Selamat Menyambut Hari Kaamatan
Hai, semua. bertemu kembali di arena maya. Dah lama tade hupdate pasal kehidupan aku kan ? Asyik-asyik pasal info-info je. Info-info tu pun, aku cilok dari mana-mana ntah. Tapi, oklah kan...kita berkongsi ilmu. Apa orang kata; SHARING IS CARING. Yang pasti entry kali ni...tiada aksi makan2 dan melantak tak hingat.
banyak betul, barang-barang yang dijual kat gerai ni. Azwan ngan Syai tetap nak interframe
Mula-mula aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan. Ataupun dalam bahasa Kadazan, KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN. Sebab aku sekarang ni ada kat Sabah, so aku rasa patutla sama-sama menyambutnya. Walaupun aku tidak berbuat apa-apa ritual yang berkaitan tapi kemeriahan tetap terasa di KK ni. Bukan senang nak merasai perayaan ini, kena datang ke Sabah dulu. Lagipun, hanya kaum Kadazan yang menyambutnya dan mereka merupakan kaum majoriti di Sabah. Dengan kata lain, cuti umum untuk seluruh Sabah. Dua hari plak tu. YEAY!!!
barang-barang kraftangan yang dijual di Centre Point
penyu yang diukir daripada kayu pun ada dijual
So, macam-macam aktiviti yang dijalankan di sekitar KK ni. Daerah/bahagian lain aku tak taulah camne sambutannya sebab aku dok kat KK je. Tapi, rasanya cara sambutan adalah lebih kurang sama. Hari Kaamatan merupakan tarikh yang penting untuk masyarakat Kadazan. Hari Kaamatan juga dikenali sebagai Pesta Menuai. Secara khususnya, padi merupakan tanaman utama bagi masyarakat Kadazan pada zaman dahulu. Pada masa inilah tanaman yang telah membuahkan hasil akan dituai sebelum bermulanya musim menanam yang baru. Mereka akan berpesta dengan tarian dan minum tuak yang disediakan di dalam tajau. Aktiviti minum tuak dinamakan sosopon dalam bahasa kadazan.
Azwan jadi model produk madu lebah
Selain itu, Unduk Ngadau juga merupakan elemen yang penting dalam sambutan Hari Kaamatan. Mengikut lagenda, telah berlaku satu kemarau yang teruk dan mengakibatkan tanaman iaitu padi tidak menjadi. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan tetapi tidak juga berhasil. Akhirnya, seorang perempuan yang cantik jelita bernama Unduk Ngadau telah bersetuju untuk mengorbankan dirinya demi memuja semangat padi dan memulihkan keadaan yang kemarau itu. Upacara ritual dijalankan oleh Bobohizan iaitu panggilan bomoh untuk masyarakat Kadazan. Dengan pengorbanan itu, keadaan kemarau sudah reda serta hasil tanaman membuahkan hasil yang banyak. Jasa dan pengorbanan Unduk Ngadau amatlah dihargai oleh masyarakat Kadazan. Sampai ke hari ini, nama Unduk Ngadau tetap segar. Setiap kali Hari Kaamatan, pertandingan Unduk Ngadau akan diadakan. Gadis-gadis cantik dan jelita agar bertanding untuk merebut gelaran Unduk Ngadau. Pertandingan yang seakan-akan ratu cantik ini adalah sebagai simbolik untuk menunjukkan semangat Unduk Ngadau masih lagi gagah mengalir dalam darah mereka. Pemenang akan ditabalkan sebagai Unduk Ngadau yang baru. (sorry, kalo info aku ni ada yg kurang tepat)
Syai pulak jadi model rantai-rantai manik
Pameran kebudayaan juga tidak ketinggalan. Contohnya di Centre Point. Gerai-gerai jualan yang dibuat dari buluh dan beratapkan rumbia disediakan di ruang legar pusat beli belah tersebut. Pelbagai barangan tradisional dan hasil kraftangan dijual disitu termasuklah mutiara sabah yang cukup terkenal di rantau asia. Harganya berpatutan, bersesuaian dengan kualiti yang dijanjikan. Tapi, mestilah pandai memilih jika ingin membeli mutiara. Ada mutiara air tawar dan air masin. Dan ada juga mutiara tiruan. Ada pelbagai cara untuk membezakan yang tulen dan tiruan. Mutiara tiruan berbentuk bulat yang sempurna. Berbeza dengan mutiara tulen yang bentuknya ada yang bujur atau lonjong. Dengan kata lain, mutiara tulen tidak mampu berbentuk bulat dengan sempurna dan agak mustahil untuk seutas rantai mutiara tulen yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama untuk setiap butirnya. Ketulenan mutiara juga dapat ditentukan dengan menggores secara lembut permukaannya. Sekiranya, ada debu-debu halus yang terhasil, itu bermakna mutiara tersebut bukanlah tiruan. Tidak perlulah menggores mutiara tersebut sampai rosak, nanti kena bayar ganti rugi pulak kepada penjual. Bagi aku, mutiara yang cantik adalag yang berwarna putih kebiru-biruan, putih merah jambu dan hitam. Namun, setiap butir mutiara mempunyai kemilau yang tersendiri, bergantung kepada bagaimana anda menilainya.
ini namanya sompoton, alat muzik tradisional masyarakat kadazan
Disebabkan elaun aku tak masuk lagi, aku hanya mampu menjamu mata saja. Banyak kraftangan yang cantik-cantik dan sesuai untuk dibuat hiasan rumah. Tapi, takpela. Lain kali sahaja. Lagipun, bukan susah untuk mencari barangan tersebut. Pergi saja Pasar Filipina, pasti akan berjumpa kraftangan yang diinginkan. Bila tempoh praktikal aku hampir sampai ke penghujungnya, aku akan ke sana untuk membeli cenderamata sebagai tanda ingatan.
tak dapat beli, posing ngan sling bag bercorak daun ni pun...bolehla...
2 comments:
Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»
Great site lots of usefull infomation here.
»
Post a Comment