Thursday, June 15, 2006

Superman GAY ?



BELUM pun filem blockbuster terbesar untuk musim panas ini, Superman Returns menjengah pawagam, pelbagai promosi sudah dilakukan penerbit filem berkenaan, Warner Bros Pictures, bagi memastikan kejayaan filem kitaran semula terbabit.

Menerusi trailer yang dipaparkan di pawagam, peminat kian tidak sabar untuk menonton aksi terbaru wira pujaan ramai itu.



Bermula 29 Jun ini, maka pastinya peminat si hero berbaju ketat itu akan berbaris panjang di kaunter tiket pawagam untuk menjadi penonton pertama yang menyaksikan kehebatan Superman atau Clark Kent, lakonan Brandon Routh, menentang kejahatan Lex Luthor (Kevin Spacey). Kali ini juga, penonton bakal dipukau kejelitaan Lois Lane lakonan Kate Bosworth.



Dalam keghairahan pihak pengeluar filem berkenaan menguar-uarkan Superman Returns, hadir pula pelbagai cerita yang menghangatkan lagi perdebatan mengenai si hero bercelana dalam merah berkenaan. Terbaru, hero komik yang kini menyerlah sebagai ikon filem itu dipertikaikan orientasi seksnya oleh juru kempen homoseksual yang mengatakan lelaki besi itu sebenarnya seorang lelaki gay.



Majalah gay, Advocate, menggesa superhero biru merah berkenaan untuk tampil ke depan dengan pengakuan terbuka dalam sebuah artikel bertajuk How Gay Is Superman? seperti yang disiarkan dalam isu terbaru mereka, lapor World Entertainment News Network.



Penerbitan itu menyebabkan orang ramai sibuk membicarakan kecenderungan seksual sang perwira terbabit dalam ruang sembang dan forum di Internet. Peminat dari kalangan homoseksual juga dikatakan begitu yakin Superman sebenarnya seorang gay, apatah lagi dengan pakaian yang begitu ketat serta aksinya yang meletakkan tangan di atas pinggul, sebagaimana yang dipaparkan pada foto promosi filem berkenaan.



Mereka mendesak pihak pengeluar filem terbabit serta penulis komik itu meneliti kemungkinan menonjolkan kecenderungan seksual sebenar si hero tampan dalam keluaran mereka yang seterusnya. Manakala Superman yang baru, Brandon Routh, pula diundi sebagai ikon homoseksual kedua paling menarik bulan lalu oleh penyunting majalah gay, Out, di belakang Paris Hilton.

Photobucket - Video and Image Hosting

Biar apa pun cerita yang dikaitkan dengan sang wira ternama itu, peminat komik dan siri filem Superman pastinya tidak terkesan dan mereka pasti membanjiri pawagam untuk menikmati kuasa luar biasa lelaki perkasa ini tidak lama lagi. Malah, sesuai dengan demam Superman yang kian melanda, peminat juga tidak mahu terlepas memiliki barangan yang memaparkan lambang mahu pun wajah wira kesayangan ramai.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dua produk Maestro Swiss, Vico dan coklat Vochelle turut tidak terkecuali untuk menawarkan pelbagai barangan menarik yang membawa lambang ‘S’ dan gambar Superman bagi pengguna yang mendapatkan minuman dan makanan keluaran mereka.



Kata Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Lee Hock Chye, dengan setiap pembelian Vico 1.4 kilogram, pengguna akan mendapat premium Superman Returns secara percuma iaitu bekas air, pensil warna dan bekas pensil besi menarik dalam pelbagai rona dan bentuk.



Motif, ttba gambar batman posing ?

No comments: