Monday, March 03, 2008

WINDOW SHOPPING AT PAVILION

No more entry layar lara. Now, I am back to my normal self. Malas nak pikir-pikir, buat pening kepala je.

After work Jumaat lepas, aku ngan KJ pergi jalan-jalan ke Pavilion. Katanya, KJ nak beli t-shirt dan nak beli cincin. Aku taknak beli apa-apa. Just teman KJ je. Dia shopping betul-betul dan aku window shopping. So, kitorg pusing-pusing la Pavilion tu. Dari bawah ke atas, dari atas ke bawah. Round semua level. Then, kitorg ternampak ada orang buat performance kat area eskalator. Diorang main muzik. Persembahan live lagi tu. So, kitorg tertarik dan terpikat, terus melepak kat bench dan layan lagu-lagu yang diorang main.

PERCUSSION PLAYER

Banyak jugak la lagu-lagu yang familiar yang diorang main. Mana yang ingat lirik, aku dan KJ sing along je. Takpun humming. Kalau tak tahu langsung, layan je la. Hangguk-hangguk kepala. Tapi, memang best la dioarng ni main. Aku suka betul lagu-lagu jazz ni. Soothing and make me feel rejuvenate.

PERSONNEL YANG MAIN SAKSOFON DAN GITAR.

Yang jadi lead dalam band ni, yang main saksofon tu. Sebab yang lain-lain macam jadi background music je. High-lite tetap kepada saksofon. Tapi, memang mengasyikkan bila dia main. Mendayu-dayu rasanya. Aku tak berganjak langsung dari bench tu. Mata pun tak berkedip coz I really enjoyed the music. Masa ni, KJ dah sibuk usha orang kiri kanan. Mata meliar je.

EH, KENAPA GAMBAR DIA SAMPAI DUA KALI UPLOAD.

Tengah-tengah syok aku dok amik gambar, mamat yang main percussion ni perasan la pulak. Elok-elok je aku snap gambar dia, mata dia terus stared kat my hp. Sorry, gambar blur sikit sebab tak berani nak gi snap dekat-dekat. Segan. Mujurla dia sporting. Lepas aku snap gambar dia, dia pun senyum je. So, apa lagi...aku pun snap gambar dia banyak-banyak. Well, he's good looking too. That's way ramai yang datang tengok band ni perform. Regardless male or female. But, that is not the main point. The main point is, diorang main memang best.

THE BAND

KJ dah bising-bising sebab dah dekat sejam kitorg dok kat bench tu tak gerak-gerak, tengok diorg perform. Padahal window shopping tak abis lagi ni. So, dengan hati yang berat...kami pun melangkah pergi. Lagu last, yang diorang main sebelum kitorg berangkat pergi adalah lagu Getaran Jiwa. Aku suka gila lagu P.Ramlee ni. Terus aku berangan, aku perform kat situ sambil diiringi oleh mereka berempat. Kalau ikutkan pemikiran gila aku, memang aku nak je berdiri kat tengah-tengah diorang dan terus nyanyi. Memang best kalo dapat perform ngan live band. Dah lama tak perform di khalayak ramai. Last sekali aku perform di khalayak ramai adalah pada tahun 2006 semasa aku internship di Sabah. Aku naik stage dan terus nyanyi. Tak pikir dua kali dah.

5 comments:

Anonymous said...

erm...
best nyer jenjalan sesama kan...

tapi kenapa u ngan KJ je? orang lain kenapa tak ikut sama?

erm.. KJ beli apa eh? -githu, menyebok lah plak.

Okabe said...

bestnya kalo dpt tgk band perform live lagu2 slow.. sgt feeling norah jones..

brg kt pavilion mahal x?

izzu said...

yang lain2 semua kerja tak berdekatan ngan pavilion. lagipun, kj yang nak shop2. so aku join jela.

last2, KJ tak beli apa2. sabar jela

pisah, tade benda yang murah kat pavilion tu. semua mahal. tapi, smasa i masih dlm mode melantak sampai muntah, aku suka makan donut JCO. sedap sangat sampai menjilat kotak donut tu :P

Anonymous said...

aku tau ko bukan nak dengar sangat diorang punya performance tu.... ko nak tengok benda lain kan???

Anonymous said...

ahahahah, kantoi