Thursday, May 11, 2006

BAB 2 - NANTI

"Zu, boleh tak tolong update kan list pasal scheduled waste."
"Boleh, kak. Saya buat sekarang jugak."

Kak Linda memberikanku tugasan baru untuk hari ini. Tidaklah susah sangat kerana semua informasi sudah ada, cuma perlu disusun dan dikemaskinikan sahaja. Dalam masa setengah jam, tugasan itu telah kuselesaikan. Sekarang, aku sudah tiada ingin dibuat.

Aku hanya duduk di meja kerja dan memerhatikan monitor komputerku. Kucapai buku catatanku dan kubelek helaian demi helaian. Rupa-rupanya, masih banyak kerja yang perlu dibereskan tapi aku agak malas untuk membuatnya hari ini. Biarlah aku tangguh dulu. Lagipun, boss tiada di biliknya. Bolehla aku bersenang-lenang sebentar sambil melayari internet.

Tiada yang menarik untuk kulayari. Email pun sudah habis dibaca dan dibalas. Sungguh bosan hari ini. Kuperhatikan sekeliling. Semuanya tekun membuat kerja masing-masing. Hanya aku yang tidak membuat apa-apa. Terpaksala, aku berbuat sesuatu. Aku tidak mahu dikatakan makan gaji buta. Dengan gerak yang malas, kucapai satu fail tapi gerakku terhenti setelah aku terpandang kalendar di sebelahnya. Mataku tertumpu ke kalendar itu dan aku mencari-cari apakah tarikh hari ini.

10 Mei 2006, Hari Rabu. Hanya tinggal sehari lagi sebelum Hari Wesak. Aku tidak menyambut Wesak tapi, tarikh itu amat penting kerana, Wesak juga menandakan cuti umum seluruh negara. memang seronok, dapat bercuti panjang di hujung minggu.

Hari Rabu juga istimewa kerana hari ini adalah Hari Wayang. Semua panggung menawarkan diskaun ke atas setiap tiket. Bagi mereka yang gila menonton filem, ini merupakan satu berita baik. Berita baik untuk aku juga. Nampaknya, bolehla aku menonton Mission Impossible 3 dengan Hafiz lepas habis kerja nanti.

Tapi, kenapa dia tidak menghubungi aku lagi ? sampai ke saat ini pun masih lagi tiada panggilan telefon darinya. Sibuk sangatkah dia ? Padahal, dia yang beria-ia mahu menonton filem ini. Dia juga yang mencadangkan agar menonton filem selepas waktu kerja tapi sampai sekarang, dia hanya diam seribu bahasa. Ke mana dia pergi ? Ke mana dia menghilang ? Dia memang suka buat aku tertunggu-tunggu.

"Zu, nanti kita tengok citer tu, minggu ni la. Lepas opis hour, ok ?"
"Aku ok je..."

Aku menyandar di kerusi, mengeluh panjang. Masih lagi menanti panggilannya dan berharap agar dapat menonton filem itu dengannya hari ini.

Saat berganti minit dan minit berganti jam, masa begitu pantas berlalu. Waktu kerja sudah pun habis tapi tiada panggilan telefon darinya. Aku sengaja enggan menelefoninya dengan harapan yang dia akan faham gejolak di dalam hati ini dan cepat-cepat menelefonku. Namun, aku hampa.

Hampa yang amat sangat. Berharap pada benda yang tak pasti laksana menunggu buah yang takkan gugur. Ini bukanlah kali pertama perkara sebegini terjadi, Diberinya harapan tapi akhirnya harapn itu menjadi debu. Betapa bodohnya aku, masih menanti perkara yang tak kunjung tiba. Tapi, aku masih berfikiran positif. Mungkin dia terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya. MUngkin dia terlupa janjinya denganku. Mungkin dia ingin aku mengingatkannya. Mungkin dia ada masalah. Mungkin dia ada perkara yang lebih penting dari tengok wayang denganku. Pelbagai kemungkinan bermain di mindaku.

Tapi, kenapa aku perlu memikirkannya ? Kenapa aku terlalu ambil peduli ? Kenapa aku yang beria-ia ? Kenapa aku hiraukannya sedangkan dia tidak pernah peduli ? Aku bukanlah sesiapa di dalam hidupnya. BUkan kekasihnya dan bukan juga orang yang penting dalam hidupnya. Tapi, mengapa aku berasa sedih ? Mengapa ?

Aku sendiri tidak paham dengan diriku sendiri. Mengapa perlu kuletakkan harapan setinggi langit kepadanya walaupun aku tahu, akhirnya aku yang akan kecewa ? Dia pernah mengecewakan hidupku dulu. Dia pernah memberikan kata dua padaku. Aku hanya mampu menangis. Tidak mampu untuk membuat pilihan. Didesak dan didesak, akhirnya aku terpaksa membuat pilihan yang nyatanya tidak berpihak padanya. Lantaran itu, kerenggangan mula wujud. Tiada lagi kemesraan seperti sebelumnya. Aku sudah tidak dipedulikan lagi. Betapa sedihnya aku. Setiap malam, hati ini menangis dan berharap ianya akan kembali seperti dulu. Namun sekali putus tidak mungkin bercantum semula.

Persetankan!!!! Mengapa perlu diimbas kenangan silam ? Bukankah itu sudah jadi sejarah ? Biarkanla ia berlalu dipuput angin sendu. Lembaran baru ingin kubuka. Itulah sebabnya aku di bumi Sabah. Mahu mencari kembali kepingan-kepingan saat indah yang bertaburan dan hampir lenyap dihanyutkan amarah dulu. Sekarang, dia sudah di depan mata. Aku tidak mahu lepaskan dia pergi begitu sahaja tanpa memberikan secebis memori untuk aku simpan dalam diari kenanganku.

Nampaknya, aku terpaksa beralah sekali lagi. Mungkin dia betul-betul sibuk dan aku harus menganggapkan telahan ku ini benar. Namun, aku tidak akan menghubunginya kali ini. AKu hanya perlu menanti panggilannya. Kalau betul dia mahu menonton wayang denganku, biar dia yang mencariku. Aku tidak mahu nampak terhegeh-hegeh. Sudah pasti, aku tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Lebih baik tidak berasa apa dari memendam kecewa dan hampa berpanjangan.

Resolusinya, aku ingin biarkan saja. Biarkan masa berlalu tanpa panggilannya. Biarkan dan biarkan. Jauh di sudut hati, masih ada sekelumit harapan. Harapan untuk bertemu dirinya. Betapa aku rindu untuk bertemu dan melihat wajah ceriamu dan mendengan gelak tawamu.

Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan dan sesungguhnya aku sedang terseksa. Kubaluti seksa ini dengan pasrah dan kutenangkan jiwa yang sedang berkecamuk. Nanti tetap ternanti.

26 comments:

datin cik sal said...

va va va.. issue nyer wayang sajer kan... itu je yg ai dpt amik isi penting karangan yu kali nih... motif sgt kan~!! ahahah ape ape pun.. terrer jugak la ko pakai bahasa ibunda yek ixu.. kalau ai nak mengarang mcm ni.. mati la amik masa seminggu utk dpt satu kajang.. bukan nak ckp ai ni bangsa mexico.. cuma haih~~ dah lama sgt tak mengarang... **matilah DBKL eh.. DBP.. tersasul plak.. ape ape pun.. ko tetep nak bersabarkan... kalau haku lah kan.. ai terus dail no dier ok.. lantans berkata "hey jantan, yu nak tgk wayang ke tak nih? yu ni kan... propah sgt tau~!! kata minggu ni.. oh ye.. minggu ni tu yg u bagi tau tu.. u tak serta kan tahun kan?? so ai assume tahun 2020 minggu ni baru yu boleh tgk wayang kan??" haaa.. begitu lah lagaknya seorang diva a.k.a tina turner mengamuk... haih~~ ko cari je yg lain izu.. byk lagi single person available... nak nak arek arek ponggel yg buncit ader 3 calit kat dahi tu.. mmg single... seswaii sgt utk ko Opsss tercarut plak **matilah patung emas kat batu caves roboh kaedahnya~~ lariiiiiiiiiiiiiiiiii....

izzu said...

memula i nak cakap...i takmau arek ponggal bercalit tiga. biar bg kat mereka yang memerlukannya. eh bukan ko dulu suka ponggal ke ? bukan mereka merupakan market ko ke ? eh bukan ponggal tu ke yg tala lubjub yuol ke ? selagi azan tidak berkumandang, selagi iteew tak mau balik kan...terpaksala aku bermain buaian dan gelongsor di situ sambil memejam mata.

ntahla nok, chenta itu buta. tapi i tak buta so, i tak mau dah tunggu ke hapa..sebab i ada plan lain esok sempena wesak day...see you...chihihi, nnt melk hupdate apa yg berlaku

datin cik sal said...

haiyo.. mmg multi racional kan.. wesak lah krismas lah... sesuai sgt lah ko dgn arek ponggel calit tiga yer.. kalau tak sesuai .. sempena wesak ni harus la ko lolo patung buddha sajork.. **matila mati~~

nots.. ai ada sehorang anak hikan... yu nak tak???

izzu said...

sudeh, i tak taste ngan ponggal ok. kalo lenchai, i nak...mmg tasty.

anak ikan mana ni ? menarik ? gambar ado ?

datin cik sal said...

gambo nan ADOOOOO kaedahnya~~~ tapi takpe.. ai tgh dok ayat nih... chihihi agak melayan jugak ok... matila mati ai jadi operator costumer service

Anonymous said...

hmmm kalau kau tunggu jgk si wa ... eh silap "hafiz" tu, alamatnye sampai kesudah la kau x tgk MI3 tu .... chihihihi. nanti kau tgk citer man laksa je ... chihihihihihihihihihihihihi

izzu said...

ok je koyak...i tunggu green lite sajork

izzu said...

penantian mmg satu penyeksaan tapi, penantian dan kesabaranku berbaloi, kerana mlm semalam, dia hadir...menepati janjinya. aku rs sgt gembira n this is the best movie i've ever watched. cannot wait for the next meeting by end of this month. jgn nak provoke aku atau nak perli, coz i'm very happy dgn apa yg aku ada :)

Anonymous said...

ayoo izzu kate2 kou mcm kou dah nazak je.. penatian la..penyeksaan jer.. hihi boleyla i jd imam smayang *ttbe

izzu said...

hanjs!!! aku bukan nak mati la. aku cuma meluahkan apa yg aku rasa di diari online aku ini. lagipun, skrg aku rs sgt happy dan tak rs mcm org nak mati...so, ko jd imam utk org lain je. aku taknak pondan jd imam aku

datin cik sal said...

ahahahha.. matila runtuh masjid merah katanya~~~~

Anonymous said...

ermmm...penantian mmg satu penyiksaan tapi kita masih mahu terus menunggu??..itu menandakan yg kita sangat dambakan insan itu hadir dalam diri kita bukan?tapi dalam pada kita terus menunggu itu kita harus ingat hidup ini perlu diteruskan..jadi biarkan saja penantian itu berakhir dengan sendiri..kita teruskan hidup kita..terus memburu mangsa lain...hehehehe...

izzu said...

tapi penantian itu pasti berbaloi sekiranya dia datang menghadirkan diri, menemani diriku ini.

aku rasa, mungkin aku terlalu mendambakannya...aku gila padanya. ku rindu padanya --> nyanyi style camelia, lagu rindu padanya

izzu said...

masjid merah takkan runtuh. kalo runtuh, macam mana mau berkunjung ke sana pada hari jumaat. nnt laparla...takleh makan KFC :P

datin cik sal said...

adik adik.... tak larazzzzzzzzzzttt

izzu said...

sudeh...ini hanyalah imaginasi semata2. aku pun nak gak ada novel buatan sendiri. tapi, citer sapa ni ek ?

Anonymous said...

yeah~!!! akhirnye izzu berjaya gak tgk MI3 ngan hafiz *update dr CNN katanya.. i hepi gak sbb i nye student card digunakan utk beli tiket iteeuwww *lariiii
ape2pun, sbgai anak ikan yg baik, i tetap menyokong izzu~!!! ttba nanges bace post2 izzu .. hayoooo...teringat kisah i ngan org sabah *matilah topic diri sendri ..

izzu said...

me sebagai artis popular, hanya mampu memberi jawapan no comment

datin cik sal said...

heip artis pourpourlour... dgr citer yu pergi audition... menang ke yu ols.... tak de hupdate pun.... **mek hanya mampu gelak terguling sambil memandang angkasaraya~~

izzu said...

yuol ni....ada la hupdate tu..penat i taip tau...

Tuesday, April 11, 2006
MY 1ST AUDITION

datin cik sal said...

oh.. nnt ai baca... haih~~ dlm archive ghupernyer... merasalah ai menyelongkar~~

izzu said...

ala nok, citer dah bangas, phm ke bhs sabah ni ? bangas = basi

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»

Anonymous said...

Hey what a great site keep up the work its excellent.
»

Anonymous said...

I love your website. It has a lot of great pictures and is very informative.
»