Sunday, June 04, 2006

KARNIVAL BOLA ERA & DIGI

Baru nak hupdate entry past tense. Malas nak hupdate. Copy paste info2 lagi senang. Tak sampai 5 minit, leh siap 3,4 entry sekaligus. Nama pun copy paste kan... Tapi, sebab aku pun dah bosan asyik info2 je, aku nak cnn plak psl kehidupan aku.

Photobucket - Video and Image Hosting ko igt, ko cantik pakai camtu ? mujurlah ko jadi badut...so, dimaafkan

Entry ni bertarikh....sila tengok gambar di bawah. Ada tarikh kan ? So, lehla pikir sendiri kan ? Lambai bang, jangan tak lambai. Motif badut-badut ni jadi pembuka entry ? Apsal ttba ada badut-badut ni ? Diorang buat apa kat sini ? Sila tgk tajuk entry. Tak reti baca, masuk balik darjah satu. Aku 3 tahun dah boleh baca, takyah tunggu darjah 1. Yuol ? Motif ttba bongkak dan angkuh ? (terigt kat Zaleha Terengganu yang dapat gelaran arkuh = arbok angkuh. pandai je jantan2 ni bagi nama bukan2. tapi Leha menten senyum je)

Badut-badut ni, didatangkan khas sempena Karnival Bola ERA bersam DIGI kat KK. Warner Music dan KRU Groups pun ada jugak. Aku pun pergilah ke karnival ni. Bukan aku nak tengok sgt diorg ni main bola. Cuma aku nak tengok muka-muka artis ni dari dekat. Yelah selama ni tgk dlm tv je. Nak gak bertentang mata. Lupa plak nak cakap, kat kampung halaman di KB, pantai timur sana, memang susah nak jumpa artis-artis ni. Apatah lagi nak tgk diorg buat show. Tapi, semenjak dua menjak ni...nampak cam makin ligat plak artis2 ni serbu negeri pantai timur tu. Sebelum KK, Karnival DIGI ni dan menyerbu Tanah Merah dulu dengan slogan KOnsert GEGERIUH...matilah bahasa ibunda. gegeriuh bermaksud keadaan yamng bising dan hingar bingar. lain orang lain tafsiran tapi camtulah lebih kurang maksudnya. Yuol tau Tanah Merah kat mana ? Sila la tgk peta, negeri2 pantai timur. Apa!!!! Yuol tak reti tgk peta ? Yuol fail geografi tingkatan 1 ? kalo fail, tak dpt la nak tolong.

Photobucket - Video and Image Hosting sapa tu ? tak clear la plak...keji je org2 depan aku ni...trus tak dpt nak snap gambar dgn bagus

Ramai gak orang yang datang. Masa aku sampai tu, diorg tgh buat sesi sain2 autograf ngan peminat. Aku nampak LInda Onn, Nana, Didie Alias, Kiran, Danny X-Factor, Norman KRU, Edry KRU, Que Haidar dan Rosyam Nor. ABG ROSYAM!!!!! Motif ttba histeria ? Dia dah kawen ok. Anak 5 dah ye. Anak sulung pun dah masuk MRSM kat negeri pantai timur itu. Tapi, xdela cando mana pun Rosyam Nor ni. Biasa je. Tapi dalam iklan minuman tongkat ali tu, nampak cando je...comel je tgk. Bila dah jumpa berdepan, nampak tua la plak. Tapi sbb gambar dia je aku sempat amik, aku letak la gambar dia. Yang lain2 tak sempat nak snap, sbb diorg jalan cepat sgt. Lagipun, penuh ngan orang2 dpn aku, yang sibuk nak bersalam ngan artis2 lain2 tu.

Photobucket - Video and Image Hosting ABG ROSYAM !!!!!

Malamnya, barula lawan bola sepak. Tak best pun tgk diorg main, Cam hampeh. Aku rasa, aku main lagi ok. Hallo, dulu aku main bola sepak ok, masa skolah. Posisi kegemaran, pertahanan. Mmg tade org berani msk ngan aku, sbb aku akan menggelecek bola sampailah orang yang bawak bola tu jatuh tersembam. Selagi tak jatuh, selagi tulah, aku tendang kaki dia...eh, silap, tendang bola dia...oops, silap lagi...tendang bola sepak itu. Sebelum tu, aku suka posisi goalkeeper. tapi sbb spek aku asyik patah lepas main bola, aku tukar posisi lain. Mana taknya, diorg main jahat. Suka sgt aim bola kat muka aku. Harusla bersepai spek aku kan, sbb aku pun tahan ngan muka je, boley ? Dulu2, mana reti nak beli contact lens. Spek pun sebesar muka. Tambah sikit atas bawah, dan jadi shield muka, spek aku tu. Mujurlah ada pompuan classmate aku, bg aku advice soh pakai spek bingkai halus warna keemasan. Nampak lagi hensem dan cute. Trus aku tukar spek baru. Tak sangka saham naik rupanya lps tukar spek. Tapi sayangnya aku tak minat pompuan tu sbb aku minat kawan dia. Kawan dia jantina apa, tatau ? tapi, advice tu hanya valid masa zaman skolah je. masa berat badan masih lagi 60kg. Paling berat pun, 65kg. Sekarang, dah berkg2. nampak je mesin penimbang berat, trus aku maki sapa yg cipta benda alah tu.



Motif, melalut ? Aku tak sanggup tgk game bola bodoh tu...aku pun baliklah. Baik aku tgk bola kat astro je, sport channel. Eh, aku ada astro ke ? Tgk astro kat umah sapa, tatau.....

3 comments:

Okabe said...

Chihihihi...meriah di hujung Borneo.. sentapnya... nak pegi jugak!!! T_T

izzu said...

yes mmg meriah. rosyam nor pun taste jugak, ttba

Anonymous said...

Here are some latest links to sites where I found some information: http://indexmachine.info/2336.html or http://google-index.info/1819.html