Wednesday, February 27, 2008

HAPPY MOOD


Rasa sangat gembira hari ini. Tak tahu kenapa. Tapi, start dari malam semalam sampailah ke detik ini, aku rasa sangat gembira. Mungkin aku sudah berjaya menghilangkan keresahan di hati ini. Sekarang, aku berasakan rasa tenang dan gembira.


Mungkin kerana ada persamaan atau mungkin disebabkan aku memerlukan seseorang yang bisa menenangkanku. Aku cuma menjadi orang yang tabah tapi kadangkala aku tewas dalam ketabahan hati sendiri. Masih memerlukan seseorang yang boleh menyokong aku dan yang sentiasa berada di sisi. Walaupun jauh di mata namun aku tau akan selalu dekat di hati.


Aku harap, rasa ini akan berkekalan. Tapi, entahla. Kadang-kadang, bila terlalu gembira pastinya kegembiraan itu tidak akan kekal. Tapi, aku tidak mahu berfikiran negatif. Nikmati rasa yang ada ini selagi ianya masih sudi untuk datang kepadaku. Mungkin, di dalam perjalanan nanti, akan muncul petanda yang akan memberikan satu kepastian.


Apa aku merepek ni ? Nampak sangat aku dah tak keruan. Aku harap aku bukan kena angau la. Tapi, kalau dah selalu terbayang-bayang, apa maksudnya ? Takkan begitu cepat ? Tapi, aku memang rasa gelisah. Aku pun pening. Apa terjadi ni ?

No comments: