KENAPA AWAK TENGOK SAYA MACAM TU ? AWAK PUN NAK BUNGA JUGA ? TAPI, INI BUKAN SAYA PUNYA. SAYA PINJAM JE, SEBAB NAK AMBIL GAMBAR. IKUTKAN HATI SAYA, MEMANG SAYA NAK BAGI BUNGA NI KAT AWAK TAPI INI BUKAN SAYA PUNYA. MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT. SAYA TAK BOLEH BAGI BUNGA NI.
TAPI KALAU AWAK NAK JUGAK, SAYA BOLEH BAGI. AMBILLAH. TAKPE, NANTI SAYA CAKAP DENGAN KAWAN SAYA. SAYA GANTI BUNGA DIA. TAPI, BUNGA NI BIASA JE. TAK MAHAL PUN, MURAH JE. SIMPLE JE DESIGN NYA. SAYA IKHLAS BAGI KAT AWAK. SAYA TAK MAMPU NAK BAGI YANG MAHAL-MAHAL. KALAU AWAK SUDI, TERIMALAH BUNGA NI.
APA, AWAK TAK SUKA GAYA SAYA BAGI BUNGA ? AWAK NAK SAYA BAGI DENGAN GAYA MACAM MANA ? ADA CARA-CARA JUGAK KE ? MANALAH SAYA TAHU. OK, AWAK CAKAPLAH. APA GAYA YANG AWAK NAK SAYA BUAT. OOO, AWAK NAK SAYA MELUTUT. TAPI, INI KAN MACAM DAH NAK PROPOSE JE. SAYA NAK BAGI BUNGA JE. BUKAN NAK BUAT PROPOSE APA-APA LAGI. SAYA TAHU, SAYA TAHU. AWAK SUKA ORANG YANG ROMANTIK KAN ? UNTUK AWAK, SAYA SANGGUP BUAT SEGALANYA.
AWAK NI, ADA-ADA JE LAH. KALI NI, AWAK KATA SAYA TAK SENYUM PULAK. BUKAN SAYA TAKNAK SENYUM TAPI SAYA NAK BUAT MUKA SERIUS. SAYA NAK TUNJUKKAN YANG SAYA BETUL-BETUL NAK BAGI BUNGA NI KAT AWAK. AWAK TAK SUKA ? AWAK SUKA KALAU SAYA SENYUM ? SAYA NAMPAK MANIS KALAU SENYUM ? JANGANLAH CAKAP MACAM TU. SAYA SEGANLAH. SAYA TAHU YANG SAYA NI TAK HANDSOME DAN TAK MENARIK. BIASA DAN SEDERHANA JE. RAMAI LAGI YANG LAGI TAMPAN DARI SAYA. TAPI, SAYA TERHARU BILA AWAK CAKAP YANG AWAK TERIMA SAYA SEADANYA. SAYA BERUNTUNG KERANA DAPAT KENAL ORANG MACAM AWAK.
KENAPA MUKA AWAK MERAH ? AWAK MALU KE ? TADI, AWAK SURUH SAYA MELUTUT BILA NAK BAGI BUNGA NI KAT AWAK TAPI SAYA TAK RASA MALU PUN. DEMI AWAK, SAYA TEBALKAN MUKA SAYA DAN PENUHI SEGALA KEMAHUAN AWAK. OOO, AWAK MALU SEBAB RAMAI ORANG TENGOK KE ? TAKPELAH, BIAR ORANG TENGOK. BIAR SEMUA ORANG TAHU YANG SUKA AWAK DAN RASA SELESA BILA BERSAMA-SAMA AWAK. APA AWAK CAKAP ? SAYA TAK DENGARLAH. CAKAPLAH KUAT SIKIT, JANGAN BISIK-BISIK. OOO, AWAK NAK SAYA SIMPAN DULU BUNGA NI DAN BAWA BUNGA NI MASA CANDLE LIGHT DINNER NANTI. MANA AWAK TAHU YANG SAYA PLAN CANDLE LIGHT DINNER NI ? AWAK BACA TADI ? OH, YA...SAYA TERLUPA. SAYA TULIS DALAM KAD TU. JADI, JANGAN LUPA MALAM NI. SAYA AKAN JEMPUT AWAK KAT RUMAH. I'LL BE WAITING FOR YOU. TAK SABAR-SABAR NAK DINNER NGAN AWAK. SAYA AKAN PASTIKAN, INI ADALAH MALAM PALING ROMANTIK BUAT KITA BERDUA.
P/S : CERITA DI ATAS ADALAH KHAYALAN PENULIS SEMATA-MATA
8 comments:
erm....
tie you yang menarik perhatian.
polka dot githu....
hahahah...tie la plak yang jadi centre of attraction
ko mau jemput jejanz itu naik kretapi ka? *lariiikk
naik kereta api cinta.... :)
sweet...and sad...but sweet...still sad..hehe..
:*)
:)
actually, i wanna share my sadness in the sweetest way :)
shared already... i felt like crying...
my heart is crying but i will always put the best face and smile
Post a Comment