bilik. Dia tido kat umah. Dia kata, tengok bini lagi best dari tengok muka aku. Sah-sahla, sebab tu bini ko. Aku bukan bini ko. Aku pun taknak. Tapi safety officer ni, best sebab friendly dan suka discuss ngan aku dan banyak ajar aku pasal safety. So, the room is only for me. Malam tu, apa lagi. Guling-guling kat dua-dua katil dan pasang tv kuat-kuat. Aku layan kartun je malam tu. Tengok Nickolodeon channel. Tengok spongebob squarepants. Aku suka gila kartun tu. Comel. Aku ada satu bantal spongebob. Nanti, nak beli lagi bantal spongebob.
Jumaat tengahari, event abis. So, kitorg pun balik semula ke KL. Aku tumpang kereta colleague aku. Satu kereta masuk 4 orang, 2 dari HSE, 1 dr Quality dan 1 dr Production. Yang tuan empunya kereta adalah process engineer. So, kami berempat meluncur dengan Satria NEO tu. Kami singgah dulu ke Kemaman Supply Base (KSB) sebab ada benda nak kena hantar ke offshore. After finished the deal, kitorg sambung perjalanan. Kalo datang ke area pantai timur ni, tak sah kalo tak bawak balik buah tangan. Keropok lekor tu, sudah pasti la kan. Setiap sorang borong RM10. Banyak tu, borong keropok lekor rebus. Tak kira lagi keropok keping tu. Kitorang singgah kat Geliga, Kemaman untuk borong keropok. Kalo korang ke sini, carilah keropok Cap Masjid. Sedap sangat. Totally rasa ikan. Ikan yang digunakan adalah ikan tamban. Bertambah-tambah aku makan. Habisla diet aku. Terpaksala lari sejam atas threadmill.
Nama kedai tu, Bahulu Seri Geliga. Korang kalo datang ke area Kemaman ni, jangan lupa singgah kedai ni. Memang berbaloi. Sedap pun sedap. Bagi promosi pulak kat kedai ni. Tapi, tak kisahla. Kalo makanannya sedap, memang kena citer kat orang ramai. Biar ramai-ramai datang kedai dia. Bila ramai orang beli, makin banyak untung dia dapat. Bila banyakn untung, kedai makin maju. Inilah caranya kita nak tolong eknomi bangsa kita sendiri. Kalo bukan kita yang tolong, sapa lagi kan ?
Kitorang sampai KL dah malam. Dalam jam 9 malam. Terima kasih kepada driver sebab hantar aku sampai ke pintu gate apartment aku. Tak payah aku nak naik lrt dengan mengangkut keropok-keropok ni. Senang sikit. Memang aku enjoy away day ni. Sambil bekerja sambil relaks. Betul-betul dapat tenangkan perasaan aku yang berkecamuk masa tu. Dah nak start masuk pasal lara-lara la pulak. OK, stop.
1 comment:
thanks bro..cz promoted bahulu mak/ayah sayer...really appreciated that!jangan lupa singgah lagi..^______^v
Post a Comment