SEmalam, lepas opis hour, kitorg berempat pergi la menonton wayang. si ali ngan meimoan ni yg nak sgt tgk final destination 3. aku pun tade pape kerja, just ok je ngan plan diorang. syai pun ikut sekali. jam 5, kitorg pergi ke centre point tp malangnya, kat sana tade citer tu. haih, baru nak tgk kat panggung wayang yg murah. nampaknya, terpaksala tgk kat GSC atau pun MEGA PAVILION. but, better GSC sebab murah sikit.
so, pergi survey tiket kat GSC dan movie tu ada, jam 7 ptg. so, we ol amik deluxe seat. deluxe seats ni, mahal sikit, 8 hinggit harganya, kalo seats biasa, 6 hinggit je. bezanya, deluxe seats, dok kat tingkat atas, normal seats, dok kat bawah. mmg puas hati gakla deluxe seats ni, lagi better and clear view. disebabkan ada lagi sejam sblm wayang start, kitorg lepak dulu kat KFC. makan2 dulu kat sana.
final destination 3 ni, best gakla. byk gakla aksi2 ngeri. dan semuanye mati dlm keadaan sadis sekali. satu panggung menjerit. tapi aku rs , kalo acai tgk movie ni, sure dia akan ketawa mcm org gila. benda yg seram dan ngeri mmg sesuai utk diketawakan, kata acai. si syai plak, tak abis dok menyebut cando2. org tgk movie tapi dia dok tgk pelakon tu je. mmg la cando pelakonnya tp tade maknanya nak mentioned byk kali cando tu. kalo ada si fifi pun, sure dia menggelepar. asalkan omputih je, terus kena letrik. very derr...pening.
tp, byk gakla aku rs mcm tak logik je citer ni. terlalu byk sgt kebetulan sampai nampak macam menipu je. tp tak kisahla, movie ni pun best gak. asalkan aku rasa berbaloi bayar 8 hinggit utk tgk movie ni. lagipun, aku dah tgk final destination 1 & 2. so, aku nak gak tau camne pengakhirannya dlm movie ni. tak taula kan kalo ada final destination 4 plak nnt.
awal bulan ni, tgk movie je, non-stop. habisla duit aku. aku baru je tgk pink panther, big momma, the heirloom, underworld & the decent. hayooo~~~ kena sepp sikitla bulan ni. apau, aku nak tiru cara ko diet. sekeping cheese sehari. mampu ker, nak buat ?
GSC Kota Kinabalu dr pandangan jauh
ali & meimoan. ali the driver and meimoan the co-driver
aku ngan syai kat backseat.
9 comments:
aku yakin kau mampu melakukan nye izzu ... makan cheese sekeping sehari ... go go go go!!!
aku akan berusaha apau, usaha tangga kejayaan, mulakan ngan bismillah akhiri ngan alhamdulillah.
Hi Salam muhibbah dari Manchester... selamat ber-blogging and thx for visiting my blog page! :)
hi, lee. tq for visiting my blog. rasa terharu plak, org2 STAR jengah2 ke blog nan ado ni. :)
aku rasa kau boleh buat duit la izzu.. jadi macam imahlenggok tu...
wah, ko nak suruh aku berniaga ke, kebede ? kena amik kelas multimedia ngan kelas advance programming la, lps ni...nak buat coding2
aiyoo shai pantis kening ke uols!!?? kim slam dia!seluruh warga UFM menyokong dia.. kata kat dia!!matilamak*
yes, akan disampaikan salam kak imah kepadanya. sure dia terharu, warga UFM menyokong dia
ayo..keles network skang..inilah namanya jaringan (ke jalangan> *matila mak) pantas internet. ala2 sekejap sahaja semua org pun bleh kenal kau skang izzu. btw, aku dah update blog aku
Post a Comment