Sunday, June 04, 2006

THE TIP OF BORNEO

Sabtu datang lagi. Hujung minggu ni sebegini memang dihabiskan dengan tido je. Masa-masa camni la, baru boleh nak bangun lewat. Baring-baring bermalasan atas tilam sambil berangan. Kalo hari-hari biasa, 5:30 pagi dah kena bangun, siap-siap nak gi kerja. 6:30 pagi dah kena bertolak pergi kerja, naik bas. Lambat sikit je, sure traffic jammed. Alamatnya, merah la punch card iteew.

Alamak, dah jam 8 pagi!!!! Plan hari ni, nak ke Simpang Mengayau. Pukul 8:30 pagi, Sha akan datang amik aku dari Lok Kawi. Mujurlah Syai sms aku, kalo tak...sure aku tak jaga. Haih, ada setengah jam utk aku nak bersiap. Nak mandi, basuh baju, buat breakfast. Sempat ke ni ? Kemudian la, basuh baju tu. Breakfast, beli ondaway jelah.



So, dah tengok peta di atas ? Nampak di mana Simpang Mengayau ? Itulah destinasi weol hari ini. So, hari sabtu kali ini, tidak dihabiskan dengan sia-sia. Ni pun, plan ad-hoc. Kalo plan awal-awal, sure tak jadi. Ada je aral melintang. Tapi, sure yuol tertanya-tanya kan, apakah istimewanya Simpang Mengayau ni ? Secara ringkas, Simpang Mengayau terletak dalam kawasan Kudat. Kudat juga merupakan antara bandar-bandar utama dalam negeri Sabah yang terletak di bahagian utara. Istimewanya Simpang Mengayau ini adalah kerana ia terletak di bahagian paling utara bagi Pulau Borneo. Simpang Mengayau juga mendapat jolokan The Tip Of Borneo. Dari sini, yuol boleh melihat pulau-pulau di bahagian Filipina yang bersempadan dengan Malaysia. Di sini juga, ada dibina satu monumen yang berbentuk glob bumi sebagai penanda. Panorama di sini memang sangat indah. Tidak lengkap lawatan yuol ke Sabah jika tidak ke Simpang Mengayau. Itulah yang weol beria-ia nak ke situ. Lagipun, ai ada lebih kurang 2 bulan sajork di sini sebelum kontrak ai tamat di sabah ni.

Photobucket - Video and Image Hosting driver kita ari ni, ialah Sha!!! menten je driving 16 jam...pergi dan balik.

Aku menunggu Sha di bus stop. 5 minit kemudian, Sha pun sampai. Terus weol memecut laju untuk mengambil Len. tapi dia tak siap lagi. Hampeh. Weol pun pegi ambik Azwan dulu dan kemudiannya baru berpatah balik untuk ambik Len. Sebelum tu, aku ada beli sikit kuih-muih yg ada dijual di tepi jalan, utk dibuat alas perut. Then, weol terus ke KK sbb Syai tunggu di Centre Point. Dah cukup korum, apa lagi...perjalanan pun dimulakan. YEAY!!!

Photobucket - Video and Image Hosting aku sebagai co-driver yang bertauliah, memberi sokongan moral utk Sha dan juga menjadi teman berbual utk menghilangkan mengantuk si driver.

Sepanjang perjalanan, semuanya ketawa riang. Non-stop bercerita itu ini. Pastu, melalak-lalak, menyanyi bermacam-macam lagu. Sempat gakla snap-snap gambar. Masuk je Tuaran, jalan sudah tidak brapa elok. Bergegar-gegar kereta kancil Sha ni. Ye, weol ke sana ngan kancil je. Aku bimbang gak, tapi bila Sha cakap dia pernah ke sana ngan kancil bertuahnya ni, dan selamat pergi balik...aku menarik nafas lega. Kiranya, kancil si Sha ni, tahan lasak gak. Memang amat teruk jalan. Tapi bila dah masuk ke pekan-pekan...oklah sikit jalannya.

Photobucket - Video and Image Hosting AMereka yang di seat belakang. Azwan, Syai & Len...semua berwajah ceria di dalam perjalanan

Weol dah sampai ke Kota Belud. Kiranya, inilah pekan kedua yang weol lalui selepas Tuaran. Actually, weol tak masuk pun pekan Tuaran tu, sbb jalan tak sama. Weol cuma lalu tepi-tepi je. Lagipun, kalo nak singgah semua pekan, haruslah malam karang baru sampai ke Simpang Mengayau tu. Ai suruh Sha perlahankan kereta sbb nak snapla signboard tu. Mujurlah tade kereta kat belakang. Weol semua dah menjerit2 macam orang gila, sebab baru je lepas azab sakit bontot, dengan jalan raya yang sgt teruk tadi.

Photobucket - Video and Image Hosting sudah sampai ke Kota Belud

Weol berenti rehat kejap kat Kota Belud ni. Kota Belud ni, majoritinya didiami oleh suku kaum Bajau. kalo yuol baca buku sejarah, yuol akan tau yang kaum Bajau adalah penunggang kuda yang mahir dan kuda banyak digunakan dalam kehidupan seharian suku kaum ini. Sebab itu, weol dapat lihat kuda di mana-mana saja. Satu lagi reason weol berenti sebab weol ternampak port best utk bergambar. Trus park kereta, dan berlari-lari ke tugu yang berbentuk kuda ni. Tugu ni, sebagai simbolik yang menunjukkan kepentingan kuda kepada kaum Bajau. Sebut, K.U.D.A !

Photobucket - Video and Image Hosting posing ramai-ramai kat mercu tanda Kota Belud

Dahla patung kuda ni terletak di tengah-tengah jalan raya, weol selamba je bergambar kat situ. Buat tak kisah je pada orang yang lalu lalang. Semua kereta yang lalu depan patung ni, tengok je weol yang macam orang gila, tak pernah jumpa benda alah ni. Ala, weol kan pelaoncong...so, apa nak peduli apa org kata. Lagipun, bukannya setiap hari dtg sini. Ada peluang camni, kenalah amik gambar puas-puas. Ai ingat nak panjang, nak duduk atas kuda tu, tapi tinggi sangat la patung tu. Tak sampai kaki aku. Sebenarnya, boleh je nak naik atas kuda tu, tapi nampak over sangat la plak kan. Nanti ada pulak kena tangkap polis, masuk wad gila. Lagipun, Kota belud ni femes ngan citer-citer mistik. So, kenala jaga kelakuan sikit.

Photobucket - Video and Image Hosting tetap nak posing solo kan. suka ati aku la...kamera aku :P

Dah puas bergambar, baru terasa perut lapar. Belum breakfast lagi. Kuih yg ai beli tadi, bukannya cukup utk mengenyangkan perut. So, trus cari kedai makan. Orang kata, mee sup Kota Belud ni, sedap. Tapi, tak taulah kedai mana yang jual mee sup yang sedap iteew. Last2, main masuk je kedai makan yang ternampak depan mata sebab semua pun dah lapar. Ai menten order mee sup, nak try sama ada sedap atau tak. Tapi masa order tu, waitress tu tanya aku soklan pelik, "Mee sup tu, mau letak mee ke tak ?" Ai dah blank, ngan soklan itu. Kalo dah makanan tu nama mee sup, sure ada mee kan. Kenapa nak tanya lagi ? Lainlah kalo ai mintak nak sup, barulah logik nak tanya, mau mee atau tak. Walaupun ai paham apa yang waitress tu maksudkan tapi ai tetap buat muka blank sbb soklan tu bunyi pelik. Ai pun ckpla, "nak letak mee." Pastu ai tanya lagi,"apa yang sedap kat sini?" Jawapan waitress tu,"ntah, saya pun tak tahu." Hayooo...apa punya waitress ni. Kalo aku jadi tokey kedai tu, aku suruh dia jadi pencuci pinggan je. Biar org lain je yg jadi waitress. Tak reti langsung nak buat promotion.

Photobucket - Video and Image Hosting bersarapan di Kota Belud. Sedap...mee sup Kota Belud ni.

Dah kenyang, weol sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan, banyak sgt terjumpa ngan kenduri kawen. Jalan pun sempit sebab orang main parking kat tepi jalan je. Mentang-mentang cuti sekolah, semua orang pakat-pakat nak kawen masa ni. Ai nanti, nak buat kenduri kawen masa bulan posa, boley ? Tak payah nak sesak-sesak. Yuol datang kenduri umah ai, bawak hadiah...pastu ai bagi bunga telur ngan makanan kenduri utk yuol tapau, bawak balik. Ok tak ?

Photobucket - Video and Image Hosting posing di atas jambatan gantung.

Ternampak plak ngan jambatan gantung ni. Trus aku suruh Sha berhenti kejap sbb nak snap2 gambar. Len, tak sabar-sabar nak bergambar, terus tersepak besi yang terjulur keluar dari dalam tanah. Actually, kat area tu, diorang tengah buat construction, upgrade jalan area tu. Terputus pulak sandal Len. Rupanya, jari kaki Len terluka. Banyak gak kuar darah. Syai trus jadi nurse utk hari tu, cucikan darah kat kaki Len iteew. Azwan, awal-awal lagi dah melarikan diri sbb dia takut tengok darah. Tapi, itu semua tak mematahkan semangat ai nak bergambar kat jambatan gantung tu. Aku mintak tolong Azwan snap gambar aku, tengah posing kat jambatan tu. Nak gi ke tengah-tengah, rasa macam gayat pulak. Ai tengok kebawah, air sungai tu dahla deras, ngan warna yang keruh, buat ai rasa gerun. Pose kat tepi-tepi dahla.

Photobucket - Video and Image Hosting berhenti rehat lagi sekali, di sini

Bila dah keluar dari pekan Kota Belud, jalan menjadi teruk kembali, berlubang-lubang jalannya. Dahla jalannya pun beralun, naik bukit, turun bukit. Seksa gak kancil ni nak mendaki bukit ngan 5 orang dalamnya. Mujurlah Sha cekap driving. Nak suruh aku drive area ni, aku tak biasa. Skill memandu aku macam dah berkarat bila datang Sabah ni. Mana taknya, lebih 6 bulan aku tak sentuh langsung stereng kereta. Tapi, bila sampai kat kawasan tinggi, berasa nyaman je. Dengan angin yang agak dingin, tak terasa pun penat dok dalam kereta. Bila nampak pondok rehat, aku mintak Sha agar berehat kejap. Lagipun, Syai ngan Azwan nak sapkok jap. Padahal, dalam kereta tadi pun, dah 2,3 batang korang isap kan.

Photobucket - Video and Image Hosting bergambar ramai-ramai kat pondok ni, sambil sapkok sepam dua

Rasa tenang dan nyaman je kat sini. Kalo berangan kat sini, sure best. Tapi, spoil sbb asap rokok mengacau ai tengah feeling. Last2, ai pun join gak sepam. Sempatla snap gambar ramai2 kat pondok ni. Actually, belakang pondok ni ada anak sungai. Trus terasa macam nak mandi tapi bila mengenangkan jauh lagi Simpang Mengayau, ai cancel kan je idea tu. Perjalanan perlu la diteruskan.

Photobucket - Video and Image Hosting berhenti kejap, di pekan Matunggong.

Sandal Len yang putus, menyukarkan utk Len nak jalan-jalan. So, Len mintak Sha berenti kat mana kedai-kedai yang ternampak dalam ondaway utuk beli sandal baru. Tapi, kalo Len nak selipar Vincci Ke Nose ke, jangan haraplah ada kat area ni. Then, weol sampai ke pekan Matunggong. Mujurlah ada deretan shop lots kat area ni. So, singgah jap. Len nak beli selipar dan yang lain-lain plak nak beli air. Panas sgt ari ni, cepat lah dahaga. Mujurlah ada kedai jual selipar jepun yang yg bercorak cantik. Harga pun tak mahal, RM3 sajork. Oklah, utk temporary use kan. Darah kat kaki Len pun dah start membeku tapi masih ada sikit2 lagi yang mengalir keluar. So, Syai pun belilah handyplas. Nak balut jari kaki yang berdarah tu. Trus jadi nurse de mission utk trip kali ni.

Photobucket - Video and Image Hosting Syai tgh jadi nurse, merawat kaki Len yang luka

Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni, takleh berenti dah. Takut lewat plak sampai ke destinasi yang sebenar. Semua pun sudah letih dan kepanasan dalam kereta. Nak menyanyi2 pun semua macam dah tade mood. Penat dan tensen ngan jalan raya yang sgt teruk. Sakit ya amat bontot-bontot weol. Tapi, bila dah nampak signboard kat abwah ni, weol terus happy. Semua trus segar bugar, hilang segala penat dan tensen.

Photobucket - Video and Image Hosting sudah sampai ke junction Simpang Mengayau!!!!

Rupanya, jauh lagi Simpang Mengayau tu. Tertipu sgt ngan signboard tu. Ada lebih kurang sejam barulah sampai betul-betul ke tempat berkenaan. Jalan nak masuk ke Simpang Mengayau lagi horro. Jalan berbatu-batu dan berbukit-bukit. Semput gakla kancil ni nak mendaki bukit. Walaupun jalan tu tak bertar, at least batu-batu jalan tu, rata. Tapi bergegar-gegar gaklah weol dalam kereta tu. Jalan pun berdebu, terpaksala weol tutup tingkap.

Photobucket - Video and Image Hosting inilah batu tanda yang menunjukkan "THE TIP OF BORNEO"

Akhirnya, weol sampai jua!!!! Perjalanan yang menyeksakan yang lebih dari 5 jam iteew, berasakan amat berbaloi apabila melihat batu tanda ni. Rasa puas, apabila sampai ke tempat yang dituju. Apa lagi, sesi bergambar pastilah tidak akan dilepaskan. Kat batu tanda itu jugak ada tertulis asal-usul nama Simpang Mengayau dan juga catatan sejarah ringkas berkenaan tempat ini. Yuol nak tau, yuol kenalah datang tengok, malas nak citer. Apa pun, memang cantik pemandangan di sini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tapi ai abadikan dalam gambar jelah. Ai taknak amik gambar pemandangan jer sebab ai bukan nak buat jurnal geografi atau sejarah. So, ai snap2 gambar pun, mesti ada model-modelnya. Sapa lagi, kalo weol sendiri. Hehehe...

Photobucket - Video and Image Hosting inilah tiang bendera yang digunakan sempena sambutan hari kemerdekaan yang pertama kali dianjurkan di Kudat

Photobucket - Video and Image Hosting posing dengan berlatarbelakangkan laut

Photobucket - Video and Image Hosting semua turun ke bawah, nak merasa jalan2 kat hujung borneo

Photobucket - Video and Image Hosting cuba nak buat posing comel

Photobucket - Video and Image Hosting masing2 tengah posing, melihat pulau banggi yang terletak di antara sempadan malaysia dan filipina

Photobucket - Video and Image Hosting sanggup tu, posing baring

Photobucket - Video and Image Hosting we're here!!!

Photobucket - Video and Image Hosting berangan posing model kat podium mini

Photobucket - Video and Image Hosting gambar para peserta yang mengikuti TRIP TO KUDAT ni. Depan dari kiri...Azwan, Syai & Sha. Belakang dari kiri, Aku & Len. Inilah gambar terakhir.

Penat dah tulis ni, lagi 10 minit, ai kena tido sebab esok kerja. Mata ai ni pun takleh nak bukak. Dah menguap berkali-kali ni. Kalo yuol tak suka ngan apa ai citer ni, ai tak kisah. Ai just nak share sajork lagipun ni blog ai, ai boleh buat apa yg ai suka. Chihihi. Ingatkan nak sambung ngan menaip sambungan cerpen, bab keempat tapi ai dah mengantuk sangat. Later la ai tulis lagi. Lagu Dewa yang ai tengah dengar skrng ni pun, buat ai makin mengantuk. Lagunya mmg feeling tapi kalo yuol ngantuk, harusla yuol feeling sampai trus tertido. Lagu apa, yg ai dgr ? lagu dari album baru Dewa, Laskar Cinta. Lagu ni bertajuk Selimut Hati. Ai sebenarnya tak minat sgt lagu-lagu band indon ni. tapi, sebab minggu lepas ai terpaksa dgr lagu ni berpuluh-puluh kali, trus ai terasa mcm best plak lagu ni. Sapa orang yg buat ai tertarik ngan lagu ni, tatau ? Tapi, baik yuol dengarkan lagu ni, memang feeling habis. Motif entry melancong melalut jadi promosi lagu ?

17 comments:

Anonymous said...

i suke suke suke ... nnti kena ajak yg len2 gi lagi ... huhuh

izzu said...

harussss, tapi kenala pergi tempat lain plak. mana boleh gi tempat sama je. jom ke taman buaya tuaran. takpun taman pertanian di tenom

Anonymous said...

jom gi keningau ... eh..tambunan..leh tgk rafflesia.. chihihihi..takpun gi sandakan ... waaa...

izzu said...

haih, takde budget nak gi jauh2. pergi ke kudat ari tu pun, dah abis dekat RM50. apa kata kita pergi yangd ekat2 dulu. Taman Buaya Tuaran ke, Rumah Monsopiad ke, Taman Pertanian Tenom ke, naik keretapi ke. Ada budget lebih sikit, bolehla kita overnite kat Poring dan sandakan, murs2 je reganya, kalo ikut kak masfarita citer, one nite for bilik2 katil, RM45 sajork,

Ash Shinotsubaki said...

adakah kau semakin gemuk? kenapa gamba kau posse depan kuda tu nampak macam kuda tu dah tenggelam dek badan kau? hayo~~

perjalanan hidup said...

best kan simpang mengayau? rogi ko tak mandi kat sana...

izzu said...

keji je, komen ko sohnen. sah2 la kuda tu tak nampak sebab aku dok depan kuda tu. tp i rasa i mcm makin besar sikit la...sbb kerja makan free je kat opis ni. tadi pergi site pun, melantak tak hingat

izzu said...

mmg best. nak mandi tp panas sgt. nnt sun burn plak...lain kali (bila tatau) boleh mandi2 plak

Ash Shinotsubaki said...

xde la nuk, aku rasa kau mmg lagi besa dari kuda tu la...betul

izzu said...

choi je, sudeeh. i mls nak amik peduli psl gemuk ke kurus ke, yg penting aku happy

datin cik sal said...

ahahaha... itu lah... mujur kete tu muat lagi.. kalau tak.. mati la terkeluar segala kalai tgn kat tingkap kete... **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

izzu said...

muat ke, motif tak muat tp kalai tangan tu apa ? tak paham, bhs tamil ke ?

datin cik sal said...

ahahaha.. ai gigih sgt mencarut sampai tertypo.. ahahahahah **lariiiiiiiiiiiiiiiii yuolsss

Anonymous said...

Interesting site. Useful information. Bookmarked.
»

Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»

Anonymous said...

Hallo I absolutely adore your site. You have beautiful graphics I have ever seen.
»

Anonymous said...

Especially I like the first site. But other links are informative too, if you are interested check all those links.http://neveo.info/227.html and http://google-machine.info/3092.html