Tuesday, December 07, 2010

SUDAH JELAS

AKU SUDAH NEKAD DENGAN KEPUTUSAN KU INI.

AKU TIDAK INGIN LAGI MENYAMBUNGNGYA LAGI

BIARLAH KAMI BERTERUSAN HANYA SEBAGAI KAWAN BAIK KERANA HUBUNGAN PERSAHABATAN AKAN LEBIH KEKAL LAMA

DAN AKU REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU

AKU TAU DAN YAKIN, SEMESTINYA ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA INI

Sunday, October 17, 2010

PERTIMBANGAN

adakah wajar untuk aku menerimanya kembali ?

sebetulnya, memang aku masih sayangkan dia dan masih memerlukan dia.

dengan apa yang aku alami sekarang, aku memang mengharapkan dia agar sentiasa berada di sisiku.

mungkin dia bergantung padaku dari aspek kewangan dan keperluan serta kehendak, namun aku juga bergantung padanya dari aspek emotional dan pengurusan hal ehwal rumah serta yang boleh tengok kan makan minum dan sakit peningku.

sekiranya aku ingin menerimanya kembali, sudah pasti akan ada syarat2 yang perlu dia patuhi dan ada kemahuannya yang perlu aku turuti.

mungkin pengorbanan ini agak berat tapi aku perlu berkompromi.

biar aku fikirkan perkara ini masak-masak sebelum aku membuat apa2 keputusan. aku tidak mahu menyesal di kemudian hari.

sekiranya berakhir sekali lagi, aku tidak mahu ianya berkesudahan secara buruk. biarlah semuanya tamat dalam keadaan baik

Saturday, October 16, 2010

KEKECEWAAN

harapanku punah, jiwaku kesal, hatiku kecewa, kepercayaanku hancur.

aku amat menyayangi dan menghargai dia.

kenapa dia tidak buat begitu kepadaku ? kenapa dia tidak nampak tulus dan ikhlasnya cintaku.

aku penat, mungkin ini masanya utk aku pergi jauh. detik masa pun sudah bermula...

Friday, October 15, 2010

HARI NI, HARI CUTI


HARI INI, AKU AMIK ANNUAL LEAVE. ARI NI JUGAK ADA MEDICAL APPOINTMENT NGAN DOKTOR DAN AKU PASTI IANYA AKAN AMBIL MASA YANG LAMA. SO, AKU TERUS AMIK CUTI, SENANG SIKIT.

LAGIPUN, AKU RASA MCM BADAN AKU DAH SAKIT2 DAN SENGAL2 SIKIT, HASIL DARI GYM. TAPI HARI INI, ADA CLASS DANCE YANG BEST, ZOMBA DANCE CLASS. RUGI TAK JOIN TAPI AKU RASA BADAN AKU MCM NAK KENA REHAT KEJAP.

TAPI RUGI, SBB SABTU DAN AHAD DAH TAK PERGI GYM. GYM TU DEKAT NGAN OPIS DI PUCHONG. UMAH AKU LAK DI CHERAS. MEMANG TAK JAUH TAPI MALASNYA NAK DRIVE KE PUCHONG KALO BUKAN DISEBABKAN NAK GI OPIS.

TAKPELA, WEEKEND NI, AKU GANTI NGAN LARI2 DI TAMAN TASIK KAT AREA RUMAH JE LA. AT LEAST, ADA KUAR PELUH SIKIT.

HARI INI PUN AKU DAH BUAT SATU CRIME. AKU MAKAN NASI LBH DR SATU SENDUK NGAN AYAM GORENG !!!!!! DAH BERAPA BANYAK KALORI TU. SBG DENDA, MALAM NI TAKLEH MAKAN BERAT DAH. CUKUPLA SANDWICH WHOLE BREAD WITH SALAD DAN SCRAMBLED EGG


AKU NAK KENA GIGIH JAGA BADAN. BIAR SIHAT DAN ANTIBODI PUN JADI KUAT

Wednesday, October 13, 2010

YOGA TIME

semalam, hari kedua aku ke gym, penat gila.

lps lari kat threadmill, 20 minit, aku masuk pulak kelas yoga. nampak mcm senang je rutin dia tapi bila nak buat, agak payah jugak. tergeliat badan aku, nak kena pusing sana sini.

berpeluh2 gak la. sakit2 badan aku sbb nak kena hold the position for the sometimes. malam tadi, aku tido. rasa mcm tertarik2 urat.

hari ini, nak g lagi. nak masuk kelas body dance lak. nak kena kurus dan sihat. target aku, before new year, i can lose at leat, 10 kgs.

go go go

Tuesday, October 12, 2010

MENU DIET BUKA PUASA ARI TU....

Semalam, I buka puasa ngan 2 set sandwiches.


i buat 4 lapis roti dan semua roti itu dibakar. Lapis pertama, I letak salad hijau, lapis kedua I letak salad merah, lapis ketiga I letak steamed chicken salami dan lapis ke4 yg disapu peanut butter I letak scrambled eggs.


Sgt kenyang rupanya, trus I dh tak terpikir nak makan nasi (I plan nak makan nasi, jam 10 mlm kalo I lapar)


Yes, I akan buat nasi sbg lauk bukan sebagai hidangan utama, berangan Europe


I nak beli chicken salami dan cari ayam kampong la.


Pakcik sedara I ckp, I tak digalakkan beli ayam di pasaraya sbb mostly ayam tu di inject hormone pembesaran. Dia ckp, ayam tu baru umur 3 bulan tapi badannya dah mcm umur 8 bulan.


Dia kata, kalo nak cepat sembuh jerawat horror ni, baik makan ayam kampong…ayoo, mana nak cari.Nampaknya, setiap sabtu, I nak kena pegi pasar tani la, cari ayam kampong. Harga dia pun lebih mahal.


Takpela, demi kesihatan, I sanggup.


Monday, October 11, 2010

JOB FAIR AT MIDVALLEY : 08TH OCT 2010 - 10TH OCT 2010



last weekend, aku ada pergi job fair. bukannya nak cari kerja baru. just jalan2, tgk2 je. tgk orang, tgk booth dan tgk apa event yang ada.

mana tau terserempak ngan org yg kenal ke, leh jugak eratkan kembali silaturrahim. mmg pun, ada juga jumpa 3,4 org yang dikenali di booth. untung jugak, kenal orag sbb dapatlah freebies sedikit sebanyak. thanks PIA for the shirt :)

pastu, aku round2 lagi jumpa booth suria dan red fm. aku buat gila pulak. saja suka2 gi audition untuk jadi dj dan news presenter. aku tau, aku bukan ada bakat sangat pun. cuma just having fun. aku rasa aku leh buat lebih baik tapi disebabkan aku ttba nervouse, terus aku baca mcm robot. ahahahah

tapi, okla. yg penting aku enjoy. dan aku suka tgk org berpusu2 mencari kerja especially fresh graduate. aku teringat masa aku memula cari kerja dulu. aku pun sama kje mcm diorg. aku suka tgk determination diorg, aku suka tgk diorg confidence in selling themselves to secure the job and doing the best for the interview.

itu smua, memberi aku lebih motivasi utk kerja lebih rajin dan bersungguh2. kalo diorg ada semangat sebegitu, should be aku lebih bersemangat sbb aku dah kerja. dan tak mustahil, mereka ini semua akan jadi potential colleague aku. so, aku kena tunjuk contoh terbaik.

well, apa kata kita mulakan dengan pergi awal ke opis ?

ahahah, move ur ass and get going BITCH !!!!

p/s : i am referring to myself here since it is already 8am and i am still typing this entry :D

Friday, October 08, 2010

YEAY, TAMAT SUDAH !!!! SUDAH CUKUP 6 HARI


genap 6 hari aku berpuasa di dalam bulan syawal pada tahun ini. berjaya jugak aku habiskan.

aku beria-ia nak buat jugak tahun ini sebab aku tak tahu lagi sama ada umurku masih di panjangkan Tuhan untuk berpuasa 6 hari dalam bulan syawal pada tahun depan. sementelahan umurku masih ada dan tubuh badanku masih lagi sihat, aku cuba merebut peluang ini.

puas dan syukur kerana menyudahkannya. moga-moga ianya diberkati dan diterima Tuhan.

Nampaknya, esok adalah "HARI RAYA" yeayyayayayaay.

tapi, esok dah masuk bulan baru, bulan zulkaedah. so, kira raya ke tak ? tak kisahla yang penting dah cukup 6 hari.

Terima kasih Kak Ana kerana tolong simpankan juadah "HARI RAYA" untuk saya. btw, Kak Ana dah behari raya ari ni sebab dia start awal sehari dariku.

Insya Allah, saya akan bagi hidangan balasan isnin nanti :)


Wednesday, October 06, 2010

2 MORE DAYS TO GO



YES !!!! HARI INI MERUPAKAN HARI KE-4 AKU BERPUASA DALAM BULAN SYAWAL. MAKNANYA ADA LAGI 2 HARI SEBELUM AKU DAPAT MENCUKUPKAN 6 HARI.

THEN, AKU BOLEH RAYA UNTUK KALI KEDUA. YEAY!!!!

DOAKAN SEMOGA AKU SIHAT SELALU DAN DAPAT MENGHABISKAN PUASA 6 DALAM BULAN SYAWAL NI.

NAMPAKNYA, JUMAAT NI NAK KENA "SHOPPING RAYA" DAN "MASAK" MAKANAN UNTUK BERAYA LA. YELAH, SABTU NI, DAH NAK RAYA KALI KEDUA.

PADAHAL, SABTU NI DAH START BULAN BARU DALAM KALENDAR HIJRAH. BULAN ZULKAEDAH. IAITU BULAN KE11 SEBELUM BERMULANYA TAHUN BARU BAGI KALENDAR HIJRAH

MARI SEMUA, HABISKAN SYAWAL INI DENGAN BERMANFAAT.

Tuesday, October 05, 2010

KEMATIAN

TANGGAL 29 SEPTEMBER 2010 MERUPAKAN SATU TARIKH YANG TRAGIS BUATKU. SEPASANG IKAN KAP PELIHARAAN KAMI, TELAH PERGI JAUH MENINGGALKAN KAMI.

SEPERTINYA MEREKA PAHAM APA YANG KAMI ALAMI. IBARAT BERKONGSI KESEDIHAN DI ATAS APA YANG BERLAKU TERHADAP TUAN EMPUNYA.

PERISTIWA INI BERLAKU, GENAP 5 HARI SELEPAS AKU BERPISAH NGAN M. BALIK SAJA DARIPADA KERJA, AKU SUDAH MELIHAT MEREKA SUDAH TIDAK BERNAFAS LAGI. KETIKA INI JUGA, M SUDAH TIDAK TINGGAL BERSAMA AKU. MEREKA BAGAIKAN MENURUTI JEJAK LANGKAH M YANG PERGI MENINGGALKAN AKU.

NGOT-NGOT DAN MIAU-MIAU SUDAH TIADA LAGI

AIR MATAKU JATUH BERLINANGAN APABILA MELIHAT KEMATIAN DALAM AKUARIUM ITU. AKU BARU SAHAJA BERJANJI PADA MEREKA YANG AKU AKAN MEMBERSIHKAN AKUARIUM ITU PADA HUJUNG MINGGU TERSEBUT TAPI NAMPAKNYA SUDAH TYERLAMBAT.

SEPERTI JUGA APA YANG BERLAKU DALAM PERHUBUNGAN AKU, IANYA SUDAH TERLAMBAT. AKU SUDAH MERASAKAN BAGAI ADA YANG TAK KENA. GERAK HATIKU SAYUP MENGATAKAN YANG M SEBENARNYA SUDAH LAMA CURANG PADAKU. TAPI AKU HANYA MENUTUP MATA DAN PEKAKKAN TELINGA. AKU TIDAK MAHU M PERGI DARI AKU. AKU INGIN DIA TAHU BAHAWA AKU SANGAT BAHAGIA BERSAMANYA WALAUPUN APA YANG TELAH DIBUAT PADAKU.

TAPI, LAMBAT LAUN, KEBENARAN AKAN TERSERLAH DAN PADA MASA ITU, AKU MESTI MENERIMA HAKIKAT YANG M SUDAH TIDAK CINTA LAGI PADAKU. WALAUPUN SAYANGKU MASIH LAGI MENGGUNUNG TAPI BAGI M ITU IBARAT MEMANDANG SEMUT DI SEBERANG LAUTAN. KASIHKU DAN CINTAKU TIDAK PERNAH LUAK TAPI BAGI KEINDAHAN DI LUAR SAMA TERNYATA LAGI HEBAT DAN MENGUJAKAN.

SEKARANG, M TELAH PERGI. NGOT-NGOT DAN MIAU-MIAU JUGA TELAH PERGI. TINGGALLAH AKU SENDIRI DI BILIK INI. HIDUP PERLU DITERUSKAN SEPERTI BIASA.

AKU MASIH BERHARAP AKAN TERDETIK SEKELUMIT PENYESALAN DI SANUBARI M. AKU PERCAYA YANG M PASTI AKAN NAMPAK REALITINYA DAN KETULUSAN SERTA KEIKHLASAN CINTAKU INI. NAMUN, KALI INI, AKU TIDAK AKAN MEMAKSA. BIARLAH IANYA DATANG SENDIRI DAN BIARLAH MASA MENENTUKAN.

KINI AKU MASIH SENDIRIAN DAN AKU TIDAK TERLINTAS UNTUK MENCARI PENGGANTI. AKU RASA, BETAH SENDIRIAN SAMBIL DITEMANI TOM-TOM, SEEKOR IKAN DBKL.


Wednesday, September 29, 2010

LUAHAN PERASAAN TERPENDAM - PART 4


Apa pun, although i angry and sad dgn apa terjadi, wierdly i berterima kasih kepada mereka sebab put the effort untuk M buat self confession depan i. i know it is hard for M to come clean and it is even harder for me to listen to it. In my rational thinking, i know they have good intention to let me know that M cheated on me.


to be honest, i boleh maafkan M cheated on me (i pun pernah 21 years old and i have been there done that and you knew, rite ?) cuma, i rasa terkilan dan sedih sbb M tak nampak the value of our relationship. tak nampak the exclusiveness of relationship. betul kata diorang, M masih muda dan byk benda dia nak explore.


i adalah seorang yang selfish jika i biar dia stucked up ngan i tanpa dia explore zaman teenager dia. i yang bersalah sebab paksa dia utk berpikir macam i, yang sudah berumur 28 tahun sedangkan dia mungkin memerlukan lagi 7 tahun untuk berpikir sama macam i.


sebab itu, i let M go. biar dia explore puas2. bila dia dah puas, dan dah dapat apa yang dia nak, dia boleh kembali kpd i dan i terima dengan hati terbuka. tak semestinya untuk kembali menjadi pasangan but the love can be express in many different ways. kalo dia masih sudi, i mmg akan gembira. tapi kalau dia jumpa yang lagi baik daripada i, dan boleh jaga dia lebih baik daripada i, i am more than happy.


yang penting, dia dapat abiskan study dia, grad dan dapat good job utk kelangsungan hidup dia. selagi dia tak sampai ke tahap itu, selagi itulah i tetap akan terus memerhatikan dia, dari jauh pun tidak mengapa. i akan rasa bersalah sekiranya dia tak berjaya. i akan berasakan, i adalah seorang bf yang gagal.


mungkin i akan ambil masa yang agak panjang utk kembali stable but please just bear with me. if you are really my best friends.....please bear with me.


LUAHAN PERASAAN TERPENDAM - PART 3


Even now, they make fun of me, of what I said on my breakup scene, seawal-awal hari pertama I breakup. Adakah mereka tiada rasa simpati ngan I ? adakah mereka ingat ini adalah satu perkara yang kelakar. I bukan mcm diorg. Yes, I am helplessly romantic guy but itu bukanlah license utk diorg kutuk2 i.


I paham, diorg buat tu nak cheer me up, but bagilah I masa utk adjust diri sendiri. They expect me to heal as soon as possible, so they can use that sbg bahan lawak. What do u expect ? I baru breakup malam tadi, esoknya dah buat lawak pasal apa yg berlaku. Kalo pun nak buat jokes, biarlah reda dulu benda ni.


Diorg tatau yg I cry every night before sleeping, I cry while driving back and forth to the office. I cry while do the laundry, I cry while seeing the fish in akuarium, I cry when seeing the laptop. And even worse I cry when I see M shirt tergantung kat hanger. But I tanak citer benda2 ni, sbb org akan take this sbg lawak dan akan make fun of me. Sbb tu, I nak senyap je, tanak mention apa2. I put my best face di depan dan biar I pendam saja duka I sendiri.


Right now, I tatau sapa lagi I nak trust. I rasa biar I deal sendiri problem i. lagipun, I bukanlah sapa2. semua org ada life masing2 dan I buat hal I sendiri je, pretend I happy. Kawan2 I pun tanak I sedih2, so I akan buat apa diorg nak walaupun sbnrnya I sgt bersedih dalam hati.


LUAHAN PERASAAN TERPENDAM - PART 2


Yes, M cheated on me and maybe M have hidden agenda on me but I still want M to be, at least within my sight and I don’t want M to cut me off directly. Right now, I don’t have any chance to do that anymore since M already removed me from fb (I curi2 tgk profile dia, utk tau apa perkembangan dia). Thanks to everyone for doing the good job.


They realized that M is just 21 years old and agreed that I treated M like a kid but what they did was even worse. They mocked M, perli2 dlm fb, sindir dia, for what had happened to me. That is just so wrong.


I sbg bf dia pun, yang bagi teguran secara elok dan cakap baik2, pun dia marah2 ngan I, apatah lagi kawan2 kita yang mmg terkenal ngan mulut laser. Dia tak tahan peer pressure that is why M removed everyone including me (previously, M did not remove me and they make speculation about it and post it in fb too). Are they matured enuff ?


Kadang2, I tak paham kenapa it turn out to be like this. Sometimes, I rasa nak salahkan semua org. I rasa menyesal kenalkan M ngan kawan2 i. I rasa menyesal ajak M dok sama ngan i. patutnya, I dok sorg2 dan I ajak M dok sama ngan i. tapi, kalo buat mcm tu, maybe I tatau kecurangan dia but itu bukanlah lesen utk mocked dan perli M mcm tu.


M is just 21 years old and M still don’t know what M want. This statement was said to me, over and over to get me move forward but do they understand what they did to M ?


I can handle peer pressure and I don’t show rasa tak puas hati and I just keep it to myself. Kalo I tak tahan, I nangis la sorg2, sbb I taknak nampak lemah (but I failed to do that on my breakup day).


But M bukan mcm tu, dia tak paham. M cannot deal with that, the peer pressure. M run away instead of dealing with it. Even, I still rasa sedikit sebanyak factor kawan2, buatkan hubungan i dan M makin teruk. Cuma I je tak sedar sbb I rasa bahagia ngan M, I rasa bertuah ngan M. I tatau rupanya M tak happy ngan I, M tak suka cara I dan M tak pernah mention directly to me.


LUAHAN PERASAAN TERPENDAM - PART 1


U have been unfair to me. U don’t have time for me when I really need my best friend.


i always be there for you regardless of what kind relationship that u have.


But, I understand ur situation. U already settle down and u have other commitments to focus on and I cant be selfish.


maybe u don’t realize that I am the last person in our circle that involve with relationship. U and A even “changed” partner for more than once. (kapel sebulan tak kira sbg relationship). I even saw the process and always stand by both of you throughout the time. (I believe, A don’t even need me to be the crying shoulder since he is the strongest link and he has the ability of emotion compartmentalizing. Even, I never see A's tears. maybe coz i need him to always be my crying shoulder. i am selfish, rite ?)


As a comparison, this is my first relationship that I can consider as real. Living together for about one year and we broke up on the 23rd of September 2010, which is 1 year and 23 days before it end. That is why, I really need my best friends' shoulder to cry on. Maybe all of us have our own commitments which make things more difficult. I cant run easily to u or A, to cry out loud, just like before.


Maybe, both of u already bosan ngan benda2 mcm ni, since korg berdua dah melaluinya lebih awal. But it is unfair to me since both of u don’t give me the chance to feel what u already felt before. Maybe it is too late since all of us already 28years old and forgive me if I just having this experience at this age. It sound nonsense and funny since this is coming from me, the one who previously not believe in relationship.


Tuesday, September 28, 2010

TRANSITION


memang payah juga rupanya transition dr pernah kapel dan dok sama ngan kapel kepada single dan dok sorang. banyak benda I nak kena adjust balik. skrg ni, I ingatkan diri sendiri, yang I dah kembali single dan I kena buat semua sendiri.

memang betul, I hilang a part of me. Analoginya, sebelum ini, kami usaha sama-sama untuk buat sebiji kek. Now, I kena usaha sorang2 untuk buat kek yang sama. I tak kisah buat sorang tapi kek I dah tak sesedap dulu

Wednesday, September 01, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME - 28 YEARS OLD ON 18TH JULY 1982


SINCE AKU BARU WISH KOYAK HAPPY BIRTHDAY KALI YANG KE-29, AKU PUN NAK WISH BIRTHDAY KALI YANG KE-28 KAT DIRI AKU SENDIRI.

AKU SAJA NAK SHARE APA HADIAH YANG AKU DAPAT DARIPADA ADIK BERADIK AKU SEMPENA BIRTHDAY AKU.

ADIK AKU NO 2 DAN NO 4, TAK BAGI AKU APA2PUN. WISH PUN TIDAK. MEMANG DUA ORG BERDUA NI, KUREENG SIKIT BAB2 MACAM NI. AKU PUN TADELA EXPECT APA2 DARI DIORANG. KALO DIORANG INGAT, DIORANG BUAT LA APA YANG PATUT. KALO TAK INGAT, TAKKAN AKU NAK BAGI SMS REMINDER LAK.

PACKAGING COKLAT ONLINE TU

ADIK AKU POMPUAN AKU, NO-3, BAGI AKU HADIAH COKLAT. DIA BELI ONLINE DAN TOKEY COKLAT TU POS EKSPRES KE UMAH AKU. DAN DIA, WISH AKU MASA HARI BIRTHDAY AKU. TERHARU SUNGGUH. TAK SANGKA, MASIH ADA ADIK BERADIK AKU YANG INGAT BIRTHDAY AKU. AKU MENANGIS TERISAK-ISAK BILA ADIK AKU CALL WISH BIRTHDAY DAN CAKAP HADIAH AKAN DIHANTAR KE UMAH.

COKLAT DI DALAM. YEAY!!! SO CUTE !!!!

ADIK AKU NO-5 DAN YANG BONGSU, BAGI AKU HADIAH PERFUME. PERFUME OCEANUS DARI BODYSHOP. DIA MACAM TAU2 JE YANG AKU DAH TADE STOCK PERFUME. TERGARU GAK AKU DAPAT HADIAH DARI ADIK BONGSU AKU. YELAH, STILL LAGI STUDENT, MANA ADA DUIT SANGAT BUT MASIH LAGI MAMPU NAK BAGI HADIAH KAT AKU. SEKALI LAGI, AKU MENANGIS TERISAK-ISAK SEBAB TERLALU HAPPY. AKU NANGIS DIAM2 DALAM BILIK. MALU NANTI, ORANG NAMPAK.

PERFUME OCEANUS FROM BODYSHOP

TERIMA KASIH KAT ADIK AKU YANG BERDUA TU, YANG LAGI DUA TU, TERIMA KASIH GAK SEBAB AKU MASIH SIHAT DAN UMUR DIPANJANGKAN UNTUK MELIHAT MEREKA.

TERIMA KASIH GAK KEPADA MAMA DAN ABAH, SEBAB TANPA MEREKA, TAKKAN AKU LAHIR KE DUNIA. MAMA NGAN ABAH TAK WISH PUN, TAKPE MUNGKIN DIORANG TAK INGAT LAGIPUN, AKU YANG PATUT INGAT BIRTHDAY DIORANG. ITU LAGI PENTING.

MOGA ALLAH PANJANGKAN UMURKU, SIHATKAN TUBUH BADANKU, MURAHKAN REZEKIKU DAN PERMUDAHKAN KEHIDUPANKU DI AKHIRAT DAN DUNIA INI.

HAPPY BIRTHDAY TO KOYAK @ EN JAMAL @ CIK SAL


*KEK INI ADALAH TAJAAN DARIPADA AWIE. I TAJA SESI KARAOKE SELAMA SEJAM UNTUK RM10


SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-29 KEPADA KOYAK @ EN JAMAL @ EN SAL.

SEMOGA PANJANG UMUR, SIHAT TUBUH BADAN, MURAH REZEKI DAN DIPANJANGKAN JODOH. HEHEHEH....

LAGI SETAHUN AKAN MASUK GROUP 30AN. SO, ENJOY UR LAST YEAR OF 20S

Tuesday, August 31, 2010

TESCO SCOURING POWDER IS MY SAVIOUR, MERDEKA !!!!




AKU DAH FEDUP, PERGI TESCO AMPANG DAN AKU TERJUMPA SCOURING POWDER. KAT LABEL CAKAP, MEMANG BERKESAN UNTUK TANGGALKAN KOTORAN DEGIL DI BILIK AIR DAN DAPUR. HARGA PUN MURAH MUNGKIN SEBAB BRAND TESCO JE TAPI TAK KISAHLA, YANG PENTING EFFEKTIF.

SO, PAGI TADI AKU BANGUN AWAL, AKU TABURKAN POWDER TU KE SELURUH PERMUKAAN LANTAI BILIK AIR DAN AKU BIARKAN SELAMA SETENGAH JAM SUPAYA POWDER TU DAPAT "TARIK/SEDUT" DAKI2 DAN KOTORAN YANG MELEKAT KUAT. NANTI SENANG LA NAK MENYENTAL.

TAPI DISEBAKAN HOSMET AKU NAK MANDI, DIA TOLONG SENTALKAN BILIK AIR TU SAMBIL MANDI. HASILNYA, MEMANG MENGGEMBIRAKAN. HILANG SEMUA DAKI DAN LANTAI BILIK AIR MENJADI CERAH DAN CERIA KEMBALI.

AKU HAPPY SGT, TERUS AKU KE KEDAI RUNCIT BAWAH UMAH AKU DAN BELI PULAK CUKA MAKAN DAN SERBUK SODA BIKARBONAT. AKU NAK CUCI SINKI DAN INNER PIPING KAT SINKI TU. AKU SEARCH KAT GOOGLE, JUMPA LA BERMACAM-MACAM PETUA MACAM MANA NAK HILANGKAN BAU SINKI DAN MELANCARKAN PENGALIRAN AIR DALAM SINKI AGAR TIDAK TERSUMBAT.

AS A RESULT, AKU PUAS HATI SEBAB SEMUANYA MENJADI DENGAN JAYANYA. BILIK AIR DAH BERSIH, SINKI DAH BERSIH DAN KURANG BERBAU (NAK BUAT BANYAK KALI ULANGAN TAPI AKU DAH MALAS, NEXT WEEK LA PULAK). NEXT GILIRAN UNTUK MEMBASUH KAIN2 BURUK YANG DIBUAT ALAS KAKI DI DAPUR DAN DEPAN PINTU BILIK AIR. BIAR BERSIH DAN HILANG BAU KEPAM KAIN BURUK TU.


SO, CUTI MERDEKA ARI NI, AKU MANFAATKAN DENGAN "MEMERDEKAN" KEKOTORAN DARIPADA TERUS BERSARANG DALAM RUMAH AKU.

AKHIR KATA, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, BUMI BERTUAH

NEW LAYOUT



BAGUSLA BLOGSPOT NI BAGI DESIGN BARU UTK LAYOUT DAN TEMPLATE. TAKYAH SUSAH2 NAK DESIGN SENDIRI.

GUNA JE APA YG DIBERI, CLICK SANA SINI, DAH JADI, SIAP

TRYING MY NEW LAYOUT AND TEMPLATE

Monday, August 30, 2010

SURVIVAL NOTE 2


DALAM SATU-SATU HUBUNGAN SESAMA INSAN, SEHARUSNYA TIADA KONSEP PARASIT YANG PERLU DIAMALKAN. SEBAIKNYA KONSEP SIMBIOSIS SEWAJARNYA MENJADI AMALAN DALAM MENGEKALKAN SESUATU PERHUBUNGAN.

TIDAKKAH KITA AKAN BERASA MALU SEKIRANYA TANGGAPAN UMUM YANG MENGZAHIRKAN KONSEP PARASIT PADA DIRI KITA ? IA JUGA BOLEH DISIMBOLKAN BAGAI MENANGGUNG BIAWAK HIDUP YANG TIDAK MEMBERI APA-APA MANFAAT D
I KEMUDIAN HARI YANG AKHIRNYA AKAN MENJADI BEBAN SECARA BERKADARAN.


PERASAAN RENDAH DIRI DAN BODOH SOMBONG SEPATUTNYA DIBUANG JAUH-JAUH SEKIRANYA KITA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP. TIADA SALAHNYA JIKA BERMULA DI TANGGA TERBAWAH. MANA TAHU, TANGGA TERBAWAH ITULAH JUGA YANG AKAN MENJADI LANGKAH PERTAMA UNTUK KE PUNCAK MENARA DI HARI MUKA.

REZEKI TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA MELAINKAN JIKA KITA MAHU MENERIMA SUAPAN MEMBUTA TULI TANPA MEMPEDULIKAN MARUAH DIRI SENDIRI. DI MANA KEMAHUAN, DI SITU PASTI ADA JALAN. HANYA TEKAD DAN NEKAD DIPERLUKAN UNTUK LEBIH BERJAYA.

LEMPARKAN SEJAUHNYA KESERONOKAN SEMENTARA KERANA MASA DEPAN YANG CERAH PERLU LEBIH DIUTAMAKAN. SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA. BIARKAN BERTATIH ASALKAN TIDAK JEMU MENCUBA UNTUK BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK. MASA DEPAN KITA ADALAH UNTUK DIRI KITA, BUKANNYA UNTUK ORANG LAIN.

SURVIVAL NOTE 1



MENGAPAKAH KITA SUKA MENGEJAR FANTASI SEDANGKAN REALITI YANG DI DEPAN MATA, LEBIH MEYAKINKAN DAN PASTINYA ITU AKAN MEMBERI SATU KESEDARAN UNTUK KITA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM HIDUP.

TIDAK PERLU ADA MAKNA PUTUS ASA KERANA KEJAYAAN ITU AKAN LEBIH MANIS SEKIRANYA IA TERHASIL DARI PENAT JERIH KITA SENDIRI.

JANGAN MUDAH MENGALAH DAN SELALU BERFIKIRAN POSITIF. JIKALAU ADA PERSEPSI NEGATIF, CEPAT-CEPAT MENCARI JALAN UNTUK MENGATASINYA DAN UBAHKAN AGAR IA BERTUKAR MENJADI PERKARA YANG BERMANFAAT

Wednesday, July 07, 2010

OFF TO PERTH AGAIN, HAVE A DATE WITH CHEVRON



off to perth again. yeay !!!!!! betul ke yeay ???? atau oh nooooooo ?

well, mmg seronok sbb dpt ke perth lagi. kali ini, i will be staying there for a week. not for a vacation but to work.

i have to be the company representative and attend external audit from CHEVRON AUSTRALIAN. why i have to come here, long way from Malaysia to perth ? coz, our branch company there do not have HSE Engineer yet. They just operated last year and they have very minimal manpower.

that is why, i've been "borrowed" for few times to help them manage HSE matters there. Since CHEVRON is our potential big client, we want to be registered as their preferred vendor. One of their requirement, is to conduct site visit and audit on our Australia's branch.

This audit will be focusing on HSE matters as well as verifying all the documentations that we had submitted to them, last month.

Guys, wish me luck. Hope we can get good result from this audit. Good result means jobs will pouring in from Chevron to us. More jobs from clients, more increment next year, more bonus next year and maybe promotion ? who knows ? ahahha, berangan lebih.

maybe, mana la tau kan...asyik kena pinjam je, last2 kena transfer pulak ke australia for 5 or 6 months. bertuah badan.

okla. nak packing dan bersiap. flight jam 940 pagi ni. balik ke KL, 13th july ni. wow, one week tuu !!!! gila


Tuesday, July 06, 2010

CITER HOT MINGGU INI - KOYAK


.......................kalo dia segan, u ajak dia makan kat qb....pastu kitorg dtg la qb buat2 terserempak ngan korg, ley

kalo dah rahsia2, nalla la tu...kalo tak, takkanlah smp 3 round, matilah ala2 pose semayang 5 waktu katanya, u kena cukupkan 2 rounds, barulah complete, ley

i tak sabar nak dgr citer direct dari mulut u,...mrasa i kena tunggu masa kita nak ke genting, baru i leh dgr citer u since i kena ke perth bermula rabu ni smp isnin depan, ley

matilah, pasni trus mitk transfer je ke sana.......


AHAHAHAH, matilah tade sapa paham.

Monday, July 05, 2010

CLIENT AUDIT


last month, aku baru je siapkan isi vendor questionnaire dari satu client ni. banyak gila soalan nak kena jawab, banyak gila document nak kena attached sampai aku sendiri pun pening nak jawab semua soalan2 tu. walaupun soalan2 tu semunya pasal QHSE tapi kadang2 aku rasa, ada sesetengah soalan tu mcm tak relevan dan tade kena mengena ngan operation company aku. disebabkan nak masuk tender dan nak register jadi diorg punya preferred vendor, kenala fill up gak all the questions.

2,3 hari gakla baru siap. sebab ada sesetengah soalan tu yang memerlukan supporting documents which aku pun tak pernah dengar. well, client requirements kenalah meet up. so nak kena draft dan register the documents as ours. for me, it is a good exposure for me and for my company. at least we know what is the necessary documents that we need to have and implement accordingly to our system. from that, we can develop and enhance our company QHSE. tapi yang peningnya, aku la. sebab aku nak kena buat semua since aku yang jaga QHSE dept.

dah siap fill up all the vendor questionnaire, aku kena pulak terbang ke perth untuk tgk macam mana opis dan warehouse company aku kat sana since client nak datang visit. best memang best sbb dpt pergi ke perth tapi tak best sebab aku kena dok kat opis from 830-530 untuk buat kerja semuanya yang berkaitan ngan audit, internal documents, safety measures at warehouse dan lain2 berkaitan2. since branch kat perth tade QHSE representative, so aku dipinjamkan untuk tolong branch sana. no hal je, lagipun, mmg itu kerja aku.

then, aku tunggu2, client tak gak datang2...rupanya diorang nak re-review documents yangh aku submit sebelum ini. so, aku balik semula ke malaysia. 5 hari gak aku kat sana.

aku balik malaysia dengan perasaan senang hati sebab aku assume dah settle, tup2, boss aku bagi emel, jumaat lepas yang aku kena ke perth, maybe end of this week untuk attend client audit. yeay, ke perth lagi. leh tgk koala dan kangaroo lagi. tapi, bila aku bukak je attachment dalam email, terus aku demam. panjang gila requirement diorg utk site visit audit !!!!!

matilah mati. aku dah rasa nak pitam. with short period...banyak pulak nak kena prepare. boss aku ni, suka sgt bagi benda2 last minute. bila aku scroll balik email tu, rupanya mmg dah ada previous communication between client ngan boss aku, discuss pasal this audit. kenapala dia tak inform awal2. at least, aku leh prepare lagi awal, tadela nnt aku nak kena bangun jam 4 pagi utk buat kerja. huhuhuh. tapi, nak buat macam mana, memang itu caranya.

bila ada open tender, company aku masuk bid, bila dah dpt contract, baru nak inform semua department, then kelam kabut nak prepare sbb documents, equipments dan man power nak mob ke client facilities dalam masa seminggu. hayoo, gila !!!!

tapi, aku mmg suka kerja aku. cuma aku rasa, aku kurang ilmu lagi la pasal QHSE ni, nak kena kena g course banyak2.

greenbook aku pulak, aku apply dari bulan 2 sampailah sekarang tatau apa citer. geram betul aku DOSH ni, harap2, bulan ni, leh la dpt. janji sebulan tapi sekarang dh nak masuk 6 bulan. hampeh

to mel : u ada blog ke, saya nak masuk tgk blog awak, nak baca2 blog awak jugak. btw, menarik gak idea awak tu...mcm interested nak apply

Sunday, June 27, 2010

NEXT OUTSTATION TRIP : BALIKPAPAN, INDONESIA


macam biasa, adhoc outstation lagi. kali ini, ke balikpapan, indonesia. huhuhuh, selalu last minute, baru kena inform.

tapi, takpela. sebab kerja, ku sanggup korban segala. lagipun, inilah namanya komitmen.

bukan tak suka outstation cuma tak suka diberitahu last minute. lagipun, ni first time ke balikpapan. ok jela. seronok gak tgk tempat org. lagipun, jumpa client.

inila masanya utk networking. ok, packing dulu....daaa

btw, balikpapan kat mana ek ?

Tuesday, June 22, 2010

I HAVE 1 LTI


dah balik malaysia. masuk opis macam biasa. buat kerja macam biasa. semuanya kembali kepada biasa.

tapi, aku baru dapat tau yang sorang staff aku mengalami injury semasa buat kerja kat tmpt client. so, kesimpulannya, sudah tercemar rekod NO LTI aku.

takpelah, yang penting nyawanya masih panjang. apa lah sgt NO LTI tu.

nak kena buat accident investigation dan submit kat boss dan client.

huhuhu


Thursday, June 17, 2010

HARI KE-3 DI PERTH, AUSTRALIA


yeay, aku dah berjaya menempuhi hari ketiga di Perth, Australia. Datang bukan melancong tapi sbb kerja. Terima kasih Boss sbb antar ke sini.

Cuaca hari ni panas terik, matahari memancar tapi tak rasa panas pun, sebaliknya sejuk gila, terpaksa pakai sejuk di tengahari buta. Masuk dalam opis, baru rasa panas. Kat luar opis, sejuk gila.

Okla, sambung buat kerja.

Tuesday, June 08, 2010

TOMBOL PINTU


aku baru je beli tombol pintu bilik selepas lebih sebulan tombol pintu bilik aku rosak. kenapa rosak ? aku sendiri yang pecahkan sebab aku tertinggal kunci bilik dalam bilik.

sebenarnya, bukan aku yang pecahkan. hosmet aku, SYAI yang tolong pecahkan. dia ketuk ngan tukul. aku pulak, mmg tak terpikir idea ketuk tombol pintu sampai pecah. cara aku, aku gigih guna kad fon, utk bukak pintu yang terkunci tu dgn slide that card ikut celah pintu dgn harapan dpt unlock tombol tu tanpa rosakkan tombol dan pintu. ternyata, cara aku failed, heheheh.

terima kasih kat syai, mmg aku bengap, bab2 ni. ahahahah, buat malu jer. dia cakap, tombol pecah tu, leh dibeli baru, asalkan pintu tak pecah, dahla. so, aku ikut jela idea dia, asalkan aku leh masuk bilik aku.

dan, kenapa aku baru beli tombol pintu baru tu, skrg ? ini kerana, baru aku perasan rupanya, tombol tu, walaupun dah dikunci tapi still leh dibuka dari luar. mati2 aku igt, tombol rosak tu still leh guna. sbb aku still leh kunci tapi aku tak expect yang tombol tu dah rosak dan leh bukak dari luar dgn pulas2 ke kiri kanan berulangkali.

macam mana aku leh tau yang tombol pintu tu kompem rosak ? sbb satu hari ni, aku tido dalam bilik dan aku kunci bilik aku. since bilik aku ni panas, dan aku tak suka bukak tingkap sbb bilik aku di bahagian laluan ke umah sebelah. kiranya, design condo ni, bilik aku menghala ke luar dan umah sebelah kiri kanan akan menggunakan laluan ke umah diorg dgn melalui bilik aku. dan aku tak suka, setiap kali diorg lalu, diorg akan menjeling apa aku buat ikut tingkap. fyi, condo ni, tingkat 9.

disebabkan tutup tingkap, dan malam2 memang panas, jadi aku suka sleeping naked je. yelah, bilik aku, suka ati aku lah aku nak tido naked atau tak. so, nak jadi citer, one day tu, member aku dari port dickson dtg lepak kat umah. dia tido kat ruang tamu. malam tu, kitorg gi berhibur dan balik lewat pagi, so masing2 tido dan bangun lewat. tapi member aku ni, bangun awal dan nak kuar dari umah, katanya ada hal. tataula hal apa. since bilik aku paling hampir ngan pintu umah so dia nak mitk tolong aku, bukakkan pintu umah yang berkunci.

so, dia ketuk2 bilik aku tapi aku tak bukak sebab aku tido mampus, penat dowh, berjimba sampai ke pagi. then, dia pulas2 tombol pintu aku. tetiba, terbuka. pastu, elok je dia masuk melangkah bilik aku, terus dia terperanjat dan tak jadi nak kejut aku tido. sebab, dia tgk aku tgh syok tido berbogel dalam bilik. KANTOI !!!!!!

ahahahhah, malu gila, bila member aku tu citer balik. terus, aku beli tombol baru dan pasang on da spot. puas hati aku. akhirnya, aku leh terus tido bogel tanpa gangguan. hehehhe. BRO JAMAL, sila jangan serik utk bertandang ke umah aku lagi.

thanks to SYAI, sbb dia lagi sekali tolong pasang tombol pintu yang baru ni. ahahah, hampeh!!! aku tak pandai pasang. memang aku bukan handyman, nak kena masuk kelas pertukangan ni.

lagipun, aku terasa lebih selamat bila bilik aku dapat dikunci semula. ada lagi sebab2 lain, tapi malas la nak citer. dah lewat ni, nak siap2 ke opis. daa

Sunday, June 06, 2010

WEDDING MEMBER : EX-OPISMATE


aku baru je balik dr wedding member aku kat usj subang. ajak hosmet aku, semua tanak ikut. takpelah, no hal. so, aku g ngan ex-opismate aku yang lain, pompuan. disebabkan dia tatau jalan dan dia pun pregnant, so aku amik dia dulu kat umah dia, di pelangi damansara.

kiranya, kami bertiga pernah kerja di kompeni yang sama, dan akhirnya, kami semua resign dari kompeni tu dan masing2 masuk kompeni lain. yang kelakarnya, masa kompeni lama, tiada di antara kami mampu membeli kereta. bila sudah tukar kompeni lain, kami bertiga mampu membeli kereta. kelakar kan.

nampak sgt, masa kat kompeni lama, gaji ciput tapi kat situlah kami banyak belajar dan dpt banyak experience. ngan experience kat situlah, kami dpt pergi ke kompeni lain dan boleh beli kereta. ini menunjukkan, betapa pentingnya, develop strong foundation masa keje jat 1st company. so, aku amat berterima kasih dan menghargai kompeni first aku.

berbalik kpd kisah wedding, kami sampai ke venue dalam jam 1 ptg. ngam2 time pengantin lelaki nak berarak ke umah pengantin perempuan. member kitorg pengantin lelaki, tapi kitorg dtg kenduri pengantin perempuan sbb tempatnya lebih dekat. kenduri pengantin laki kat penang. jauhla. family pengantin pakai baju hijau sbb itu theme color utk wedding ni.

lps tu, sesi seterusnya, makan, borak2, makan, borak2, pastu amik gambar pengantin, dapat bunga telor dan balik la. memula segan nak bersalam ngan pengantin sbb diorg tgh sesi makan beradap. tapi disebabkan kitorg dah nak balik dan takleh nak tunggu lama, so member pompuan aku yang pregnant ni, dgn selambanya...terus ke meja beradap dan bersalam ngan pengantin. aku apalagi, dia dh bukak jalan, aku follow jela.

ahahaha, ko mmg selamba je kan. tapi alang2 dah buat, go on je la. aku sempatla ckp congrats kat member aku. masa tu lak, lagu Anuar Zain - Semua Untukmu tgh berkumandang. memang lagu feveret kitorg kalo time karaoke. tak sangka plak, jd theme song utk wedding mmbr aku ni. kalo stay lama sikit, leh la layan karok sepam kat wedding ni, aku selalu berangan jd wedding singer...ahahaha.

tgh dok salam2 tu, sempat pulak cameraman suruh kitorg pose ngan pengantin dan shot gambar kitorg....ahahaha, kami org pertama tu yang sebagai tetamu, amik gambar ngan pengantin. kiranya, mcm kitorg ni best buddies ngan pengantin. dahla member pompuan aku ni pregnant, sure diorg igt kitorg satu pasangan. ahahahah, no no no. "kami hanya kawan biasa satu opis lama dulu." marah pulak, kalo "si dia" aku baca. nasib baik "si dia" sporting. ngeh ngeh ngeh.

pastu, cpt2 kitorg blah, sbb family members, member aku ni, dah buat muka tak puas hati, sbb kitorg "dah kaco" sesi makan beradap diorg. ahahahha...ngan muka poyo selamba, trus blah camtu je....

well, dah lama tak g wedding member. sekali2 pegi, ok gak. cuma kali ini aku beruntung org tak tanya soalan maut kat aku. "turn ko, bila lagi ?" nasib baik bwk member yang pregnant, so org dh tak tanya apa2.

kesimpulannya, aku dpt bagi satu tips. kalo korg single dan nak mengelak daripada soalan "cepumas" tu, sila lah bawak member pompuan korang yg pregnant sebagai teman ke kenduri kawen. sure, ko akan dapat menghadiri dan menikmati makanan di kenduri kawen ngan tenang tanpa gangguan dan stress.

LEPAK DI TASIK


lama gila aku tak lepak kat tasik. sbb mlm ni aku bosan dan hasutan kuat dari awie, koyak dan lela, so jejakkan kaki ku ke tasik.

best gak, lepak2....borak2...kat tasik tu. bercerita kisah2 lama, macam dah jadi session walking the memory lane pulak. pastu, share tips2 pasal "how to have a good sex with your partner" and shared past experience...menarik gak.

yang pasti, malam ni aku byk bercerita pasal "kisah kegemilangan" aku dulu. bercerita pasal zaman aku jadi romeo dan player dulu. tade la nak bangga atau nak bragged pun. dah namanya sharing stories session. kena la cerita. tapi, aku ni...ada ke "zaman kegemilangan" ? ahahahah, berangan je lebih.

macam awie cakaplah, "kalo ko tak puji diri sendiri, sapa lagi nak puji ko ? aku tanak puji ko." ahahaha, sial je ayat tu. tapi ada betul nyer gak kan.

aku pun wonder yang aku boleh menjadi seperti sekarang. dari sorg yang "agak liar" telah berjaya "dijinakkan" and settled down. aku pun macam tak percaya. but, itulah the magical of love. apa2 je boleh berlaku.

aku sgt bertuah kerana memiliki dia. dia menerima seadanya aku dan of coz aku menerima dia seadanya jua. sbb dia lah yang terbaik bagiku. i am very grateful kerana berjaya menemukan dia.

okla, nak tido. esok nak gi kenduri kawen lak. awie lak, dok propose aku buat reception wedding. nice idea but gila betul kalo nak buat for real.

Friday, June 04, 2010

LAKSANA MENUNGGU BUAH YANG TIDAK GUGUR


salam,

saya ingin mengambil kesempatan ini utk berkongsi kekecewaan saya.

saya dah hantar application utk berdaftar sebagai SHO dgn DOSH, seawal bulan februari 2010 lagi. segala pra-syarat telah saya ikut berpandukan panduan dalam borang.

apabila dihantar, pihak DOSH hanya diam sahaja tanpa khabar berita. Saya beranggapan, yang pihak DOSH sedang mengambil masa utk review semua dokumen yang dikepilkan bersama borang pendaftaran.

hampir setiap minggu saya telefon DOSH utk bertanyakan status permohonan selepas cukup tempoh menunggu selama sebulan dari tarikh penghantaran borang. sampai ke hari ini (4 june 2010), saya masih tidak mendapat apa2 jawapan berkenaan dgn status permohonan saya. Jawapan yang sama, masih diberikan iaitu, "masih dalam proses"

setiap hari, saya akan check website DOSH dan berharap agar nama saya tersenarai dlm "COMPETENT PERSON" utk SHO tapi saya hampa. mereka yang mempunyai nombor pendaftaran yang lagi besar daripada saya, sudah pun tersenarai dalam list berkenaan di website DOSH.

Saya tidak tahu di mana silapnya. Saya telefon DOSH berulang kali, bertanyakan sama ada borang permohonan saya ada masalah tapi dipahamkan oleh DOSH yang permohonan saya "OK dan NO PROBLEM" dan berjanji akan menghubungi saya kembali. Ternyata, laksana ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Jarang-jarang sekali diangkat.

Tiada pilihan lain, saya terpaksa telefon DOSH berulangkali bertanyakan status sebab saya tau, saya dipihak yang "memohon dan meminta". Jadi, sewajarnya, saya yang sepatutnya membuat panggilan kepada DOSH. Cuma, saya ingin sekali diberitahu, bilakah saya boleh mendapat keputusan permohonan saya dan sekiranya ada kesilapan dalam permohonan, apakah yang perlu saya buat untuk melancarkan permohonan saya.

Jadi, saya ingin bertanya, adakah cara lain untuk saya berurusan dgn DOSH agar permohonan saya dapat dipercepatkan ? Saya amat berharap utk mendapat "green book" kerana ini boleh membantu saya untuk menaikkan kredibiliti saya kepada majikan.

-mohammad izzuddin-

Wednesday, June 02, 2010

ISRAEL TERKUTUK


ISRAEL MMG PATUT DILAKNAT. MMG JAHAT DAN TAK BERPERIKEMANUSIAAN.

PATUTNYA, KITA BUAT JE HOLOCAUST MCM WORLD WAR 1 DULU.

HAPUSKAN SEMUA ORG ISRAEL.

TAPI, ADA GAK KAN, ORG ISRAEL YANG BAIK2.

SO, KITA AMIK YANG JAHAT JE, CAMPAK DALAM LUBANG DAN TIMBUS

DAHLA RAMPAS NEGARA ORG, BUAT MCM NEGARA SENDIRI.

MEREMPAT, BUAT LA CARA MEREMPAT

ZIONIS

TTBA AKU EMO LAK

DAH, NAK G OPIS, LAMBAT LAGI

Tuesday, June 01, 2010

DUIT CEPAT HABIS


28HB TIAP BULAN, DAPAT GAJI. TAPI, DISEBABKAN 28HB MAY ADALAH HARI CUTI WESAK, SO GAJI MASUK AWAL. 25HB MAY, GAJI DAH MASUK.

HARI INI, AKU BARU NAK START BAYAR BIL. BANYAK GAK BIL AKU BAYAR, AKU PUN TAK PASAN, BILA DAH BAYAR BIL, DUIT AKU TINGGAL SIKIT. GAJI BANYAK RIBAN2 PUN, JADI SIKIT BILA DAH BAYAR BIL.

PAYSLIP, BUKAN MAIN GEMPAK NOMBORNYA. TOLAK, EPF, TOLAK SOCSO, TOLAK ZAKAT, TOLAK TABUNG HAJI, TINGGALLAH CIPUT. ADA LEBIH KURANG DALAM 15% GAK GAJI AKU "TERBANG" KE SANA. HAMPEH

CUBA CHECK BALIK, APA BENDA JE YANG AKU BAYAR KAT BIL2 NI.

1) SEWA UMAH = 295.00
2) ASTRO = 29.90
3) AIR = 18.40
4) TMET = 49.50
5) MAXIS = 100
6) INSTALLMENT KERETA = 510
7) HSBC CREDIT CARD = 231.50
8) MAYBANK CREDIT CARD = 25 (BYR MINIMUM...AHAHAH)
9) PRUDENTIAL = 150
10) AL RAJHI LOAN = 475
11) BAYAR HUTANG PISAH SBB BELI HP NGAN DIA = 150
12) BAYAR HUTANG SEUMUR HIDUP NGAN ACAI = 50

WOW, PATUTLA AKU MAKIN BOTAK SEKARANG NI. NTAH APA2 JE AKU BAYAR. NASIB BAIK DOK NGAN HOSMET. BIL DAN SEWA UMAH, TONG2 BAYAR. KALO DOK UMAH SORG2, MACAM MANA ? KOPAK POKET, DOWH. NAK KENA PLAN BALIK BUDGET NI, KALO NAK DOK UMAH SENDIRI, LAGI 2 TAHUN.

NASIB BAIK, ADA BALANCE SIKIT KAT TEMPAT LAIN:

1) LOAN KAT PEAH = 100
2)LOAN KAT MASLINDA = 300

SAVINGS ? TADEK. HARAP MENYIMPAN KAT EPF NGAN TABUNG HAJI JE LA. DAN PRUDENTIAL TU, KONONNYA LEH CONVERT JD SAVING KALO TAK GUNA.

GILA, NAK KENA CARI KERJA BARU NI. NAK KENA DAPAT GAJI 6K KE ATAS. ESOK LAST DATE UTK ANTAR RESUME. PATUT KE AKU ANTAR ? MACAM MENARIK JE OFFER DIA. TAPI AKU SAYANG GAK KOMPENI AKU SKRG NI. NGAN KOMPENI NI LA, AKU LEH MRASA BELI KERETA, DOK KONDO, PAKAI 2 KREDIT, G MEETING NGAN CLIENT (MELANCONG) KE BANGKOK DAN JAKARTA.

KOMPENI LAMA DULU, HAMPEH. BAB GAJI JE LA. TAPI KOMPENI LAMA TU GAKLAH YANG BAGI BANYAK EXPERIENCE KAT AKU. KOMPENI LAMA NI GAK LA, YANG MEMBOLEHKAN AKU MRASA NIKMAT KERJA OFFSHORE. KALO TAK KERANA KOMPENI LAMA, TAK MUNGKIN AKU DPT KERJA NGAN KOMPENI SKARANG. KOMPENI SKARANG LAK, ADALAH PENUNJUK KEPADA KOMPENI BARU YANG MANA AKU NAK PERGI.

AKU RASA, NAK KERJA PART TIME LA, CARI EXTRA MONEY. KEJE KAT 7 11, OK GAK. LEH LA DAPAT 500 SEBULAN. KEJE PART TIME YANG LAMA DULU, KENNY ROGERS, PENAT NAK MAMPUS TAPI GAJI CIPUT. BUT, AKU SUKA JADI WAITER KAT SITU, SBB DAPAT JUMPA DAN KENAL RAMAI ORG. LEBIH2 LAGI DPT MAKAN ONE SET MEAL, FREE!!!! AKU SUKA SGT MAKAN AYAM KENNY ROGERS, MAKAN HARI2 PUN TAKPE.

AKU TAU, JADI PART TIME LECTURER, AJAR QHSE SUBJECT. OK GAK KAN ? TAPI HARI TU, DIORANG NAK YANG ADA MASTER JE. MELEPAS LA, SBB AKU TADE MASTER LAGI. TGKLA LAGI 2,3 TAHUN, AKU NAK AMIK MASTER DLM OSH, LEH GAK BUAT DUIT JADI LECTURER NI. DEGREE AKU SKRG TAK CUKUP LAYAK NAK AJAR ORG. CUKUP MAKAN JE.

WEH, DAH LAMBAT!!!! NAK SIAP G KERJA. BYK LAK MEMBEBEL.

DAH LA, ADA TENDER NAK KENA SUBMIT KAT BOSS ARI NI. LETIHLA, NAK ISI BAB HSE REQUIREMENT. NTAH APA2 JE, SOALAN CLIENT NI. PENING KEPALA AKU NAK MENJAWABNYA. HARAP2, LEH DPT TENDER. MRASA LA, AKU LEH GI AUSTRALIA, BUAT SITE VISIT KAT SANA.....HEHEHE

Monday, May 31, 2010

AKU PATAH TANGAN


SERIOUS, AKU PATAH TANGAN.

SEBAB2 KENAPA AKU PATAH TANGAN :

1) AKU KENA BUAT LAUNDRY SENDIRI, BIASANYA DIA YANG BUAT

2) AKU KENA MAKAN KAT LUAR, BIASANYA DIA MASAK. AKU BALIK KEJE, TRUS MAKAN

3) AKU KENA LIPAT BAJU, BIASANYA DIA YANG LIPATKAN

4) AKU KENA BUAT AIR SENDIRI, BIASANYA DIA YANG BUATKAN UTK AKU MINUM SAMBIL AKU BUAT KEJE OPIS KAT UMAH

4) AKU KENA KEMAS KATIL, BIASANYA DIA YANG BUATKAN, SBB DIA BANGUN LAMBAT

5) AKU KENA TIDO SENDIRI, BIASANYA DIA YANG TIDO KAN AKU DULU SEBELUM DIA SAMBUNG MAIN GAME CASTLE AGE KAT FACEBOOK

MEMANG AKU PATAH TANGAN, SBB DIA LAH "TANGAN AKU"

MEMANG AKU AMAT MENGHARGAI DIA SELAMANYA SBB DI SEBAHAGIAN DARIPADA AKU

SO, SKRG AKU TAKLEH NAK TIDO SBB TADE DIA NAK TIDO KAN AKU.

BANTAL KEKABU


AKU BARU JE TADI BELI BANTAL KEKABU KAT DOWNTOWN CHERAS. AKU BELI 2 BIJI, SEPASANG LA MAKNANYA TU.

JADI, KALO AKU TERASA RINDU, TIME AKU TIDO GUNA BANTAL KEKABU AKU, AT LEAST AKU LEH PELUK BANTAL KEKABU YANG LAGI SEBIJI. SEBAGAI PENGGANTI DIRINYA.

TADELAH AKU RASA KESEORANGAN BILA AKU TIDO ATAS KATIL QUEEN NI.

TAPI, KATIL QUEEN AKU, TAKLEH NAK LAWAN KATIL QUEEN ACAI. KATIL QUEEN DIA LAGI HEBAT. SATU KATIL QUEEN DIA BERSAMAAN 4 KATIL QUEEN AKU. SO KORANG KIRALAH SENDIRI.

TAK KISAHLA, YANG PENTING LEH BUAT TIDO. AKU TAK RASA ACAI ADA 2 BIJI BANTAL KEKABU MACAM AKU. TAPI, AKU TAU, ACAI LEH ADA 10 BANTAL KEKABU, KALO DIA NAK. BUAT MASA SKRG, AKU MENANG LA....AHAHAHAH

TAPI, AKU KALAH GAK, SBB AKU TAKLEH NAK SHARE GUNA BANTAL KEKABU NI NGAN DIA, BUAT MASA SEKARANG. DIA BALIK KAMPUNG, BERAYA. 1HB JUNE NI, HARI GAWAI. DIA SUKA SANGAT SEBAB BOLEH MINUM PUAS2.

SO, ACAI GAK MENANG SKRG, SBB DIA ADA ORG UTK SHARE BANTAL BUAT TIDO, MALAM NI. PALING AWAL, AKU LEH SHARE PUN 16HB JUNE NI.

HAMPEH