Monday, February 11, 2008

TRIP TO JERAM TOI

Minggu lepas adalah merupakan minggu percutian panjang bagi aku. Aku mula cuti dari hari selasa, 5th February sampailah 10th February. Isnin, 11th February baru masuk opis. Dekat seminggu aku cuti. Kalah orang cina. Opismate aku yang bangsa cina pun, tade cuti selama itu. Tak kisahla, aku nak habiskan annual leave tahun lepas. Kalo tak guna, burn camtu je nanti. Aku gak yang rugi. Company bukan nak compensate pun. Tapi, 2 hari pertama cuti tu, aku dok lepak umah je. But, on da Chinese New Year, tetiba ada plan. Plan ke Seremban. Kenapa ke sana ? Sebab dijemput oleh kenalan baru ke sana. Since, aku pun dah lama tak ke Negeri Sembilan, jadi aku pun bersetuju untuk ke sana.
MANDI-MANDA
Selepas aku berkenalan ngan kenalan baru ni, lebih kurang dalam seminggu lebih, aku pun bersetuju untuk melawatnya di Negeri Sembilan sana. Dia cuti on da first day of chinese new year, 7th February, jadi aku dijemput untuk menemuinya. Aku yang sememangnya dalam percutian panjang, bersetuju untuk ke sana. Jadi, aku naik komuter dari Tasik Selatan ke Seremban. Sebelum tu, aku naik LRT Salak Selatan ke LRT Bdr Tasik Selatan sebelum aku tukar komuter di situ.

ME & AJIB
Aku bertolak malam rabu kerana aku memang sudah merancang untuk bermalam di rumahnya pada malam tersebut. Sebab, major aktiviti adalah pada hari khamis. Seperti biasa, komuter memang sentiasa bermasalah. Tapi, kali ni memang macam sial. Almost dua jam delayed. Daripada jam 10 malam aku tunggu, jam 1145 baru komuter sampai. Memang masa tu, aku dah sumpah seranah KTMB ni. Mujurlah, ada gak kawan nak layan borak masa tengah komuter tu. Siap berkenalan lagi. Namanya Wazir. Kerja kat bank area Times Square. Bank apa, aku dah lupa. Tinggal di Semenyih dan sudah berkahwin. Menarik gak orangnya. Siap tukar no hp bila dia turun kat stesen Bangi. Kononnya, nanti nak lunch sama bila free. Yelah, opis berdekatan je pun.

TEMPAT MANDI KANAK-KANAK

Mujurla kenalan aku ni penyabar orangnya. Dia abis kerja jam 1030 malam dan tunggu aku kat stesen komuter Seremban selama 2 jam lebih. Aku sampai stesen Seremban dalam jam 12 lebih. Lepas tengah malam. Teruk betul komuter. Nak banned komuter, takleh. Sebab itulah satu-satunya kemudahan yang ada selain bas. Lagipun, komuter ni kan dimonopoli oleh KTMB. Jadi, diorang buat derk jela. Tade competition kan. Berulangkali, aku mintak maaf kenalan aku ni. Yelah, bersalah gakla, sebab dia kena tunggu lama-lama. Dia paham masalah komuter ni. Lagipun, dia baik hati.


ME, AJIB DAN KAWAN-KAWAN AJIB

Lupa nak cakap, nama kenalan baru aku ni, Najib. Tapi, panggil Ajib je. Orangnya seperti dalam gambar tu. Tinggi dari aku, kulit putih, hidung mancung dan gaya rambut lebih kurang aku je. Kiranya, dah macam sehati sejiwa la ni. Dah sampai, terus dia bawak balik aku ke rumahnya di Lukut. Lukut ni, ondaway nak ke Port Dickson. So, overnite kat umah dia. Jauh gak dari Seremban. Lebih setengah jam gak la, driving.


LION DANCE AT JUSCO SEREMBAN

Sampai umah dia, dah dekat jam 1 pagi.Sampai umah dia, dah bergelap. Mak dia pun dah tido. Adik bongsu dia, tengah bergayut dengan telefon. Ajib terus bawak aku masuk bilik dia. Biasalah, bilik bujang. Tapi ada tv dan sofa jugak dalam bilik. Sementara dia gi mandi, aku layan tgk astro. Bukan nak tgk tv sangat pun. Dia dah pasang, aku tengok je la. Aku tengok sekeliling bilik dia. Kemas dan tersusun. Bagus, aku suka orang macam ni. Then, siap2 untuk tido la. Esok nak kena bangun awal-awal pagi sebab nak kena bersiap nak gi tempat yang menarik. Tempatnya adalah Jeram Toi di Kuala Klawang. Nak gi mandi air terjun. Ajib nak bawak aku ke sana. Join kawan-kawan sekerja picnic dan mandi manda kat situ. Aku setuju je. Lagipun, dah lama aku tak mandi air terjun. Aku lagi prefer waterfall than beach.

ARTICLE ABOUT JERAM TOI
Malam tu, kitorg tak tido sangat sebab layan borak sampai ke pagi. Cuma lelapkan mata je, kejap2 je. Rugilah, kalo tido. Baru jumpa, mestilah banyak benda nak dibualkan. Masa ni lah, nak beramah mesra bersama kenalan baru. Ajib pun friendly. Aku suka borak ngan dia. Rasa selesa. Dia pun layan aku baik. Apa orang cakap, superb hospitality. Itu tak kira lagi extra service yang dia bagi. Memang superb. Kiranya, aku berasa bagaikan seorang putera raja. Over betul aku nyer description. Tapi, memang camtulah lebih kurang. Memang aku tersenyum lebar.


MANDI MANDA LAGI

Pagi-pagi lagi kawan-kawan Ajib dah datang nak ambik kitorang. Ramai gak yang join. 12 orang semuanya. 4 buah kereta. Aku naik kereta sekali ngan Ajib. Tapi, disebabkan saiz aku yang sihat ni, aku dok kat co-driver seat. Driver pun, badan sihat gak. Sesuai sangatlah kitorang dok depan. Ajib dok belakang ngan girlfriend driver dan kawan girlfriend driver. Perjalanan dalam sejam lebih gak nak sampai ke Jeram Toi. Disebabkan tak cukup tido malam semalamnya, aku tertido dalam kereta. Dengan penat lagi, memang aku tido mati. Terhuyung-hayang aku dalam kereta. Dahla, jalan nak ke sana, bengkang-bengkok. Pening kepala.


POSING SOLO SEBELUM MANDI

Jeram Toi memang cantik. Jeram Toi ni, adalah waterfall yang ada tujuh tingkat. Kitorang mandi kat first level je. Malas nak gi atas. Penat lah nak hiking ke atas. Kat bawah ni pun, dah cukup menarik dan cantik. Siap ada kolam dan area untuk kanak-kanak. Aku ni, bukannya tahu berenang. Aku dok tepi je la. Bila aku tengok diorang ni mandi dengan riangnya, aku teringin nak turun jugak. Bila aku turun ke air, dalamnya sampai paras dada. Terus aku naik balik. Aku memang takut air. Aku hanya berani kalo air paras pinggang je. Ajib suruh aku turun tapi aku taknak. Tapi, sebab aku rasa tak berbaloi kalo tak mandi, aku cari gak tempat yang agak cetek untuk mandi. Mujurla, aku jumpa port yang best. Tak dalam sangat tapi best. Tempat laluan air terjun dari level atas. So, terasa macam massage bila air tu menderu-deru turun dan kena ke badan. Rasa syok je.


LIMPAHAN AIR TERJUN JERAM TOI

Memang syok mandi. Air pun sejuk gila. Terketar-ketar bila mula nak mandi- Tapi, bila dah biasa, taknak naik ke darat dah. Nak berendam lama-lama. Bukan selalu ke waterfall ni. Alang-alang datang, kenalah amndi puas-puas. Kitorang balik tengahari. Sebab, plan nak tengok wayang pulak kat Jusco Seremban. Tengok je apa-apa citer yang ada. Yang penting tengok wayang. Kitorang tengok citer P2. Horror story. Okla citer tu. Aku bagi rating 3 bintang dari 5 bintang. Pelakon tak terkenal pun tapi still leh buat penonton rasa takut dan cuak. Kisah pasal saiko yang kena jaga carpark time Krismas dan sunyi tak berteman. So, dia ada usha sorang pompuan ni dan minat kat pompuan ni. Tapi, sebab dia saiko, dia cuba nak bunuh pompuan ni. Nak tahu, korang gi cari la dvd citer tu. Aku rasa, dah nak abis tempoh tayang rasanya, untuk movie ni.


POSING SOLO SELEPAS MANDI

Sementara nak tunggu wayang start, aku ngan Ajib jalan-jalan dalam Jusco tu. Tu yang nampak ada orang buat lion dance dalam Jusco. Nama pun Chinese New Year, memangla ada lion dance kan. Tu yang snap picture lion tu. Comel lah lion tu. Then, kitorang gi main game kat arked. Sempat main game para-para sakura je. Padahal aku beli token banyak. Token yang lebih tu, aku bagi je kat Ajib. Bila dia ada time free, dia gi main. Aku ni, tak tahu bila lagi nak ke Jusco Seremban tu. Lepas abis wayang, aku terus balik ke umah. Ajib antar aku ke stesen komuter Seremban. Aku nyer tren jam 7 petang. Aku sampai ke umah dalam pukul 8 malam lebih la. Penat betul. Penuh aktiviti seharian.

Aku betul-betul having great time with Ajib. Sure aku akan pergi ke sana lagi. Jumpa Ajib dan buat aktiviti bersama-sama. Ajib pun, layan aku baik. Kawan-kawan dia pun friendly ngan aku. Jadi, aku tak terasa macam left out. Memang kau rasa begitu berbaloi trip kali ni. Next time, Ajib pulak kena datang melawat aku di Cheras ni. Boleh buat aktiviti bersama-sama lagi.


15 comments:

Anonymous said...

dah lama tak gi jeram toi. last pergi pun, masa sekolah menengah. sah2 lah kan sekolah aku dekat ja ngan jeram toi tu.

erm... motif you al tak cukup tidor lalu tertidur di dalam kereta?
pasti ada apa2 yang terjadi di malam itew...

lagi satu... sama jaa pose sebelum mandi dan selepas mandi. hehehehhe

izzu said...

ahaha...tu censored. jabatan penapisan tak bagi buat press release. hehehe

berbeza la...sebelum baju i basah. u tak tagk ke, sebelum waran baju agak cerah sbb kering. selepas, warna baju gelap sikit sebab basah

not available said...

tp u da wat PC masa perhimpunan agung gadis lincah kebangsaan di Dewan Mesyuarat Cemara kan? kan? hehehehe

i suke i suke

mengikut tilikan i sebagai bomoh pilipin, kaki u sembuh sbb jin jin lembut kt jeram toi da pulihkan sempena Valentine day da dekat :)

izzu said...

pc face 2 face takpe but not online pc la. bahaya...

wah, jin lembut tu. lemboooooot ajer

Anonymous said...

erm... PC live face 2 face ngan I belum lagi ya... via phone je. tapi tak details.

nanti i visit u and kita bersembang sambil masak2 kat umah u.

i nak sumbat shai dalam mesin basuh, muat tak?

izzu said...

muat je. kalo letak u skali pun, still muat lagi

Anonymous said...

hei, perlu ke letak kami berdua...

u sorang je, bersamaan i ngan kimi. tak githu kimie?

izzu said...

i rasa terhina. taknak makan nasi ari ni

not available said...

hahahaha keji la carutan itue!!!
i = 3/4 izzu ye .. *ttba*

izzu said...

motif, i terhina ganda dua. so, esok pun i taknak makan nasi

izzu said...

motif, i terhina ganda dua. so, esok pun i taknak makan nasi

not available said...

awas!!!
maksud i ialah, u tak besar da OK

kalo dulu, i = 1/4 ... skang da 3/4 .. wow u da berubah jadi tasty :)

izzu said...

no no no
i hate myself sbb i gemuk
i penat naik tangga dan suar i pun dah ketat

i gemuk

benci betol

nak gi toreh perut la sat, biar kuar lemak

Anonymous said...

githuuuu jgn la macam tu...
gurauan jaaaa

izzu said...

i tau u bergurau tapi i tak bergurau..mmg i gemuk

gemuk itu hodoh

sbb tu, tade org nak kat i