Wednesday, May 17, 2006

BAB KETIGA - PUAS

"Zu, kau free tak hari ni ?"
"Kenapa ?"
"Jomlah, kita tengok wayang. Aku free malam ni. Kita tengok midnite, nak ?"
"Malam ni ke ? Aku ada hal la, malam ni..."
"Ooo, ye ke..."
"Kita tengok esok, boleh ?"
"Esok, aku tak free. Itu yang aku nak tengok malam ni, Zu."
"Hmm, tapi aku ada hal la, malam ni, Hafiz."
"Takpela kalau camtu. Kita tengok lain kali je. Tapi, aku nak sangat tengok malam ni, takut lepas ni aku buzy."
"Hmm, aku try adjust hal aku ni. Nanti, aku sms."
"ok..."

Akhirnya, Hafiz menelefoniku jua setelah sekian lama aku nantikan panggilannya. Tapi, aku tidak gembira. Panggilan itu telah menyerabutkan fikiranku. Aku telah ada rancanganku sendiri yang telah aku atur sebagai mengisi hujung minggu yang panjang. Menonton wayang bersama dengan Hafiz tiada lagi dalam senarai aktivitiku untuk hujung minggu ini. Setelah beberapa kali aku rasa hampa, aku tidak mahu menaruh apa-apa harapan lagi. Tetapi, tanpa disangka dia menghubungiku dan berharap agar dapat menonton filem itu bersamaku. Kacau, memang kacau.

Tapi, bukankah itu yang aku mahu ? Bukankah itu yang aku tunggu-tunggu selama ini ? Sepatutnya, aku berasa gembira dan teruja. Tapi, sebaliknya pula yang aku rasa. Marah dan geram. Marah sebab rancanganku akan kacau sekiranya aku turuti kemahuannya. Geram sebab ianya secara tiba-tiba dan ketika aku sudah tidak berharap apa-apa lagi. Malas aku ingin fikirkannya. Aku teruskan dengan rancanganku. Biar dia tertungu-tunggu jawapanku. Aku ingin dia rasa apa yang aku rasa.

Tapi, tetap ada sekelumit rasa gembira di sudut hati ini. Aku tahu, dia akan tepati janjinya. Aku tahu, dia semestinya mencari masa yang terluang untuk menonton wayang bersamaku dan masa itu, hanya malam ini. Bodohla aku, kalau aku siakan peluang ini. Bukan senang untuk aku mencuri waktunya yang sentiasa sibuk. Tapi, aku juga ada hal aku sendiri. Serba salah aku dibuatnya.

Aku teruskan rancanganku. Namun fikiranku tidak tenteram. Asyik terfikirkan pasal Hafiz. Terfikirkan kegembiraan yang akan aku kecapi. Bukankah itu yang aku inginkan dan nantikan selama dua minggu sebelum ini ? Rugi kalau aku terlepaskan saat-saat itu. Inilah peluangku.

Akhirnya aku nekad. Aku akan menonton wayang bersamanya malam ini. Aku boleh tangguhkan rancanganku dan sambung di lain hari. Lantas, jemari ini menaip sms dan menghantarnya kepada Hafiz, menyatakan persetujuanku untuk menonton wayang bersamanya malam ini.

"Zu, macam mana ngan hal kau tu ? Kalau penting, janganlah kau cancel kan."
"Tak penting pun. Aku boleh tangguhkan. Lagipun, bukan senang nak tengok wayang ngan ko ni."
"Hmm...jadi kita tengok midnite ek ?"
"Aku ok je."
"Kau beli la tiket awal-awal. Nanti, habis pulak."
"Ok, tapi ko memang kena datang la. Aku taknak nanti kau tak jadi datang, aku kena tengok sorang-sorang."
"Aku pasti datang, Zu. Jangan bimbang. Aku pun tak sabar-sabar nak tengok filem tu. Nanti, kita jumpa kat sana."
"Ok..."

Hatiku berbunga rasa gembira. Cepat-cepat aku selesaikan urusanku dan bergegas ke panggung wayang untuk membeli tiket. Mesti cepat sekiranya inginkan tempat duduk yang paling bagus. Kalau lambat, sudah pasti kena duduk depan. Habis wayang, sudah pasti sakit tengkuk sebab kena mendongak.

Mujurlah tidak ramai orang hari ini. Aku tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Masa inilah juga, peluang untuk aku gunakan kelebihanku sebagai seorang pelajar. Diskaun akan diberikan sekiranya menunjukkan kad pelajar sebelum pembelian tiket. Hanya RM5 untuk satu filem. Murahkan ? Kalau di Kuala Lumpur, sudah pasti harganya dua kali ganda. Sebab itulah, aku jadi gila menonton wayang semenjak datang ke Sabah. Boleh dikatakan, tiap-tiap hujung minggu, aku akan menonton wayang. Kalau tidak bersama kawan-kawanku yang lain, aku akan menonton bersendirian. Jikalau bersendirian, sudah pasti dua atau tiga wayang akan kutonton secara berterusan. Itu tandanya, aku terlalu bosan di rumah ketika hujung minggu.

Tiket sudah kubeli. Aku hantar sms kepada Hafiz untuk memberitahunya dan berpesan agar dia datang. Aku tidak mahu tiba-tiba dia tidak jadi datang. Kemudian, aku terus menuju ke food court untuk menjamu selera. Nasib baik aku terserempak degan Syahrul dan Amir di situ. Tidaklah aku makan berseorangan. Ada juga teman untuk berbual.

Masih ada sembilan jam sebelum wayang itu bermula dan Hafiz hanya akan datang pukul 11.00 malam nanti. Dari tidak berbuat apa-apa, baik aku ikut mereka. Rupa-rupanya, mereka ingin menggunting rambut. Tiada masalah bagiku, aku boleh duduk di ruang menunggu sambil membaca majalah sementara menanti mereka. Setelah selesai, kami bertiga menuju ke cyber cafe untuk melayari internet. Aku hanya menunggu di luar kerana tidak tahan dengan kepanasan tempat itu. Pendingin udara tidak berfungsi. Kipas pula tidak ada. Jadi, aku terus menuju ke arked yang terletak bersebelahan dengan cyber cafe. Aku melabuhkan punggungku di bangku sambil memerhati muda-mudi yang lalu lalang, keluar masuk dari arked tersebut. Mataku tertumpu pula pada kotak karaoke dan melihat empat orang jejaka tengah kusyuk menyanyikan lagu Jangan Pisahkan dari Phynne Ballerz. Gaya mereka sungguh kelakar. Kadang-kadang, kedengaran suara-suara sumbang yang turut sama menyanyi. Aksi mereka membuat aku tersenyum sendirian. Seronokkan, menyanyi bersama kawan-kawan. Nanti, aku ingin karaoke dengan Hafiz lagi. Masih belum puas berkaraoke dengannya. Tidak mengapa, aku akan aturkan sessi berkaraoke di lain hari. Itu pun, kalau dia ada masa terluang. Aku mengeluh lesu.

Tanpa kusedari, aku terlelap di bangku itu. Aku hanya tersedar apabila telefonku berdering. Zarina menelefonku dan mengajak aku makan malam. Aku terus bingkas dari duduk dan mencari tandas awam. Ingin ku basuh mukaku dahulu sebelum berjumpa Zarina. Aku tidak mahu menunjukkan muka mamai bila berjumpa dengannya. Kurenung jam di tangan kiriku dan jarumnya menunjukkan pukul 8.30 malam. Lama juga aku terlelap di bangku itu.

Zarina memilih untuk makan malam di kedai mamak. Kedai mamak ini memang menjadi kesukaannya. Menu yang pasti akan dipesan ialah nasi ayam. Zarina kata, nasi ayam di mamak sedap. Bukan semua kedai mamak, tapi hanya kedai mamak yang ini. Kedai mamak di dalam Centre Point. Makanan kesukaan katanya. Aku pun turut memesan makanan yang sama.

Dari jauh, kulihat Syahrul dan Amir sedang berjalan ke arah kami sambil melambai-lambai tangan, Kami membalas lambaian mereka. Syiral dan Mei pun ada bersama-sama mereka. Zarina mengajak mereka makan malam bersama-sama kami. Sebaik sahaja makanan sampai, masing-masing terus diam dan menikmati apa yang terhidang di depan mata. Sesekali, kulihat skrin telefon bimbitku. Berharapkan agar mendapat sms dari Hafiz. Pastinya, aku takut kalau dapat sms yang tidak diingini. Aku tidak mahu dia membatalkan di saat akhir. Lagipun, tiket sudah dibeli dan tidak boleh dijual semula. Aku tidak mahu menonton dengan orang lain. Aku nak dengan Hafiz juga. Hanya dia seorang.

Masa bergerak pantas. Sudah pukul 10:10 malam. Aku semakin resah. Tiada sms dari Hafiz, tiada panggilan dari Hafiz. Datangkah dia ? Ada hal lagi ke ? Aku hanya mampu menghitung waktu dan menanti dengan gelisah. Kenapa aku perlu bimbang ? Dia pasti datang, aku yakin. Tetapi, perasaan bimbang tetap terdetik di hati.

Masih banyak masa lagi sebelum waktu tayangan. Bosan tidak berbuat apa-apa di sini. Lantas, kami semua menuju ke pusat boling. Masa masih panjang dan sempatlah untuk bermain satu frame. Hanya aku, Amir dan Zarina yang bermain. Lain-lain hanya duduk dan memerhatikan kami bermain. Sesekali terdengar sorakan dari mereka apabila semua pin berjaya dijatuhkan. Balinganku lebih banyak tersasar dari kena sasaran. Biasanya, tidak begini. Paling kurang, adalah juga satu atau dua balingan yang bisa menjatuhkan kesemua pin itu. Ini mesti disebabkan rasa gundah yang masih bersarang di hati. Tiba-tiba fikiranku melayang teringatkan Hafiz. Datangkah dia nanti ?

Permainan sudah tamat dan Amir berjaya menjadi juara untuk kali ini. Biarkan saja dia menang. Main untuk suka-suka, bukannya untuk pertandingan. Aku ikut serta pun, hanyalah untuk menghilangkan kegusaran yang mula bersarang di benak ini. Masih ada waktu yang perlu kutunggu. Satu jam bagaikan sehari lamanya. Bagaikan terdengar detikan jam yang begitu perlahan di gegendang telingaku. Masa berlalu malas. Sengaja ingin membuatkan aku terseksa dalam penantian.

Mereka sudah pulang. Tinggallah aku bersama Zarina yang sanggup menemaniku sementara Hafiz datang. Lagipun, sepupunya masih belum tiba untuk membawanya pulang. Zarina tertanya-tanya kenapa aku sanggup menunggu selama dua minggu untuk menonton wayang dengan Hafiz. Kenapa aku sanggup menunggu selama sepuluh jam di Centre Point hanya untuk menonton wayang dengan Hafiz. Entahla, aku pun tidak tahu mengapa. Aku sendiri keliru dengan tindakanku itu. Aku hanya mampu katakan kepada Zarina yang Hafiz ialah seorang yang istimewa bagiku. Seorang kawan yang begitu aku hargai dan sayangi. Hanyalah dia yang bisa menceriakan hari-hariku di sabah ini. Kerana dia jugalah, aku nekad datang ke bumi Sabah. Zarina bertanya lagi kepadaku soalan yang sukar untuk aku jawab. Adakah aku sudah dilamun cinta ? Aku hanya diam dan tersenyum padanya setelah mendengar soalan itu. Biarlah dia menafsir sendiri apakah jawapannya.

Zarina mengajak aku ke Api-api Centre. Sepupunya akan menunggu dia di situ. Aku bersetuju untuk menemaninya ke sana. Lagipun, malam sudah semakin lewat. Agak berbahaya untuk gadis cantik dan comel seperti Zarina berjalan seorang diri tanpa teman. Masih ada lagi waktu terluang sebelum tayangan bermula. Hafiz pun masih belum datang lagi.

Kami berdua berjalan keluar dari Centre Point sambil berbual-bual. Tiba-tiba...

"Hai, sorang je ? Boleh berkenalan ?"
"Hafiz !!! Aku ingat, sapa tadi."
"Hahahaha..."
"Mati-mati aku ingat ada orang nak ngorat aku."
"Hahahaha....Kau nak pergi mana tu ?"
"Aku nak hantar kawan aku ke Api-api Centre. Sepupu dia nak ambik dia kat sana."
"Hmm...ok."
"Kau naiklah ke atas dulu. Aku jumpa ko kat cinema. ok?"
"Ok, ok. Aku tunggu kat sana."

Hafiz datang. Hafiz datang akhirnya. Memang aku tak sangka, Hafiz akan datang. Aku tersangatlah gembira sebab dia datang. Aku tersenyum saja sepanjang jalan nak ke Api-api Centre.

"Zu, tu ke Hafiz ?"
"Haah."
"Smart jugak orangnya. Dia senyum pun, manis je. Nampak gentleman sangat."
"Haah."
"Wah, terus mood ko berubah. Tadi monyok je. Bila dah jumpa Hafiz, terus happy. Senyum tak henti-henti ni."
"Eh, betul ke ? Muka aku berubah ke ?"
"Betul, serius muka ko berubah. Nampak sangat ko tengah happy sekarang ni."
"Mana ada. Aku cuma happy sebab dia datang jugak akhirnya. Tak sia-sia aku tunggu."
"Nampak sangat ko suka dia, kan ?"
"Maksud ko ?"
"Takyahla ko nak tipu aku. Sekali tengok pun, aku dah tau. Ko ceria sangat. Terlebih-lebih ceria."
"Ko ni, merepek jelah. Memanglah aku suka dia tapi hanya sebagai kawan."
"Ala...ko tipu orang buta, bolehla. Apa pun, aku happy tengok ko happy. Tak best kalo ko muram je. Nak jalan-jalan ngan ko pun, tak selesa."
"Sorry lah, Zarina kalo ko rasa camtu. Tapi, sekarang kan aku dah senyum, dah ceria."
"Sapa tak happy kalo buah hati dah datang, kan ?"
"Kami kawan jelah. Mana ada apa-apa. Its impossible."
"Jadi, ko tak suka dia ? Sia-sia je ko susah payah tunggu dia."
"Itu, aku no komen. Yang penting, dia datang malam ni dan menepati janjinya"

Sepuluh minit kemudian, sepupunya datang untuk membawanya pulang. Aku cepatkan langkahku ke Centre Point. Pasti Hafiz sudah lama menunggu. Keluar sahaja dari lif, aku terus mencari Hafiz. Dan dari jauh, kulihat Hafiz sedang berjalan ke arahku sambil tersenyum lebar. Hilang segala rasa resah, rasa gundah, rasa gelisah sebaik sahaja aku melihat dirinya. Semua itu sudah digantikan dengan perasaan yang riang dan gembira. Kami berdua berjalan menuju ke panggung berkenaan dan terus mengambil tempat duduk. Aku pandang sekeliling. Tidak ramai orang malam ini. Mungkin tiada yang ingin menonton Mission Impossible 3 pada lewat malam. Mungkin filem ini tidak cukup romantik untuk ditonton pada lewat malam. Aku pun tidak faham kenapa Hafiz pilih waktu begini. Mataku pun sudah mengantuk. Tetapi kerana Hafiz, aku gagahkan jua. Kucelikkan mata ini luas-luas. Aku tidak mahu saat ini berlalu dengan sia-sia. Saat yang kunantikan selama dua minggu lamanya.

Filem itu berlangsung lebih dua jam. Selama itulah, aku tekun menumpukan penglihatanku ke layar putih itu. Tidak mahu tertinggal satu adegan pun. Aku tahu, Hafiz pasti ingin berbincang dan mengulas setiap kali selepas menonton wayang. Aku mahu pastikan yang aku mampu memberikan ulasan dan komen yang terbaik. Biar Hafiz puas hati.

Habis saja tayangan, kami menuju ke gerai makan. Mahu minum-minum dulu dan berbual-bual panjang. Hafiz masih lagi bercerita tentang filem tadi. Betul telahanku, dia ingin berbincang tentang adegan-adegan dalam filem tersebut. Ada sesetengah adegan yang dia tidak berpuas hati dan ada pula yang dia sangat kagum. Sudah pasti, aku kena memberi ulasan dan komen yang bernas dan logik, sampailah dia puas hati. Kalau tidak, terpaksalah aku mendengar soalannya itu berulangkali. Namun, itu bukanlah masalah bagiku. Aku seronok melayan kerenahnya, keletahnya, gelagatnya. Semua itu, membuatkan aku berasa sungguh gembira. Tak henti-henti bergelak ketawa dan bergurau senda. Ada sahaja topik yang ingin dibualkan. Beginilah keadaannya kalau berjumpa dengan Hafiz. Memang tidak akan henti hilaian ketawaku. Dia pun sangat gembira dapat berjumpa denganku. Katanya, hilang semua ketegangan dan keletihan semasa kerja apabila keluar bersamaku. Lagipun, bukan selalu dia dapat peluang begini. Sentiasa sibuk dengan kerja dan sementara aku di sini, aku ingin menjadi teman penghiburnya. Aku ingin menjadi teman yang sentiasa menggembirakan hatinya. Aku ingin menjadi teman yang boleh berkongsi dukanya. Teman yang boleh menyimpan rahsia-rahsianya.

Segala apa yang Hafiz ceritakan, aku dengar dengan teliti. Banyak yang telah aku pelajari darinya. Aku belajar erti hidup, belajar erti berdikari dan belajar untuk menilai sesuatu dengan lebih matang. Mungkin bagi sesetengah individu, dia bukanlah contoh yang terbaik. Tetapi dia tetap yang terbaik di mataku. Aku suka sifatnya yang sentiasa merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Dia adalah seorang yang penyayang sebenarnya walaupun dia tidak menunjukkan secara terang-terangan tapi aku dapat merasainya. Tapi, mungkin dulu aku terlalu degil. Suka mengikut kata hati sendiri tanpa mempedulikan baik buruknya. Ada sahaja, perkara yang ingin aku bantah dan tidak bersetuju. Aku rasa, mungkin itu yang menyebabkan kerenggangan.

Tapi, itu dulu. Persetankan kisah lalu yang menyakitkan. Sekarang dia sudah di depan mataku. Wajahnya di depan mataku. Senyumannya di depan mataku. Aku sungguh puas malam ini. Puas kerana penantianku selama dua minggu, amat berbaloi. Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Tapi penyeksaan ini tidak melemahkan semangat dan kesabaranku. Aku tetap tabah menanti dan terus menanti. Akhirnya, penyeksaan itu bertukar menjadi kenikmatan yang tidak dapat dibayangkan. Lebih-lebih lagi, apa yang dihajati berada di depan mata. Aku sangat-sangat gembira.

Hafiz menghantarku pulang. Katanya, hujung bulan ini mahu menonton wayang lagi. Aku terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Aku pula mencadangkan agar di lain pertemuan, sessi karaoke perlu ada. Hafiz bersetuju dengan cadanganku. Buatlah apa sahaja pun, aku tidak kisah. Asalkan dapat bersama-sama dengannya, sudah cukup membahagiakanku. Walaupun mungkin sesuatu perkara itu amat membosankan, aku tetap akan tersenyum gembira. Yang penting, Hafiz berada di sisi. Sampai sekarang, aku masih lagi tersenyum. Rasa bahagia ini akan kusimpan sampailah ke pertemuan yang seterusnya. Kali ini, aku tidak perlu ternanti-nanti lagi. Sebab aku tahu, bila tiba masanya Hafiz pasti akan menghubungi aku. Aku tahu dia tidak akan mungkir janji.

Aku rebahkan badanku di katil ini. Terasa sangat letih sekali. Namun, keletihan dan kepenatan itu terus hilang apabila aku mengimbas kembali saat-saat tadi. Betapa gembiranya aku. Hari ini adalah hari yang sangat terindah bagiku. Alangkah bagusnya jika aku mampu bersamanya setiap hari. Alangkah bagusnya jika dia tahu apa yang aku rasa. Adakah ini dinamakan rindu ? Adakah ini dinamakan cinta ? Teringin aku meluahkan apa yang dirasa. Biar dia tahu, betapa istimewanya dia di mataku. Tapi, mustahil cinta itu bisa mekar di taman larangan. Aku tidak mahu kehilangan dirinya. Lebih baik begini sahaja.

Kulelapkan mata ini perlahan-lahan. Senyuman tidak putus-putus terukir di ulas bibir merah ini. Cepatlah masa berlalu. Biar aku bisa bertemu dirinya lagi.

Photobucket - Video and Image Hosting Tangan sapa tatau, tersenyum lebar. apa terjadi ? biarlah rahsia...

17 comments:

datin cik sal said...

(sambil mencapai mic dan menarik telinga kebede) jom keledek.. kita nyanyi lagu teman tapi mesra~~~

Anonymous said...

ape2pun, me hepi ngan izzu wpun i jeles sgt *ttba*
trimas jugak name i masuk blog yu0l *lariiiiiii

izzu said...

ai suka lagu tu, koyak...teman tapi mesra tu, kalo yu tau nyanyi lagu the trouble wit love dr kelly clarkson, lg better. yu tau ke, nyanyi ?

izzu said...

mana ada dilamun cinta. hanya kebahagian yang menyelimuti kedinginan di malam hari

izzu said...

nama yang dipaparkan dalam cerpen tidak bersangkutan dengan yang masih hidup atau yang telah mati. so, ko di alam mana nok ? alam bunian ke ? ke tergantung2 di antara langit dan bumi ? tak mati dan tak hidup ?

datin cik sal said...

wah wah wah.. nak ajak ai masuk bertanding menyanyi ke?? suara ai dah stage 10 yer.. haaa.. retak gelas kalau ai amik lagu mariah kari yer... yu jgn cabar ai.. yu awasssss~~~~ **lariiiiiiiiii

izzu said...

stage 10-9 kan ? so ai tak kisah pun...sbb sore i dah semakin melethop sekarang

Anonymous said...

sudehhh~!! i pelakon terbaik Filem Festival South Afrika ok~!! mane2 name yg ade bunyik2 kisah hidup i, terus i claim i berlakon,vley? *saksikan la i dlm filem terbaru i, Xmen 3 gitteeuuwww... Hint: i yg rambut putih *matilah verangansss*

datin cik sal said...

ahahaha.. yu rambut putih bukan sebab gen yu yer.. putih tu sbb u panjat electrical fence occay~!! merasalah baca blog ai yer~~ ahahahah **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

izzu said...

eh, bukan ko tak lps ke casting utk watak storm tu ? bukan u jd toad ke ? untung tau jd toad. lidah panjang dan leh bergulung-gulung. sng je nak melolo.

mujurlah tade org nak rebut watak i sbg dark pheonix. abg cyclops, jgn sedih ye, ai jd jahat

izzu said...

ala nok, dia nak watak org tua beruban...bg jela...bukan luak pun. ke yu nak rebut jd storm gak ke, kuyak ? ko jd the beast la. beast mulut hanjing....sgt sesuai ngan ko

Okabe said...

romantika de amore~~~~ ttbe i nak melayang~~ smbil pose2 iklan estee lauder..ada ke iklan tu? ..- matila fantasi membukit -

datin cik sal said...

haiyo.. beast lagi sesuai dgn tubuh ko yer ixu.. ahahahaha matilamak **lariiiiiiiiiiiiiiiii sambil lompat gaya mistique

izzu said...

mystique ke ? duh, please. giteew, tetap nak quot tubuh aku kan. aku redha ngan apa yg ada

izzu said...

yes, romantika sgt indah

datin cik sal said...

ala.. statemnet sedey la plak ixu nih.. ok lah.. ye lah.. biar lah ai jadi breast.. oppss beast... mati la beast **matilah ai yg mistique ni nak tuka rupa jadi beast.. ahahaha 2-2 biru yuolssss

izzu said...

xde makna statement sedey ye...i menten ceria setiap hari. menghitung harai utk cuti..yeay!!!