Tuesday, June 20, 2006

TRIP TO TAMPARULI

Photobucket - Video and Image Hosting hi, kita berjumpa lagi. live dari tebing sungai...

Jikalau trip terdahulu, kita bersiaran dari Kudat, kali ini kita bersiaran pula di TAMPARAULI. Yes, Tamparuli. Jika anda peminat setia, Akademi Fantasia, di sinila letaknya kampung halaman Marsha, finalis bagi musim ketiga. Kita ketepikan dulu, pasal Marsha. Terus kepada cerita asal pada hari ini.

gambar ihsan dari sultanmuzaffar.blogspot.com

Sabah terlalu banyak tempat menarik. Simpang Mengayau adalah salah satu tempat yang wajib dilawati. Mahu tahu, apa yang menarik, yang ada di sana, sila rujuk kepada entri terdahulu, The Tip Of Borneo. Kali ini, kita mahu tonjolkan pula Tamparuli. Sebut sahaja Tamparuli, pasti kita sudah membayangkan jambatan gantung. Sehinggakan, terhasil lagu Jambatan Tamparuli, yang memaparkan keindahan jambatan ini. Mahu tahu, sejauh mana indahnya jambatan tersebut, teruskan bersama kami.

Photobucket - Video and Image Hosting posing di atas jambatan

Seperti biasa, ahli-ahli rombongan yang sama, menyertai trip kali ini. Siapa lagi kalau bukan Sha, Syai, Len, Wan dan saya sendiri. Semestinya, Sha akan menjadi pemandu untuk kereta kancilnya itu. Seawal 830 pagi, kami sudah bertolak dari rumah. Disebabkan masing-masing belum bersarapan, kami berhenti seketika di Likas untuk minum pagi. Lepas mengalas perut, kami terus meneruskan perjalanan ke Tamparuli. Macam biasa, jalanraya agak kurang memuaskan apabila keluar saja dari kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Tapi dengan kepakaran Sha dan kelasakkan kereta kancilnya itu, semuanya mudah diharungi.

Photobucket - Video and Image Hosting posing dengan berlatarbelakangkan sungai tamparuli

Lebih kurang sejam setengah, kami sudah sampai ke tempat yang dituju. Dari jauh, sudah terlihat jambatan gantung tersebut. Kami berhenti sebentar di jambatan itu, untuk bergambar. Sayang, terlupa pula untuk bergambar dengan papan tanda yang menunjukkan ini adalah Jambatan Tamparuli. Namun, saya dan Syai masih sempat bergambar di atas jambatan gantung berkenaan. Tidaklah secantik mana yang digambarkan. Tak tahulah, kalau salah jambatan tapi papan tanda itu telah menyatakan yang ini adalah jambatan berkenaan. Berasa gayat apabila berada di atas jambatan ini, terhuyung hayang, ke kanan dan ke kiri apabila ditiup angin. Jambatan ini dibina dengan menggunakan besi dan kayu. Tapi, kami berdua tidak menyeberang jambatan ini hingga sampai ke hujungnya. Tidak berani, lagipun jambatan ini agak panjang. Malas...

Photobucket - Video and Image Hosting yeay!!! kami di atas jambatan tamparuli!!!

Kemudian, kami bergambar di bahagian bawah jambatan gantung ini. Sudah terbina jalan raya berturap, merentangi sungai untuk laluan kenderaan. Namun, ianya agak kecil. Hanya boleh memuatkan kenderaan dari satu arah dalam satu-satu masa. Kiranya, kalau kenderaan dari sebelah kanan sedang menyeberang, kenderaan dari sebelah kiri, hendaklah menunggu giliran.

Photobucket - Video and Image Hosting tu dia, posing lagi dengan jambatan tamparuli sebagai latar belakang gambar

Setelah puas bergambar dengan berlatarbelakangkan Jambatan Tamparuli, kami berlima bergerak, menuju ke destinasi seterusnya; Sungai Kiulu. Cuaca yang panas terik ini, pasti dapat disejukkan dengan air sungai Kiulu. Sungai Kiulu ini, terletak dalam kawasan Tamparuli. Untuk sampai ke sana, kami perlu melalui jalan yang berbukit-bukit. Semput juga kereta kancil Sha ni, masa ingin mendaki bukit. Dengan 5 orang penumpang di dalamnya, memang agak berat untuk kereta kecil ini menampungnya. Sekali lagi, dengan skil memandu Sha, kami sampai ke Sungai Kiulu.

Photobucket - Video and Image Hosting ahli-ahli rombongan utk kali ini. Wan, Len dan Sha di tengah-tengah dengan diapit oleh Syai di depan dan I di belakang, memayungi ahli rombongan

Kami mencari port yang sesuai untuk parking kereta dan terus menukar baju untuk mandi. Tak sabar-sabar rasanya. Panas mentari bagaikan menghambat kami agar cepat-cepat terjun ke dalam sungai. Sebelum itu, sempat jugak, bergambar. Biasalah, rutin. Mana lengkap trip, kalau tiada gambar untuk diabadikan. Terus, aku ke gigi air. Sangat sejuk airnya. Terus aku membasahkan badan. Aku ingin jadi orang pertama yang merasai kesejukkan air Sungai Kiulu ini.

Photobucket - Video and Image Hosting sekarang nak posing dalam air plak...

Tak tahan sejuk, aku terus keluar untuk menghangatkan badan dengan sedutan asap rokok. Sambil menunggu Sha dan Len siap menyalin pakaian, aku menikmati setiap sedutan rokok tajaan Syai. Kelihatan, ada pelancong asing yang rata-ratanya dari jepun, tengah seronok berkayak. Ramai pulak tu, berbot-bot melintasi kami.

Photobucket - Video and Image Hosting sempat sapkok sepamm sambil tengok org water rafting

Sebelum semuanya terjun ke dalam sungai, sudah pasti gambar bersama-sama menjadi syarat paling utama, sebagai gambar kenangan. Dan apalagi, terus menuju ke sungai. Terlalu banyak batu-batu di tepi sungai dan airnya pun agak cetek. Kami terpaksa berjalan agak ke tengah sungai untuk mmencari tempat yang agak dalam. Namun tidaklah terlalu tengah kerana di situ airnya sangat dalam dan arus pun agak kuat. Selain itu, terdapat lubuk-lubuk kecil di situ.

Photobucket - Video and Image Hosting choi la sungai ni, byk sgt batu. kena cari port lain pulak

Itulah sebabnya, kawasan ini digemari oleh mereka yang sukakan water rafting. Selain Sungai Kiulu, Sungai Padas juga popular dengan water rafting. Arus di sana lagi kuat dan banyak jeram-jeram yang berbahaya dan pastinya memberikan cabaran kepada para penggemar sukan water rafting ini.

Photobucket - Video and Image Hosting carwash!!! carwash!!!

Setelah puas bermandi manda, kami mengambil keputusan untuk mencuci kereta kancil Sha. Comot kereta ni ngan lumpur dan selut sebab salah parking di tempat yang berlumpur. Jadi, kami bergotong royong mencuci kereta. Aku ditugaskan untuk mengangkut air dari sungai, Wan dan Len pula menyimbah air ke kereta manakala Sha dan Syai mencuci dan mengelap kereta.

Photobucket - Video and Image Hosting inilah dia, pemandangan di sungai kiulu. arusnya deras disinari panas terik mentari

Sungguh seronok rupanya, cuci kereta beramai-ramai. Sambil menyanyi dan menari, sambil bersama-sama mencuci kereta. Berangan la ni, macam tengah buat video klip Carwash, lagu nyanyian Christina Aguilera. Dah tak peduli dengan orang sekeliling. Ala, masing-masing buat hal sendiri. Lagipun, kami hanya bergembira dan tak kacau orang. Dan bukannya tiap-tiap hari datang ke sini. Mungkin sekali seumur hidup sahaja datang ke Sungai Kiulu.

Photobucket - Video and Image Hosting bonga!!! conga!!! bergembira dengan tarian unggun api, keliling kereta je

Kereta pun dah bersih dan dibiarkan kering. Kami sambung mandi lagi untuk kali terakhir sebelum pulang. Lepas semua sudah siap menyalin pakaian, kami berkemas pulang.

Photobucket - Video and Image Hosting tada!!! dah bersih kereta kancil ni. berkilat lagi tu...

Lagipun, awan sudah semakin gelap, menandakan yang hari mahu hujan. Patutlah, panas terik hari ni, tanda-tanda mahu hujan rupanya. Bak kata pepatah, kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Jam 3 petang, kami bertolak pulang. Kali ini, aku pulak yang memandu, menggantikan Sha yang kepenatan dan agak mengantuk.

Photobucket - Video and Image Hosting pose beramai-ramai yang terakhir. oops, mana syai ? syai jadi cameraman.

Memang seronok mandi sungai tapi, masing-masing tetap tidak puas hati dan merungut-rungut sepanjang perjalanan pulang. Masing-masing kena sunburn!!!! Ingatkan kat pantai je, boleh kena sunburn, rupanya kat sungai pun boleh kena sunburn jugak. Dahla, semuanya tak pakai sun block. Semua dok mengadu pedih dan perit. Len ngan Azwan paling teruk kena sunburn. Muka Len dah macam udang kena bakar. Azwan yang pakai singlet, dah berbelang-belang badannya, macam pompuan pakai bra yang buat tanning. Mujurla aku, Sha dan Syai tidak berapa teruk. Tapi masih berasakan pedih-pedih di kulit. Sekarang ni pun, aku tak boleh nak kerutkan muka, sakit.

Photobucket - Video and Image Hosting adoi, sun burn!!! pedih!!! pedih!!!

Apapun, kami sangat gembira dengan trip kali ni. Aku sangat gembira kerana ada kawan-kawan yang sporting begini, Tidaklah aku berasa bosan, sepanjang aku berada di Sabah. Tapi, kalo ada "orang tu" mesti lagi seronok. Mesti aku lagi gembira dan mesti aku lagi ceria. Namun, aku faham dengan kesibukkannya. Aku tahu, dia pasti terkilan sebab tidak dapat ikut serta. Apa boleh buat, masa tidak mengizinkan. Namun, dia tetap meluangkan masa untukku. Sudah aku terima smsnya, mengajak aku menonton bola dan menonton wayang bersamanya. Tapi, aku minta ditangguhkan kerana waktuku yang agak terbatas sekarang. Aku akan tetap temuinya apabila aku sudah lapang.

Photobucket - Video and Image Hosting apa pun, sapkok lagi sepamm, sebelum balik rumah...

19 comments:

datin cik sal said...

sapa kah pompuan yg pakai kopiah tu??

not available said...

ahhh sundelsss gamba ai itueewww..perlu ke? *lariiiii

Anonymous said...

'macam pompuan pakai bra yang buat tanning' - motiff????

izzu said...

itu adalah pompuan betul ye. Sha namanya...kawan-kawan ai di sabah

izzu said...

yeah, yul suka menyundelkan gambar2, pening ai nak pilih gambar yang kurang sundel

izzu said...

eh, salah ke description ai tu ? bukan mmg cam org pakai bra buat tanning ke ? matilah mak, jantina confuse

Anonymous said...

izzu, mrasa nanti mak turun tamparuli ada karpet merah ek??
ops*
Motif kimie over??hanjs!

izzu said...

bukan saja karpet merah, orang2 kadazan yg cute mute pun, boleh dipersembahkan. kimmie, sgt mahir dalam bab2 iteew...matilah lohong lubjub

not available said...

ai dilahirkan canteks *lariiiiii
izzu, jgn lupe yu ngurat abg maskuls itueww..chihihihi

izzu said...

rugi kan, lambat buat move. kalotak sure dah boleh berkenalan

datin cik sal said...

haiyorks~~ salahkan masa katanya~~~ **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

datin cik sal said...

haiyorks~~ salahkan masa katanya~~~ **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

izzu said...

macam biasalah yuol, kenala ada "orang" perlu disalahkan, so dalam kes ini, sah2la masa perlu disalahkan. tak githu ?

Irwan said...

Aikk.. tak habis lagi ker cuti hari gawai.. eh hari keamatan.. ke apa2 lah.. lama nyaa. wah~ best nya pergi jambatan tamparuli.. nanti bleh la buat rombongan cik kiah naik jambatan tuh..

Unknown said...

mmg indah! tambah indah dgn pose pose menariks ittew **larikk!!

izzu said...

dah lama abis cuti kaamatan tu. ni cuti masa weekend je. so amik peluang la jalan2 :) ok je nak buat rombongan cik kiah, pastu ramai2 mandi sungai

izzu said...

ahahah, yes pose menarik dengan pemandangan indah...memang meriah!!!!

Anonymous said...

wah, best nyer melancong! nanti akak pong nak pegi sana la jugak

izzu said...

dtgla akak theresa. sabah ni, byk tempat2 menarik utk dilawati