Monday, June 26, 2006
BUZY, BUZY, BUZY
BUZY SGT SKRG NI, TAK SEMPAT NAK HUPDATE BLOG. NNT LA BILA DAH KURANG BZ, AKU HUPDATE BLOG. BERSEPAH2 WORKSTATION AKU NI....MINGGU NI ADA PRESENTATION, NEXT WEEK PUN ADA LAGI...HAYOOO.....TAKE A BREAK LAGI SEKALI. BYK BENDA X SIAP LAGI. BYE
Tuesday, June 20, 2006
TRIP TO TAMPARULI
hi, kita berjumpa lagi. live dari tebing sungai...
Jikalau trip terdahulu, kita bersiaran dari Kudat, kali ini kita bersiaran pula di TAMPARAULI. Yes, Tamparuli. Jika anda peminat setia, Akademi Fantasia, di sinila letaknya kampung halaman Marsha, finalis bagi musim ketiga. Kita ketepikan dulu, pasal Marsha. Terus kepada cerita asal pada hari ini.
gambar ihsan dari sultanmuzaffar.blogspot.com
Sabah terlalu banyak tempat menarik. Simpang Mengayau adalah salah satu tempat yang wajib dilawati. Mahu tahu, apa yang menarik, yang ada di sana, sila rujuk kepada entri terdahulu, The Tip Of Borneo. Kali ini, kita mahu tonjolkan pula Tamparuli. Sebut sahaja Tamparuli, pasti kita sudah membayangkan jambatan gantung. Sehinggakan, terhasil lagu Jambatan Tamparuli, yang memaparkan keindahan jambatan ini. Mahu tahu, sejauh mana indahnya jambatan tersebut, teruskan bersama kami.
posing di atas jambatan
Seperti biasa, ahli-ahli rombongan yang sama, menyertai trip kali ini. Siapa lagi kalau bukan Sha, Syai, Len, Wan dan saya sendiri. Semestinya, Sha akan menjadi pemandu untuk kereta kancilnya itu. Seawal 830 pagi, kami sudah bertolak dari rumah. Disebabkan masing-masing belum bersarapan, kami berhenti seketika di Likas untuk minum pagi. Lepas mengalas perut, kami terus meneruskan perjalanan ke Tamparuli. Macam biasa, jalanraya agak kurang memuaskan apabila keluar saja dari kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Tapi dengan kepakaran Sha dan kelasakkan kereta kancilnya itu, semuanya mudah diharungi.
posing dengan berlatarbelakangkan sungai tamparuli
Lebih kurang sejam setengah, kami sudah sampai ke tempat yang dituju. Dari jauh, sudah terlihat jambatan gantung tersebut. Kami berhenti sebentar di jambatan itu, untuk bergambar. Sayang, terlupa pula untuk bergambar dengan papan tanda yang menunjukkan ini adalah Jambatan Tamparuli. Namun, saya dan Syai masih sempat bergambar di atas jambatan gantung berkenaan. Tidaklah secantik mana yang digambarkan. Tak tahulah, kalau salah jambatan tapi papan tanda itu telah menyatakan yang ini adalah jambatan berkenaan. Berasa gayat apabila berada di atas jambatan ini, terhuyung hayang, ke kanan dan ke kiri apabila ditiup angin. Jambatan ini dibina dengan menggunakan besi dan kayu. Tapi, kami berdua tidak menyeberang jambatan ini hingga sampai ke hujungnya. Tidak berani, lagipun jambatan ini agak panjang. Malas...
yeay!!! kami di atas jambatan tamparuli!!!
Kemudian, kami bergambar di bahagian bawah jambatan gantung ini. Sudah terbina jalan raya berturap, merentangi sungai untuk laluan kenderaan. Namun, ianya agak kecil. Hanya boleh memuatkan kenderaan dari satu arah dalam satu-satu masa. Kiranya, kalau kenderaan dari sebelah kanan sedang menyeberang, kenderaan dari sebelah kiri, hendaklah menunggu giliran.
tu dia, posing lagi dengan jambatan tamparuli sebagai latar belakang gambar
Setelah puas bergambar dengan berlatarbelakangkan Jambatan Tamparuli, kami berlima bergerak, menuju ke destinasi seterusnya; Sungai Kiulu. Cuaca yang panas terik ini, pasti dapat disejukkan dengan air sungai Kiulu. Sungai Kiulu ini, terletak dalam kawasan Tamparuli. Untuk sampai ke sana, kami perlu melalui jalan yang berbukit-bukit. Semput juga kereta kancil Sha ni, masa ingin mendaki bukit. Dengan 5 orang penumpang di dalamnya, memang agak berat untuk kereta kecil ini menampungnya. Sekali lagi, dengan skil memandu Sha, kami sampai ke Sungai Kiulu.
ahli-ahli rombongan utk kali ini. Wan, Len dan Sha di tengah-tengah dengan diapit oleh Syai di depan dan I di belakang, memayungi ahli rombongan
Kami mencari port yang sesuai untuk parking kereta dan terus menukar baju untuk mandi. Tak sabar-sabar rasanya. Panas mentari bagaikan menghambat kami agar cepat-cepat terjun ke dalam sungai. Sebelum itu, sempat jugak, bergambar. Biasalah, rutin. Mana lengkap trip, kalau tiada gambar untuk diabadikan. Terus, aku ke gigi air. Sangat sejuk airnya. Terus aku membasahkan badan. Aku ingin jadi orang pertama yang merasai kesejukkan air Sungai Kiulu ini.
sekarang nak posing dalam air plak...
Tak tahan sejuk, aku terus keluar untuk menghangatkan badan dengan sedutan asap rokok. Sambil menunggu Sha dan Len siap menyalin pakaian, aku menikmati setiap sedutan rokok tajaan Syai. Kelihatan, ada pelancong asing yang rata-ratanya dari jepun, tengah seronok berkayak. Ramai pulak tu, berbot-bot melintasi kami.
sempat sapkok sepamm sambil tengok org water rafting
Sebelum semuanya terjun ke dalam sungai, sudah pasti gambar bersama-sama menjadi syarat paling utama, sebagai gambar kenangan. Dan apalagi, terus menuju ke sungai. Terlalu banyak batu-batu di tepi sungai dan airnya pun agak cetek. Kami terpaksa berjalan agak ke tengah sungai untuk mmencari tempat yang agak dalam. Namun tidaklah terlalu tengah kerana di situ airnya sangat dalam dan arus pun agak kuat. Selain itu, terdapat lubuk-lubuk kecil di situ.
choi la sungai ni, byk sgt batu. kena cari port lain pulak
Itulah sebabnya, kawasan ini digemari oleh mereka yang sukakan water rafting. Selain Sungai Kiulu, Sungai Padas juga popular dengan water rafting. Arus di sana lagi kuat dan banyak jeram-jeram yang berbahaya dan pastinya memberikan cabaran kepada para penggemar sukan water rafting ini.
carwash!!! carwash!!!
Setelah puas bermandi manda, kami mengambil keputusan untuk mencuci kereta kancil Sha. Comot kereta ni ngan lumpur dan selut sebab salah parking di tempat yang berlumpur. Jadi, kami bergotong royong mencuci kereta. Aku ditugaskan untuk mengangkut air dari sungai, Wan dan Len pula menyimbah air ke kereta manakala Sha dan Syai mencuci dan mengelap kereta.
inilah dia, pemandangan di sungai kiulu. arusnya deras disinari panas terik mentari
Sungguh seronok rupanya, cuci kereta beramai-ramai. Sambil menyanyi dan menari, sambil bersama-sama mencuci kereta. Berangan la ni, macam tengah buat video klip Carwash, lagu nyanyian Christina Aguilera. Dah tak peduli dengan orang sekeliling. Ala, masing-masing buat hal sendiri. Lagipun, kami hanya bergembira dan tak kacau orang. Dan bukannya tiap-tiap hari datang ke sini. Mungkin sekali seumur hidup sahaja datang ke Sungai Kiulu.
bonga!!! conga!!! bergembira dengan tarian unggun api, keliling kereta je
Kereta pun dah bersih dan dibiarkan kering. Kami sambung mandi lagi untuk kali terakhir sebelum pulang. Lepas semua sudah siap menyalin pakaian, kami berkemas pulang.
tada!!! dah bersih kereta kancil ni. berkilat lagi tu...
Lagipun, awan sudah semakin gelap, menandakan yang hari mahu hujan. Patutlah, panas terik hari ni, tanda-tanda mahu hujan rupanya. Bak kata pepatah, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Jam 3 petang, kami bertolak pulang. Kali ini, aku pulak yang memandu, menggantikan Sha yang kepenatan dan agak mengantuk.
pose beramai-ramai yang terakhir. oops, mana syai ? syai jadi cameraman.
Memang seronok mandi sungai tapi, masing-masing tetap tidak puas hati dan merungut-rungut sepanjang perjalanan pulang. Masing-masing kena sunburn!!!! Ingatkan kat pantai je, boleh kena sunburn, rupanya kat sungai pun boleh kena sunburn jugak. Dahla, semuanya tak pakai sun block. Semua dok mengadu pedih dan perit. Len ngan Azwan paling teruk kena sunburn. Muka Len dah macam udang kena bakar. Azwan yang pakai singlet, dah berbelang-belang badannya, macam pompuan pakai bra yang buat tanning. Mujurla aku, Sha dan Syai tidak berapa teruk. Tapi masih berasakan pedih-pedih di kulit. Sekarang ni pun, aku tak boleh nak kerutkan muka, sakit.
adoi, sun burn!!! pedih!!! pedih!!!
Apapun, kami sangat gembira dengan trip kali ni. Aku sangat gembira kerana ada kawan-kawan yang sporting begini, Tidaklah aku berasa bosan, sepanjang aku berada di Sabah. Tapi, kalo ada "orang tu" mesti lagi seronok. Mesti aku lagi gembira dan mesti aku lagi ceria. Namun, aku faham dengan kesibukkannya. Aku tahu, dia pasti terkilan sebab tidak dapat ikut serta. Apa boleh buat, masa tidak mengizinkan. Namun, dia tetap meluangkan masa untukku. Sudah aku terima smsnya, mengajak aku menonton bola dan menonton wayang bersamanya. Tapi, aku minta ditangguhkan kerana waktuku yang agak terbatas sekarang. Aku akan tetap temuinya apabila aku sudah lapang.
apa pun, sapkok lagi sepamm, sebelum balik rumah...

Friday, June 16, 2006
Hilarious Little Johnny
A new teacher was trying to make use of her psychology courses. She started her class by saying,"Everyone who thinks they're stupid, stand up!"After a few seconds, Little Johnny stood up. The teacher said, "Do you think you're stupid, Little Johnny?" "No, ma'am, but I hate to see you standing there all by yourself!"
Little Johnny watched, fascinated, as his mother smoothed cold cream on her face. "Why do you do that, mommy?" he asked. "To make myself beautiful," said his mother, who then began removing the cream with a tissue. "What's the matter?" asked Little Johnny. "Giving up?"
The math teacher saw that little Johnny wasn't paying attention in class. *She called on him and said, "Johnny! What are 2 and 4 and 28 and 44? "Little Johnny quickly replied, "NBC, FOX, ESPN and the Cartoon Network!"
Little Johnny's kindergarten class was on a field trip to their local police station where they saw pictures tacked to a bulletin board of the 10 most wanted criminals. One of the youngsters pointed to a picture and asked if it really was the photo of a wanted person. "Yes," said the policeman. "The detectives want very badly to capture him." Little Johnny asked, "Why didn't you keep him when you took his picture?"
Little Johnny attended a horse auction with his father. He watched as his father moved from horse to horse, running his hands up and down the horse's legs and rump, and chest. *After a few minutes, Johnny asked, "Dad, why are you doing that?" His father replied, "Because when I'm buying horses, I have to make sure that they are healthy and in good shape before I buy. Johnny, looking worried, said, "Dad, I think the UPS guy wants to buy Mom."
Thursday, June 15, 2006
Superman GAY ?
BELUM pun filem blockbuster terbesar untuk musim panas ini, Superman Returns menjengah pawagam, pelbagai promosi sudah dilakukan penerbit filem berkenaan, Warner Bros Pictures, bagi memastikan kejayaan filem kitaran semula terbabit.
Menerusi trailer yang dipaparkan di pawagam, peminat kian tidak sabar untuk menonton aksi terbaru wira pujaan ramai itu.
Bermula 29 Jun ini, maka pastinya peminat si hero berbaju ketat itu akan berbaris panjang di kaunter tiket pawagam untuk menjadi penonton pertama yang menyaksikan kehebatan Superman atau Clark Kent, lakonan Brandon Routh, menentang kejahatan Lex Luthor (Kevin Spacey). Kali ini juga, penonton bakal dipukau kejelitaan Lois Lane lakonan Kate Bosworth.
Dalam keghairahan pihak pengeluar filem berkenaan menguar-uarkan Superman Returns, hadir pula pelbagai cerita yang menghangatkan lagi perdebatan mengenai si hero bercelana dalam merah berkenaan. Terbaru, hero komik yang kini menyerlah sebagai ikon filem itu dipertikaikan orientasi seksnya oleh juru kempen homoseksual yang mengatakan lelaki besi itu sebenarnya seorang lelaki gay.
Majalah gay, Advocate, menggesa superhero biru merah berkenaan untuk tampil ke depan dengan pengakuan terbuka dalam sebuah artikel bertajuk How Gay Is Superman? seperti yang disiarkan dalam isu terbaru mereka, lapor World Entertainment News Network.
Penerbitan itu menyebabkan orang ramai sibuk membicarakan kecenderungan seksual sang perwira terbabit dalam ruang sembang dan forum di Internet. Peminat dari kalangan homoseksual juga dikatakan begitu yakin Superman sebenarnya seorang gay, apatah lagi dengan pakaian yang begitu ketat serta aksinya yang meletakkan tangan di atas pinggul, sebagaimana yang dipaparkan pada foto promosi filem berkenaan.
Mereka mendesak pihak pengeluar filem terbabit serta penulis komik itu meneliti kemungkinan menonjolkan kecenderungan seksual sebenar si hero tampan dalam keluaran mereka yang seterusnya. Manakala Superman yang baru, Brandon Routh, pula diundi sebagai ikon homoseksual kedua paling menarik bulan lalu oleh penyunting majalah gay, Out, di belakang Paris Hilton.
Biar apa pun cerita yang dikaitkan dengan sang wira ternama itu, peminat komik dan siri filem Superman pastinya tidak terkesan dan mereka pasti membanjiri pawagam untuk menikmati kuasa luar biasa lelaki perkasa ini tidak lama lagi. Malah, sesuai dengan demam Superman yang kian melanda, peminat juga tidak mahu terlepas memiliki barangan yang memaparkan lambang mahu pun wajah wira kesayangan ramai.
Dua produk Maestro Swiss, Vico dan coklat Vochelle turut tidak terkecuali untuk menawarkan pelbagai barangan menarik yang membawa lambang ‘S’ dan gambar Superman bagi pengguna yang mendapatkan minuman dan makanan keluaran mereka.
Kata Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Lee Hock Chye, dengan setiap pembelian Vico 1.4 kilogram, pengguna akan mendapat premium Superman Returns secara percuma iaitu bekas air, pensil warna dan bekas pensil besi menarik dalam pelbagai rona dan bentuk.
Motif, ttba gambar batman posing ?
WINDOW SHOPPING
i baru nak upload gambar2 aktiviti yang i buat last week. aktiviti apa ? window shopping je. malas nak citer panjang, nak upload gambar je. hehehe
inilah nurul. bersungguh-sungguh ajak aku, keluar ke centre point, ajak bershopping. i xde budget, so i jeling2 je la. nurul siap borong kasut dan sandal lagi tu...
bersama doraemon!!!
abg superman, janganlah tumbuk muka i~~~
hayooo, ada hantu nak serang i. takut!!!!!
its karaoke time!!!! nurul ngan fair duet lagu misha omar - bunga2 cinta
wan jadi backup singer je utk hari ni...

Wednesday, June 14, 2006
Warkah Untuk Kekasih Ku Sayang...
Untuk isteri/awek/kekasih tersayang*,
Dimana saja berada
Ayang/Anja/Honey/Darling/Dinda/Intan payung/Gunung Berapi etc *
1.Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?
2.Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-
3.Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.
4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa yang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.
5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas itu.
6.Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.
7.Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.
8.Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?
9.Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.
10.Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?
11.Selepas period abang ini abis, ayang dilarang merungut : nasib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.
12.Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas...pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.
13.Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.
Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan. Jangan lupa, sokong Italy. Abang sengaja taknak letak muka Inzaghi.
Ikhlas dari :
Suami/bf/kekasih yang tersayang *
* potong mana yang tidak berkenaan.

Transparent Toilet
Awesome toilet!
This is a picture of a public toilet in Houston :
Now that you've seen the outside view, take a look at the inside view...
It's made entirely of one-way glass! No one can see you from the outside, but when you are inside it's like sitting in a clear glass box!
Now would you...COULD YOU...use it?!

Subscribe to:
Posts (Atom)