Monday, May 08, 2006

BAB PERTAMA - KECAMUK

Jam sudah menunjukkan pukul 12:15 pagi. Namun, sedikit pun aku tidak rasa mengantuk. Lagu terbaru Siti Nurhaliza aku putarkan, sebagai irama untuk menidurkanku tapi masih lagi gagal. Mata ini masih lagi celik dan terkebil-kebil, mencuba untuk tidur. Lantas, aku bingkas bangun dan mencapai kotak rokok. Kuambil satu dan kunyalakan hujungnya. Aku sedut dalam-dalam dan kuhembuskan perlahan-lahan sambil menikmati aromanya. Memang mengasyikkan.

Aku berjalan menghala ke tingkap dan melihat ke luar. Sunyi dan sepi. Suasana hening pagi memang menenangkan. Tiada kebisingan seperti di siang hari. Aku sukakan suasana sebegini. Mendamaikan. Tenang dan aman.

Kucapai majalah di atas lantai dan kubelek satu-persatu helaiannya. Majalah ini, kubeli tadi semasa keluar ke bandar Kota Kinabalu bersama Syahrul dan Zarina. Kubeli majalah ini sementara menunggu mereka habis menonton wayang. Filem itu, sudah aku tonton minggu lepas, jadi aku tak mahu menonton filem yang sama. Bagiku, tidak perlu untuk menonton filem yang sama dua kali, walaupun jalan ceritanya menarik. Membazir sahaja. Kalau mahu tengok lagi, beli saja vcd. Mahu tengok berkali-kali sampai jemu pun, tidak mengapa.

Kubelek lagi majalah ini, Tiada satu pun isu yang menarik perhatianku. Rugi saja beli. Aku beli majalah ni pun, sebab aku bosan menunggu mereka. Aku hanya capai mana-mana majalah dan tanpa melihat, terus aku bayar dan menuju ke kedai makan yang berhampiran. Terus aku memesan makanan dan mencari tempat yang agak tersorok. Tidak seronok, dilihat makan berseorangan.

Telefonku berdering. Aku keluarkan dari poket dan aku lihat nama Hafiz tertera di skrin. Aku terus melonjak kegembiraan. Akhirnya, aku dapat keluar tengok wayang dengannya. Dari minggu lepas dia sudah berjanji mahu menonton wayang bersamaku. Aku sanggup tidak ikut serta dengan kawan-kawanku yang lain menonton Mission Impossible 3, semata-mata kerana dia ingin menonton filem itu bersamaku.

"Hello, Hafiz. Aku dah kat Centre Point ni. Bila ko nak datang ? Aku dah lama tunggu."
"Sorry, Zu. Aku tak dapat datang."
"Kenapa ? Ada hal ke ? Kerja lagi ?"
"Haah, aku ada hal sikit. Memang aku tak dapat nak datang. Sorry sangat-sangat..."
"Ok. Takpe, aku paham."
"Next week...macam mana Zu ? Ko ok tak ? Kita tengok, next week ?"
"Aku memang ok je. Bila-bila pun ok."
"Next week, citer tu…still ada lagi kan ? Yang pukul 6 petang, ada kan ?"
"Ada."
"So, kita tengok next week la ek ? Kalo tak dapat masa weekend, weekdays pun ok kan ? Lepas opis hour..."
"Ye, aku memang ok. Ko cuma perlu set date ngan time je. Aku pasti datang."
"Sorry, Zu."
"Never mind..."

Talian diputuskan dan aku hampa lagi. Nampaknya, aku kena tunggu lagi. Aku pun tidak tahu sampai berapa lama harus kutunggu. Hafiz selalu macam ni, suka sangat batalkan plan, last minute. Ye, memang aku marah. Memang aku kecewa. Tapi, aku terpaksa tenangkan hatiku sendiri. Mujurlah, dia menelefonku dan meminta maaf. Kalau tidak, memang tidak surut amarahku ini.

Aku harus faham yang dia sibuk dengan kerjanya. Karier yang baru diceburinya itu memerlukan komitmen yang tinggi. Memaksanya memerah keringat dan tenaga tidak tentu masa. Aku terpaksa mengalah. Tidak mengapa, minggu depan aku boleh menonton filem itu dengan Hafiz. Aku hanya perlu menunggu dengan sabar. Menunggu sampai dia betul-betul ada masa terluang. Aku pasti dia akan menelefonku dan mengajak aku keluar menonton wayang. Yang penting, aku cuma perlu menunggu panggilannya. Hatiku berbunga rasa gembira. Tidak sabar menunggu tika itu datang.

Dua batang rokok telah kuhabiskan. Aku ke dapur dan mencari air suam untuk diminum sebelum tidur. Mataku sudah mula kuyu. Baru terasa letihnya badan ini selepas penat seharian berjalan-jalan di Centre Point berseorangan. Mujurlah ada Azwan dan Sha yang sudi menemaniku.

Aku perlu tidur sekarang kerana esok aku perlu bangun pagi untuk ke pejabat. Sudah masuk enam bulan aku bekerja di sini, di negeri Sabah. Sebenarnya, aku bukanlan bekerja secara tetap tapi aku membuat praktikal di sini. Sengaja aku memilih untuk membuat praktikal di sini. Lagipun, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kakiku di bumi Sabah. Kalau tidak kerana praktikal, mana mungkin aku sampai ke sini. Ya, Sabah memang indah. Sesuai dengan panggilannya, negeri di bawah bayu.

Tapi, itu bukanlah sebab utama aku ke sini. Aku ke mari, semata-mata kerana Hafiz. Inilah peluang untuk aku bersama-samanya. Mungkin selepas ini, aku tidak berpeluang lagi untuk berjumpa dia. Jadi, sepanjang 8 bulan aku di sini, aku ingin gunakan sepenuh masaku untuk berdampingan dengannya, bergembira dengannya, bergurau senda dengannya, makan-makan dengannya serta bergelak ketawa dengannya. Aku mahu kutip dan simpan sebanyak mungkin memori yang dapat aku bawa pulang ke semenanjung nanti. Mungkin selepas ini, aku dan dia akan membawa haluan yang berbeza. Pastinya, susah untuk ketemu lagi.

Satu persatu kenangan silam tertera di ruang mataku. Kupejam mataku rapat-rapat dan tidur dalam perasaan yang kacau.

17 comments:

datin cik sal said...

hoho.. kecamuk la kan... ahahahahah siapakah hafiz tu?? erm.. ko nak suruh aku post gamba "miliku" ko pun kene post gamba teman tapi mesra ko jugak... lepas ko dah post gambaq die baru aku post yg aku... ini satu ugutan~!~!!!

izzu said...

hafiz iteew hanyalah nama samaran. aku tak berani nak tulis nama betul, takut2 dia terbaca blog aku melalui link2 yang ada. kalo u mau tgk siapakah orgnyer, u crla kat entry i yg bertajuk : Friday, February 17, 2006
MY "BEST FRIENDS" . gambar yg pertama dlm entry tu, itulah orgnyer

perjalanan hidup said...

ko syok ke dengan si hafiz tu? (lagi nak tanya kan?)

izzu said...

yup, aku mmg syok ngan dia. dia hanya perlu cakap, "do u want me to be ur lover" of coz, masa tu gak aku akan say,"yes, i do" tapi apakan daya, dia tak paham perasaan aku...hanya menganggap aku tidak lebih dari seorang kawan rapat. aku tak berdaya untuk berterus terang.

datin cik sal said...

hoho... budakutp gak ke?? aiyo aiyo...neway.. gudlak izu.. hope for the best for u.. (rasa mcm nak mencarut je kan??) ahahah.. tgk tgk balik archive ko tuh.. haiyor.. kenapa muka wanie tu mcm muka acap yg main basketball tuh... matila pelanduk kembar itew.. hoho satu lagi .. zahir ader dark story mory?? pvt pvt.. ai nak hupdate katanya.. last aku jumpa zahir kat mejlis kawin opismate aku di port klang.. sungguh terkezina aku melihat tetiba muncul si zarir itew.. langsung aku duduk diantara 2 sujud dan terus bersembang ngan dier.. ahahahah **matilah ranap mesjid merah itew... apa apa pun.. dunia iniey sgt lah kecik... hoih~~

izzu said...

wanie dah ada nama baru, mona namanya. si sohnen yg bg. ala nok, cantikla tu kan kiranya...kalo muka cam acap, kan ? ahahah, zarir ada story mory sikit, psl kehidupan dia ketika akhir2 sem dia di utp...heheh, nnt kita citer ikut ym :P

Ash Shinotsubaki said...

ayo...mona itu kau cakap macam muka zahir? no nana no~~! mak takut tgk dia nyeh! *matilah gamba pasport yang menghantui frenster i itew~~

nok, kau meracau2 pasal jantan yang pastinya tak memberi apa2 pulangan buat apa? baikkau mak esah kan dia sjork..at least dapat la kau nafkah batin buang sekerat dua bukan....gitewwwww

izzu said...

teringin nak mak esahkan dia tapi aku takut bila dah bosan aku tak reti nak reverse balik spell iteew. harusla aku dihantui bayangan dia, pagi petang siang malam.

takpela yuol, i tak berharap nafkah batin=seks sahaja. hanya cinta sudah memadai, voley ? melk mau biarkan saja, apa org kata move with da flow. kalo jadi, jadila. kalo tak jadi, tak jadila. sekali air sungai melimpah, sekali pasirnya pun berubah. itulah hakikiat yang menjadi ikutan dan juga bualan (nyanyi ikut gaya Haleeda, lagu Setia Kasih) --> yuol tau tak lagu ni ? matilah, past tense katanya

datin cik sal said...

haiyo kebede keledek... motif sgt mona mcm zarir ok.. zarir lagi tampan yer.. **matile mek tercarut biro surau .. kaedahnye mona tu sgt lah fendy.. (apa aku melalut nih) tapi ye la.. ai rasa muka dier mcm sesuatuh.. rasa mcm ada entiti paranormal yg mengikut.. atau mona itew sendiri entiti paranormal.. kalau paranormal itu ai mmg sedia maklum sbb yu ol pun para normal kan kan kan... tapi mona mmg entiti **matile mek join seekers plak .. haih.. tak laratzz adika dik feeling lebey lebey.. over tau.. yu ol kene beringat... yu feeling lebey lebey... nnti u sakit.. effect die pun lebey jugak ok... cubalah wasathiah~!! (sambil mencapai mic lantas menyanyi lagu pergi tak kembali rabbani~~ haiyorks~~~

izzu said...

ala yuol..itu hanyalah cebisan dr khayalan mindaku ini...tidak semestinya akan berlaku seperti yang aku inginkan...

obsessi, obsessi daku --> nyanyi style juliana banos, single terbaru dia

datin cik sal said...

tetaplah jugak kan nak capai mic jugak menyanyi kaedahnya~~~

izzu said...

haruslah, kata suara bak buluh perindu

datin cik sal said...

sudeh.. buluh lemang sajo layaknya~~~

izzu said...

sudeh, buluh lemang leh makan di hari raya..so sedap jugakla sore aku ni

Anonymous said...

Really amazing! Useful information. All the best.
»

Anonymous said...

Very best site. Keep working. Will return in the near future.
»

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»