Sunday, June 04, 2006

BOSAN LAGI...

Cuti memang best tapi kalau cuti panjang dan tak buat apa-apa, jadi bosan pulak cuti tu. Sekarang aku memang bosan kat rumah. TV tade, internet tade, radio tade, apatah lagi astro. Mujurlah ada komputer jadi peneman bosan kat umah. Bolehla tengok vcd dan dengar mp3 tapi lama-lama bosan gak. Nasib baik ada digital kamera, boleh la snap-snap gambar masa tengah bosan ni. Takpun buat video recording guna digicam ni. Ala, bolehla setakat nak buat vclip untuk satu lagu. Maximum time boleh record pun, 5 minit je.

Photobucket - Video and Image Hosting colorful kan, kotak rokok ni ? aku suka kaler oren. flash over la plak...

Sapkok sat. Best gak layan rokok di tengah-tengah kebosanan ni. Best betul dok Sabah ni, rokok murah-murah. Sekotak, 20 batang...boleh dapat dengan harga RM2 je. Mujurlah aku bukan heavy smoker just occasionally je. Time-time tengah tension atau bosan cam sekarang ni, barulah berasap. Kalo tak, tak terpikir pun nak sapkok. Sebulan baru abis sekotak. Kalo heavy smoker, maunya 2 kotak sehari. Betul tak Koyak ?

Photobucket - Video and Image Hosting inilah kotak rokok tu, dengan flash yg kurang over

Ari tu, kawan aku balik kampung di Labuan. Aku mintak tolong dia belikan aku, rokok spesel. Rokok perisa buah-buahan. Dia belikan aku 4 kotak, perisa epal, lemon, strawberi dan oren, setiap satu. Tapi, tetiba dia rasa cam nak jugak, so dia amik perisa lemon. Bila Syai tau, dia pun nak jugak. So, aku bagi dia perisa epal. Da rest, aku punyalah. Mahal gak rokok ni, RM4 sekotak. Ingatkan murah sebab beli kat Labuan, katanya bebas cukai kan. Tapi tetap mahal...but still murah kalo nak dibandingkan kat KK, harganya RM6 sekotak.

Photobucket - Video and Image Hosting ok, ini rokok yang last aku isap sebelum tido...

Perisa strawberi dah abis, lupa plak nak amik gambar. So, tinggal yang oren jelah. Ada 10 batang lagi. Tengah dok taip-taip ni, tak sedar dah isap 2 batang. Sebatang lagi la, sebelum aku tido. Biar pening-pening sikit...senang nak tido. Good nite. (motif entry psl rokok buah-buahan ?)

3 comments:

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»

Anonymous said...

Really amazing! Useful information. All the best.
»